Jumlah Paparan Halaman

13.5.12

HEAD to HEAD NS & PERAK.....

Setelah GAGAL mencapai sebarang kemenangan sepanjang April lalu, NS nampaknya telah kembali kelandasan kemenangan Mei ini. Dua kemenangan berturut - turut dicapai samada di tempat lawan mahu pun di Paroi. It's a good start untuk baki 11 perlawanan Liga Super musim ini.

Selasa ini, NS akan menjadi tuan rumah kepada Perak. Yob dan Seladang akan ke Paroi dengan semangat tinggi kerana baru sahaja selesai melapah Gergasi Merah di Ipoh, Jumaat lalu.

Namun, Jang dan Rusa juga tinggi semangatnya. Selepas meratah Gergasi Merah di Shah Alam, hutang Piala FA dengan Johor FC telah dilunaskan dengan jayanya di Paroi pada Sabtu.

Maka, pertemuan selasa ini bakal menyaksikan satu pertarungan hebat diantara RUSA dan SELADANG. Usai 90 minit, kita saksikanlah sendiri Jang atau Yob yang keluar stadium dengan muka merah padam.

Pertemuan NS dan Perak di Liga Super ini, sebenarnya telah bermula sejak musim 2005-2006 lagi.
Sehingga ke musim 2011, kedua - duanya telah berhadapan samada di Ipoh mahu pun di Paroi sebanyak 14 kali. Maknanya, selasa ini adalah pertemuan kali ke 15 di Liga Super buat kedua - dua pasukan.

Di atas adalah rekod pertemuan di Ipoh dan di Paroi.
Di bawah pula adalah rekod......
kemenangan terbesar kedua pasukan ke atas lawan masing - masing. 5-1 dan kedua - duanya seimbang.

Jika ada keraguan, hanyalah statistik 5 perlawanan terakhir itu yang nampak menyebelahi Perak. Perak menang 3 daripada 5 perlawanan. NS menang 1 dan seri sekali.

Secara keseluruhannya, kedua - dua tampak seimbang tetapi NS menjaringkan lebih banyak gol ke atas Perak, dan sehingga ke musim 2011, selain daripada pernah menang di Ipoh, NS TIDAK PERNAH TEWAS KEPADA PERAK DI PAROI. Itu faktanya Jang dan Yob.

CUIT SIKIT:

Melihat aksi NS ketika bertemu Johor FC, aku fikir Azraai Khor hanya mengerah sekitar 70 peratus sahaja kemampuan anak - anak buahnya, demi menyimpan tenaga untuk dicurah habis - habisan apabila bertemu Perak nanti.

Penentu PEMENANG adalah 2S.....
Pengaruh 2S kepada pasukan masing - masing amat jelas. Kedua - duanya adalah ketua pasukan dan kedua - duanya adalah pencetus motivasi kepada rakan - rakan.

Sayangnya, kita pasti tidak dapat menyaksikan aksi kedua - duanya bertarung di tengah padang kerana Shukor dewasa ini lebih kerap bermain di pertahanan tengah, bukannya di bahagian midfield NS, di kala Shahrulnizam lebih bertindak sebagai defensive midfielder untuk Perak.

Apa yang pasti, dua - dua pasukan mempunyai PERMATA HITAM di bahagian serangan. Tetapi, aku fikir, anak tempatan yang bakal meledak Selasa ini.

Samada Shakir Ali atau Akhmal Rizal yang meledak, sama - sama kita saksikan nanti.

Selamat datang SELADANG. Jangan merasa hampa jika anda kecundang, kerana rekod NS di Paroi lebih baik berbanding Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH