Sejak semalam ramai penulis blog dan pemberita media cetak dan elekronik melaporkan PIALA FA yang baru bernilai kira - kira RM 80 ribu akan menjadi rebutan Sime Darby FC dan Kelantan pada 19 Mei nanti.
Menariknya, laporan itu mengaitkan piala baru itu adalah pengganti kepada piala lama yang beratnya 13 kg berharga RM 85 ribu dan dipertandingkan sejak tahun 1990 lagi.
Nampak sangat sipelapor berkenaan TADAK BACA PUNYA ORANG. Mereka hanya tahu menulis mengikut tekak dan selera sendiri. Atau, mungkin semasa sidang akhbar semalam, pihak FAM juga TADAK BACA. Main sebut ikut tokak dio ajo.
Sebenarnya, PIALA FA di MALAYSIA ini sudah memasuki Generasi Ketiga.
Generasi Pertama ini dikenali dengan nama DUNHILL PIALA FA. Ketika itu, Dunhill adalah penaja Liga Malaysia sehinggalah penajaannya dihentikan mengikut ketetapan FIFA yang tidak membenarkan jenama rokok terbabit dengan sukan bola sepak.
Anehnya, jenama arak, beer dan yang sama waktu dengannya, dibenarkan oleh FIFA sehingga ke hari ini. Rokok membahayakan kesihatan, minum arak tak bahaya ke?
Mulai tahun 2005, Telekom Malaysia Berhad telah menjadi penaja Liga Malaysia lantas memperkenalkan pula satu piala baru yang tinggi dan berat itu. Pertandingan Piala FA dijenamakan semula dengan nama TM Piala FA.
Generasi Kedua Piala FA adalah seperti di bawah.
Setelah enam tahun bersama FAM, TM akhirnya mengundur diri daripada menaja Liga Malaysia pada tahun 2011. Piala tinggi dan berat itu masih dipertandingkan pada tahun lalu tetapi tidak dijenamakan sebagai Astro Piala FA, sebaliknya hanya dikenali sebagai Piala FA Malaysia 2011.
Kini, muncul pula Generasi Ketiga Piala FA yang bakal menjadi milik juara baru Piala FA Malaysia pada 19 Mei nanti.
Sime Darby FC adalah KELAB BOLA SEPAK pertama layak ke final Piala FA. Kelantan pula adalah PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI pertama dari Pantai Timur yang dua kali layak ke final tetapi tidak pernah muncul sebagai juara.
Kepada anda yang terlibat di dunia penulisan, buatlah sedikit kajian sebelum menulis. Mungkin ada pihak yang menjadi penulisan anda sebagai bahan rujukan di kemudian hari. Alangkah malangnya, jika penulisan anda jauh daripada fakta dan kebenaran.
Kepada stesen penaja, hentikanlah promo Piala FA yang menyebut 33 pasukan bertanding kerana sebenarnya untuk tahun ini, hanya ada 32 pasukan yang menyertai pertandingan Piala FA. Nampak benar penerbit dan boss di Astro Arena TADAK BACA jugak.
Ini satu contoh TADAK BACA punya worang,
FAM
Vice President Yang Berhormat Dato’
Hamidin Bin Haji Mohd Amin confirmed that the FA Cup final between Sime Darby
and Kelantan will be held on the May 19, 2012 at the Bukit Jalil stadium.
“Sime
Darby will be host team wearing orange while Kelantan will be decked in their
away all white kit.
Dato’
Hamid said all tickets will go on sale starting Monday, May 14 with grandstand
tickets being sold at RM 40 each.
Bila pulak Dato Midin tu jadi Wakil Rakyat? Gelaran Yang Berhormat itu hanya layak untuk Wakil Rakyat samada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang bukan memegang jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.
Yang Berhormat juga adalah gelaran kepada Penjawat Awam yang bertaraf EXCO seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Mufti Kerajaan Negeri.
CUIT SIKIT:
Hubungkait dua generasi Piala FA dan Negeri Sembilan juga menarik. Negeri Sembilan memenangi Piala FA di dua musim terakhir, sebelum piala itu ditamatkan perkhidmatannya.
Piala FA Generasi Pertama berakhir pada tahun 2004 dan Negeri Sembilan memenanginya pada tahun 2003. Untuk Piala FA Generasi Kedua pula, kali terakhir piala itu dipertandingkan ialah pada tahun 2011. Negeri Sembilan muncul juara pada tahun 2010.
Maka, seandainya Negeri Sembilan memenangi Piala FA Generasi Ketiga ini tahun 2013, ada kemungkinan pada tahun 2015, satu lagi Piala FA bakal muncul.
SURATAN atau KEBETULAN? Apa jua tanggapan anda, satu lagi gergasi bakal mati di Bukit Jalil pada 19 Mei nanti.
gud info..agreed ;-)
BalasPadam