Jumlah Paparan Halaman

2.5.12

SATU LAGI GERGASI MATI.....

19 Mei 2012 nanti, SiPEMBUNUH GERGASI, Sime Darby FC akan melangkah kaki ke pentas akhir Piala FA 2012.

Piala yang berakar umbi sejak 1990 itu telah dikuasai sekian lama oleh pasukan negeri [ FA ] bukannya pasukan kelab [FC].

Sime Darby mencipta sejarah muncul sebagai FC pertama yang akan bermain di final Piala FA. Sudah boleh berdiri gagah dan sama taraf dengan MPPJ FC yang menjuarai Piala Malaysia 2003 setelah menumpaskan Sabah 3-0.

Sayangnya, MPPJ FC sudah lama berkubur sepertimana Public Bank FC, Plus FC dan banyak lagi FC yang pernah muncul di Liga Malaysia, dan kemudiannya mati beragan.

Semoga kisah FC berkubur tanpa nesan ini tidak pula berjangkit kepada Sime Darby FC.

CUIT SIKIT:

Setelah langkah JUARA BERTAHAN ditamatkan di separuh akhir, mungkinkah finalis musim lalu, Kelantan bakal tersungkur di pentas final?

Jawapannya, MUNGKIN.

Kelantan akan muncul buat kali ketiga di final Piala FA dalam tempoh empat tahun. Dua final [ 2009 dan 2011 ], mereka gagal. DAN, buat final kali ini, segala tekanan akan berada di pihak mereka.

SIME DARBY FC langsung tidak mempunyai sebarang tekanan, dan ini membolehkan mereka bermain seperti biasa serta mampu membuat satu lagi kejutan. MEMBUNUH PAHLAWAN MERAH DI FINAL PIALA FA 2012.

Tahniah Sime Darby kerana mempunyai barisan pertahanan yang cukup berdisiplin dan jarang melakukan kesilapan di kawasan sendiri. Itulah rahsianya mengapa Penyu Menangis lagi di separuh akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH