Jumlah Paparan Halaman

14.5.12

AKU YANG RUNTUH.....

DERIAN RUNTUH ROUND 1.....

8.29 malam, 12 Mei 2012; adik aku yang menetap di rancangan telefon memaklumkan, majlis penyampaian cek derian runtuh sedang berlangsung di perkarangan pejabat Felda Purun.

Aku tak tanya kenapa majlis tu berlangsung malam cuma aku teringat semasa bertugas dengan Felda dahulu, adakalanya siang dan malam tu sama sahaja buat petugas Felda di Rancangan. Semuanya kerana Mendahulukan Peneroka. Sabtu dan Ahad pun samo juo.

Jadi, tak patutlah petugas di rancangan hanya dapat dua bulan bonus tahunan, sedangkan yang kepala angin dan gomar memaki hamun kakitangan di HQ tu dengar khabarnya dapat 5.5 bulan.

Itu bukan bonus 2.5 bulan yang dimaklumkan oleh YAB PM di Jengka Lapan hari tu. Yang aku sebut di atas adalah bonus prestasi tahunan yang sering dibayar setiap April saban tahun.

AHHHHHH! Pedulikan pasal bonus tu. Aku bukan dapat pun.

8.00 pagi, 14 Mei 2012;

Dengan bangganya, aku menghidupkan enjin kereta. Dari Seremban, aku kembali ke FELDA PURUN, di Gugusan Bera, Pahang. Niat di hati nak ambil cek RM 5000 [round 1]. Dah fikir, ambil cek dan tunaikan di Maybank Teriang. Jika segala – galanya selesai, dua orang adik aku yang menetap di rancangan, akan dapat tunai petang nanti. Yang empat lagi tu, selewat-lewatnya malam ini, aku akan bank in secara online.

Alhamdulillah, dapatlah merasa. Sikit pun merasa, banyak pun merasa. Itu baru ROUND 1. Ada dua round lagi. Sabar – sabar.

Jam 10.20 pagi;

Sampai di pejabat rancangan, ada kira - kira 100 orang sedang menunggu giliran untuk mengambil cek masing – masing. Tak jumpa pulak Orang Blok aku. Mereka dah ambil pada malam Ahad tu kot.

Sampai giliran aku, aku dimaklumkan oleh En. Mohd. Ilham [ bekas anak murid aku semasa beliau menjalani Orientasi Penyelia di F’Best Homestay, Felda Serting Hilir ], aku TAK BOLEH AMBIL CEK BERKENAAN kerana ianya di atas nama Arwah IBU aku.

SILAP JANGKAAN. Aku fikir, cek disediakan olah pihak rancangan. Rupa – rupanya, HQ Felda dah print cek itu mengikut senarai nama peneroka April. Memanglah nama aku tak wujud lagi sebab mak aku meninggal dunia pada 8 Mac lalu.

So, 10.30 pagi, masuklah aku ke line pembetulan nama yang diseliakan oleh SDA[W] rancangan berkenaan. Tunjuk MyKaD, cari nama Arwah Ibu aku dan tulis semula di borang lain yang tersedia. Selain nama arwah, nama aku, no MyKAD aku, tertulis jua di borang itu adalah no hp aku.

Menurut SDA berkenaan, aku kena tunggu sehingga HQ hantar cek baru. Pentadbir Rancangan akan memaklumkan kat aku menerusi telefon, barulah aku boleh datang ambil cek atas nama aku. BILO? ONTAH! Tungggu la. SABAR WAK SABAR!

Info tambahan: Sebelum giliran aku tadi, ada seorang balu yang juga tak dapat ambil cek dan terpaksa pulak mengisi borang akuan sumpah yang dah tersedia tu. Terpaksa isi dan ambil cop pesuruhjaya sumpah yang berhampiran sekitar 52 km pergi balik dari rancangan berkenaan.

Kesian aku nengok balu tu. Tapi tak dapetlah den nak nolong eh! Den pun samo tak dapek cek ari ni.

YANG SEBENARNYA;

1.    ADIK - BERADIK AKU dah serahkan mandat secara bertulis kepada aku untuk uruskan semua perolehan yang dibagi FELDA.

2.    Aku juga telah menyerahkan AKAUN BERSUMPAH yang disediakan untuk Waris apabila menandatangani permohonan CDS dan Pinjaman Pembelian Saham FGVH awal Mei lalu.

Biar pun Minit Mesyuarat PAKATAN ADIK - BERADIK AKU, dah aku diserahkan ke pejabat rancangan, sebaik - baik sahaja urusan kematian IBUKU selesai awal Mac lalu, itu semua tidak dianggap rasmi oleh FELDA sehingga perintah pentadbir dikeluarkan oleh Pejabat Tuntutan Pusaka Kecil atau oleh Mahkamah Tinggi [ mengikut mana yang berkenaan ].

Minit Mesyuarat ko, Akuan Bersumpah ko, itu semua HQ Felda tak pakai. Bukan senang nak senang dik oi!

CUIT SIKIT:

Isunya di sini, jika aku yang sudah melalui proses pakatan secara baik pun masih menghadapi kesukaran, bagaimana pula kisahnya yang dihadapi oleh anak - anak peneroka lain yg langsung tidak mempunyai pakatan sesamo adik-beradik?

Bagaimana jadinya jika ada kes lebih 20 tahun nama pengganti peneroka tidak dilantik kerana bergaduh sesamo adik beradik? Aku pernah menerima aduan Kes Ini  oleh seorang Anak Peneroka di Selangor semasa aku bertugas di Suara Felda dahulu.

Aku bernasib baik kerana tidak perlu memohon cuti kat sapo – sapo. Bagaimana dengan anak – anak peneroka yang menjadi pentadbir aset seperti aku yang terpaksa memohon cuti untuk kembali ke rancangan. Bolehkah setiap minggu mereka mohon cuti hanya kerana urusan derian runtuh tu?

Hari ini aku travel +- 400 km hanya untuk memberikan semula nama aku sebagai pentadbir aset kepada SDA[W] Rancangan bagi penyediaan cek baru oleh HQ Felda. Bilo nak dapat cek tu? TUNGGULAH.

Today, I’ve spend RM 100 [ minyak and makan ] hunting for RM 5,000 but, I Get Nothing. Nasib baik jalan Seremban – Bahau – Teriang – Purun belum ada tol. Kalau ada tol? Laie banyaklah belanjo den.

AKU mohon ke HADRAT ILLAHI, jangan untuk Round 2 and 3 nanti jadi camni laei. LOTIH DEN!

FIKIR - FIKIRKANLAH.....

Nota Kaki:

SDA[W] = Pembantu Pembangunan Masyarakat [ Wanita ].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH