Jumlah Paparan Halaman

6.5.12

EMPAT BULAN MENCURAH KERINGAT.....

Jika tiada apa - apa pindaan di saat - saat terakhir, pada 8 Mei nanti, kemeriahan bola sepak Liga Super buat NS akan kembali.

Setelah berehat mulai 17 April lalu, tidak banyak perkembangan terkini berkenaan pasukan NS. Semuanya tenang dan terus setia menanti detik 8 Mei ini di mana NS akan ke Shah Alam untuk bertemu Selangor.

Perlu ada semangat baru di jiwa pemain NS apabila bertemu Selangor. Perlu ada kehendak jitu untuk menewaskan Selangor di arena mereka. Pastinya semua pihak di NS sukar untuk melupakan betapa keriangan memenangi perlawanan sumbangsih dan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 7 Januari 2012 telah direncatkan oleh Selangor di Paroi tiga hari selepas itu.

Masih terasa betapa kecewa dan luluhnya hati apabila pertemuan di Paroi itu menyaksikan di separuh masa pertama, NS selesa mendahului dua gol dan kemudiannya Selangor bangkit di separuh masa kedua untuk memadamkan kelebihan itu untuk mencatat keputusan seri 2-2.

Pastinya ada hutang yang perlu dilunaskan di Shah Alam nanti.

Sebelum ke Shah Alam, mari kita tinjau secara dekat kemajuan pasukan NS di Liga Super 2012.

CANGKUL. Itulah posisi NS setelah empat bulan mencurah keringat hampir ke seluruh negara.
Posisi CANGKUL itu diperolehi menerusi 2120. Dua Satu Dua Kosong adalah angka kemenangan NS setiap bulan di Liga Super.

Terperinci di bawah.....

Carta Jaringan di Liga Super.....
Carta Bolos di Liga Super.....
Pencapaian Bulanan.....
Baki Perlawanan di Liga Super.....
Baki 5 perlawanan di Paroi dengan dua pertemuan sukar kerana Perak dan Kelantan adalah dua pasukan yang berada di tangga lebih atas. Tiga lagi perlawanan juga bukan mudah buat NS walau pun bermain di Paroi.

Enam perlawanan di tempat lawan bermula 8 Mei juga tidak menjanjikan syurga buat NS. Rekod pertemuan pusingan pertama di Paroi, menyaksikan NS hanya menang 3 perlawanan.

Menentang Sabah di Kota Kinabalu bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga di Kelana Jaya. PKNS muncul pasukan pertama menewaskan Lions XII di luar Singapura. Dan ianya berlaku di Kelana Jaya. Selangor juga tewas kepada PKNS di Kelana Jaya.

Bertemu Felda United di Melaka, peluang NS sekadar 50-50. Felda United tampak gagah apabila bermain di Stadium Hang Jebat. Mungkin ada pengaruh semangat Hang Jebat kot.
Dengan 33 mata maksimum yang ditawarkan, jika NS boleh mengekalkan prestasi dan persembahan mantap seperti bertemu Terengganu pada 17 April lalu, aku fikir NS masih boleh berada di tangga ketiga di akhir Liga Super.

Rujuklah carta 2011 di bawah.....
53 mata boleh menjadi milik NS dengan syarat menang kesemua 11 perlawanan mulai 8 Mei.

CUIT SIKIT:

Jangan marah kawan jika aku katakan, NS hanya mampu menang 8 perlawanan sahaja. Baki tiga lagi akan berakhir dengan kekalahan.

Jika jangkaan aku benar, maka NS hanya mampu mengutip 24 mata daripada 33 mata maksimum itu. Di akhir Liga Super 2012, NS akan memungut 44 mata dan berada di tangga ke 4 atau ke 5 sahaja.

Cukup baik berada di top five tetapi tiadalah perlawanan di peringkat AFC untuk NS pada musim 2013. Rugilah kita sebagi penyokong dan penonton kerana tidak dapat melihat kualiti NS di persada Asia.

Jika itu yang berlaku, rupa - rupanya Asia masih terlalu jauh daripada jangkauan kito. TAK DAPETLAH NAK BUAT ROMBONGAN KO SAIGON atau HONG KONG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH