Jumlah Paparan Halaman

9.5.12

TERSANDOR DIEMPAP DERIAN.....

5 untuk aku, 5 untuk hang, 5 untuk depa. Itulah agihan DERIAN RUNTUH FELDA kepada PENEROKA, ISTERI PENEROKA dan ANAK PENEROKA.

Jangan gaduh - gaduh. Ambik dan uruslah bahagian masing - masing. Seperi harmoni dan aman je pembahagian itu.

Jika isterinya dua, bahagilah 5 itu kepada dua. Begitulah seterusnya. Jika anak seorang, dapatlah 5 ribu. Jika anaknya ada empat belas seperti jiran mertua aku di Jengka tu, 5 ribu tu bahagilah dengan 14. BERAPO DAPET?
Jadilah....JANGAN TAK MERASA. Syukur syukur.

Dalam keadaan tiga generasi di atas TERSANDOR di EMPAP DERIAN [ bahasa Pahang ], pasti ada juga kes Tertiarap Dihempap Durian. Jangan sampai keluar berita terbunuh kerana durian runtuh, sudahlah. Malu Kita Weh.

KENAPA TERTIARAP DIHEMPAP DURIAN?

Aku pasti selepas kematian peneroka dan isteri, ada lantikan pengganti peneroka di kalangan anak - anak. Dan, lantikan pengganti itu adalah seperti berikut;

1. PENGGANTI PENEROKA ADALAH PEMILIK:

Jika lantikan pengganti peneroka dibuat atas sifat pemilikan, maka pengganti itulah yang berhak ke atas semua pendapatan utama dan terbitan daripada tanah 10 ekar suku itu. Jatuhlah pembahagian 5:5:5 itu kepada beliau, anak dan isterinya.

ADIK - BERADIK APA CER?

Dalam kes ini, Adik - Beradik memang tersandorlah. Tersandor mengenang nasib malang tak merasa waima satu sentimeter pun derian runtuh tu. SAH! MEMANG TERSANDOR. Tersandor sesal tak sudah.

Rupa - rupanya, STATUS sebagai ANAK PENEROKA sudah lama tertanggal daripada diri sebaik sahaja perlantikan pengganti peneroka itu dibuat.

Rupa - rupanya, sedikit kesilapan kerana tak faham semasa proses tukar nama lama dahulu, telah menyebabkan kerugian di tahun ini. Jika dapat bahagian, bolehlah buat belanja aidilfitri yang dah dekat tu.

KENAPA TERJADI DEMIKIAN?

  • Pasti berlaku sikap tidak ambil tahu ke atas harta pusaka 10 ekar suku [ 10 ekar kebun + 1/4 ekar tapak rumah] itu  sesama adik - beradik berkenaan. Pasti ada yang berfikir semasa itu, biarlah sesiapa nak, buatlah. Aku dah ada harta sendiri. Malaslah nak campur urusan kat tanah rancangan yang nun jauh di ceruk negeri. Silap - silap aribulan, semasa hari bicara kuasa itu diadakan, beliau awal - awal lagi memutuskan TIDAK HADIR kerana sibuk dengan kerja.

  • Berlaku juga kes adik - beradik tidak memahami akan status dan kuasa pengganti peneroka itu. Meletakkan penama baru sebagai pemilik, makno eh, anda telah memberikan segala - galanya kepada penama baru itu. Apa juga pahit maung dan sengsara, adalah terbeban kepada penama berkenaan. Begitu jugalah apabila sampai kepada bab - bab suka dan gumbira seperti DERIAN RUNTUH ni. Itu hak diolah. Sapa buleh ganggu?
Kesan / Impak kepada perlantikan pengganti peneroka seperti dia atas adalah, pengganti seterusnya setalah kematian beliau adalah ISTERI atau ANAK - ANAK beliau. Bukan di kalangan adik - beradik.

2. PENGGANTI PENEROKA ADALAH PENTADBIR TETAPI PEMBELOT:

  • Memang benar beliau hanyalah bersatus pentdbir tetapi, kerana sikap tidak ambil peduli adik - beradik lain, manipulasi boleh berlaku selepas proses tukar nama. Segala - galanya mungkin untuk berlaku.

  • Sikap terlalu mempercayai kepada seseorang, boleh membuatkan anda kehilangan segala - galanya.
Sebenarnya PENTADBIR ini hanyalah wakil kepada keluarga [ adik - beradik ] berkenaan untuk menguruskan sebarang dapatan atau pun urusan bersama FELDA. Tidak lebih dan tidak kurang. Tugas pentadbir selanjutnya adalah melakukan agihan mengikut persetujuan adik - beradik.

Impak daripada kaedah ini; Pengganti seterusnya jika berlaku kematian adalah di kalangan adik - beradik.

3. IKTIBAR KEPADA YANG BELUM MENGALAMI:

Jika berlaku kematian kepada peneroka dan / atau isteri peneroka, maka aku cadangkan, buatlah perkara baik seperti contoh di bawah ini;

Itu adalah cabutan minit mesyuarat adik - beradik aku. Jadikanlah sebagai rujukan jika ianya perlu kepada anda.


CUIT SIKIT:

Kepada ANDA yang jenis pukul tak tahu terhadap tanah rancangan ini, berubahlah.

  • Baliklah setiap kali berkesempatan terutamanya di hari raya.

  • Kalau dah sampai ke rancangan tu, jenguk - jenguklah tanah 10 ekar tu. Ambil tahulah serba sedikit. Setakat kemampuan anda.

  • Belajarlah untuk memahami proses dan kehendak pentadbiran Felda terutamanya apabila berlaku kematian dikalangan peneroka atau isteri.

  • Selesaikanlah tuntutan pusaka yang mungkin telah puluhan tahun, anda dan adik - beradik tidak mahu mengambil peduli.

  • Dokumentasikan apa jua perbincangan sesama adik - beradik sebagai rujukan.

  • Jangan berbalah sesama adik - beradik kerana DERIAN RUNTUH. Kasihanlah kepada arwah ayah dan ibu kita yang mungkin terseksa di alam barzakh kerana persengketaan berkaitan Derian Runtuh.
BIARLAH KITA TERSANDOR KERANA MENIKMATI DERIAN. BUKANNYA TERSANDOR KERANA DIEMPAP DERIAN.

JIKA KITA BERSTATUS PEMILIK SEKALI PUN, BERKONGSILAH SEDIKIT DENGAN ADIK - BERADIK YANG LAIN. TIADA SALAHNYA JIKA ITU BAKAL MENAUTKAN KEMBALI IKATAN YANG TELAH TERLERAI SELAMA INI.

Sekian, majulah sukan untuk negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH