FELDA PALONG 1-Perumahan
Generasi ke 2..
Perumahan Generasi ke 2..
Dimana penyelesaiannya?? Banyak tanah rancangan Felda diseluruh negara
menghadapi masaalah yg sama. Anak generasi ke 2 merempat dikampung sendiri
kerana tiada rumah sendiri.
Komen
1.
Tok Jampi
wakakakakakakakaka.....
2.
Ramlie Rbrw
hehehehehehehehe..
3.
Profesor Sham Jalor
Cerita yg berlaku di Palong
1 ini berlaku juga banyak tanah rancangan Felda termasuk dikampung aku sendiri.
ini keratan akhbar Sinar Harian edisi N9/Melaka 16.5.2012.
4.
Shah Afif Wtq
Haha surat kahbr mane
2....lwk .tmpt aku xd sorg pun mrempt....sume leh bli mah sndri.banda dkt
ma...bnyk dh prumahan dbuka....
5.
Profesor Sham Jalor
kau senaraikan kat aku tanah
rancangan mana yg dah ada perumahan generasi ke 2 diseluruh negara tu?
6.
Better Man
tapi aku sebagai generasi
ke-2 berterima kasih kepada felda dan berbangga degn projek pembangunan
Feldajaya di Jempol. dan aku berjaya memilikinya. terima kasih PM dan Felda.
:-)
7.
Tok Jampi
wakakakakakakakaka....baca
ayat tuh betul2
8.
Muhamad Rozi Raas
kalau semua anak peneroka
masih berfikiran macam ni bagaimana melayu nak maju...berusaha untuk menaikan
diri masing2...jangan nak harapkan bantuan sahaja
9.
Shah Afif Wtq
Triang 3..najib sndri dtg
rasmikan...daerh bera.
10.
Profesor Sham Jalor
kau jangan buat dakwaan
tiada masaalah berlaku tentang perumahan generasi ke 2 ini. dalam Parlimen
kawasan kampung aku ada 7 rancangan tanah rancangan Felda. satu pun tiada program
perumahan generasi ke 2. semua menumpang dirumah keluarga sendiri.
11.
Tok Jampi
Prof...kau ni merendahkan
mertabat warga felda lah....sebenarnya berapa org generasi kedua yg tinggal
dalam kawasan felda??
12.
Shah Afif Wt
Surh je diorg kuo...cri mah
sndri kahkah.....jgn mrh
13.
Better Man
ditempat aku sebelum projek
perumahan gen2 di buat. felda telah membuat bancian terhadap keperluan
perumahan disatu-satu rancangan samada terdapat permintaan yang tinggi atau
tidak. ini bagi mengelakkan daripada ianya menjadi projek gajah putih dan
digunakan oleh pembangakan g sebagai senjata mengatakan felda membazir wang
peneroka pulak. mungkin ditanah rancangan Profesor Sham Jalor bancian tidak
dibuat atau Profesor Sham Jalor tidak tahu atau tidak ambil tahu. yg Profesor Sham
Jalor tahu adalah menyalahkan orang lain.
14.
Shah Afif Wtq
Brape pulh thun dh flda kmpg
ko 2 prof...ramai sngt2 ke yg mnupang mai dtg kmpg aku bnyk lg tmpt
ksng...kihkih.sabo la prof.blm mse lg kmpg ko 2....sume flda akan mlalui
tranfmsi 2 sabo ye sabo....
15.
Profesor Sham Jalor
aku akui ada tempat yg dah
ada perumahan generasi ke 2 tapi bukan semua tempat ada. ditempat aku tapak
disediakan pastu modal kena keluar sendiri. sedangkan generasi itu kerjanya
mengambil upah menoreh getah sahaja. bila mereka ini tidak mampu menyediakan
modal buat rumah sendiri terpaksalah menumpang bersesak-sesak dirumah orang tua
sendiri. ada yg tinggal sehingga 3 keluarga dalam satu rumah. ada juga yg
menyewa dirumah peneroka yg rumahnya tidak lagi diduduki kerana anak-anak dah berhijrah
keluar dari kampung.
16.
Mustapa Ismail
di kampung2 tradisi...ade ke
gen-gen mereka menyalahkan pihak tertentu bila tak dpt kemudahan...yg jelas
gen-gen mereka berhijrah ke bandar dan kampung tradisi semakin sunyi....
17.
Profesor Sham Jalor
tempat dibuka pada tahun
1968. dah puluhan tahun. sekarang dah masuk generasi ke 4 yg tinggal didalam
kampung aku tu. bukan yg ke 2 lagi dah tapi dah masuk generasi yg ke 4.
18.
Mustapa Ismail
hak gen-gen??? ini telah
disalurkan oleh felda melalui peneroka itu sendiri.
19.
Shah Afif Wtq
Wah yeke....tanah flda gnrsi
ke 4dh pgang fuyoo.....kalah flda bilut...hehe
20.
Isa Satay
Profesor Sham Jalor, aku
pun anak jalor jugak...tak guna laongkan kek sini. apa yang penting sentiasalah
berbincang bagaimana cara untuk kita mendapatkan apa yang dihajatkan...melalui
saloran yang tertentu...
21.
Better Man
dasar perumahan utk gen 2
telah dirancang dan dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Felda lama dah tapi yang
mushkilnya mungkin ada pengurus dan pegawai dirancangan tertentu yang tidak
buat kerja atau dengan kata mudahnya bermasalah. jadi ianya perlu dibincang dan
disalurkan kepada tempat2 yang betul contohnya BAPAK ker GWGF ker? harap
profesor dah buat aduan kepada mereka. ker Profesor ni memang tau menyalahkan
orang jer. dah usaha lom?
22.
MohdSharif Sharif
baru 44 tahun dah gen
4.....hahahahaha biar betol...prof2....satu jenerasi 10 tahun je
kot....hahhahaha
23.
Profesor Sham Jalor
Generasi ke 4 itu bermaksud
cicit penerokalah, jgn bezakan Raja Alias, Palong dengan kampung aku. itu
gugusan buka awal 1980an.. Isa Satay, kau dah brp lama tak jenguk rumah orang
tua kau tu. memang realitinya tiada perumahan generasi ke 2 kat kampung aku
lagi kau nak banyak geybang..
24.
Profesor Sham Jalor
macam di Palong 1 ini
bermasaalah, pastu pihak UMNO cawangan pun taknak menyelesaikannya, tu sebab
dia orang panggil wartawan untuk dedahkan masaalah dia orang.
25.
Ifatiey Athirah
hahaha...setuju....!!!
26.
Darah Felda
korang nak apa lg... byk
kjaan dah bg... 15000 kg tradisi =12juta anak kg juga mahukan tanah dan rumah
spt korang... usahalah....
27.
Laila Manja
2la pasal .
28.
Sunan Kali Jaga
jalankan amanah yang
terkandung dalam matlamat penubuhan felda..jangan ada
eksploitasi...manipulasi....ketelusan....hidup kita tak habis disini......
29.
Keadilan Dun Lui
semakin ramai warga felda
dah sedar..syabas!
30.
Ahmad Razan Zainal
WARGA Felda ada 112,635
orang bang! Dah buat bancian kesedaran ke?
31.
Keadilan Dun Lui
tak yah buat bancian..yg
penting felda bukan aset umno lagik..ngeee
32.
Saham Felda
Profesor Sham Jalor ni kojo
ngan koling kat PJ nu aritu ader satu brader tak tahan ngan dia kasi dedah
alamat sumer. lepas tu terus kena buang join dengan JBWF oleh admin....silap
silap aku pun jap lagi admin buang....penyokong BN yang terer terer kat group
ni sumer dah takder dah tinggal pembangkan ker banyak...tak gitu. Better Man
pun tak lama lagi kena buang latuuu
33.
Saham Felda
Keadilan Dun Lui ni adun
lui yang haprak dongki dengan sorting tuu.....
34.
Keadilan Dun Lui
pulak dah Saham Felda
nih..ayoo aiii..angin tak goyang hujan tetibo kek pokok plak..ayooo
35.
Darah Felda
sedar penipuan yg sdg dibuat
oleh mazlan n kunco2nya... pensroka bertambah senang... keje mazlan bertambah
sng....
Aku tak ingin komen kepada beberapa komen yang tidak cerdik di atas. Sebabnya, aku tahu sebahagian daripada 35 komen ini tidak merujuk kepada fakta sebenar yang tertera menerusi berita penuh seperti di bawah;
FAKTA SEBENARNYA ADALAH;
Ketua UMNO Cawangan Felda Palong Satu telah diberikan mandat oleh Generasi Kedua Rancangan berkenaan untuk mengusahakan supaya Perumahan Warga Felda dapat diadakan di Felda Palong Satu pada tahun 2004.
Sdr. Anuar Ali-Ketua UMNO Cawangan, Sdr. Roslan Mohd. Zin-Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Sdr. Samsul Amri Abd. Rahman-Aktivis Belia dan Sdr. Ahmad Nizam Hasan-Penolong Pengurus, telah membuat lawatan ke Felda Bukit Goh, Kuantan pada awal 2004 untuk mempelajari bagaimana Taman Bukit Goh Perdana boleh dibangunkan oleh Felda di atas tanah bekas perumahan pekerja Kilang Sawit Bukit Goh.
Hubungkait Felda Palong Satu dan Felda Bukit Goh adalah, kedua - duanya mempunyai tanah kosong milik Felda yang luas. Di Felda Palong Satu, ada kira - kira 50 ekar tanah kosong di kawasan kampung. Faktor terlalu luas tanah kosong itu adalah kerana pengurniaan tanah kebun seluas 12 ekar kepada setiap peneroka, bukannya 10 ekar seperti kelaziman di rancangan - rancangan Felda, dan ini telah mengurangkan jumlah peneroka daripada sepatutnya 600 orang kepada 441 sahaja.
Jika di Felda Bukit Goh boleh didirikan perumahan warga Felda dan dinamakan sebagai Taman Bukit Goh Perdana, kenapa perkara yang sama tidak boleh dilakukan di Felda Palong Satu?
Dan, kenapa di Bukit Goh berjaya? Kenapa pula di Palong Satu gagal?
Jawapannya:
Kejayaan Gen 2 Bukit Goh mewujudkan Taman Perumahan di dalam kawasan kampung adalah bertitik tolak daripada iltizam dan komitmen penuh pemimpin Gen 2 rancangan berkenaan dengan sokongan padu Pengurusan Rancangan.
Di Palong Satu, Gen 2 dan Pengurusan Rancangan turut memberikan komitmen jitu ke arah pelaksanaan program berkenaan malangnya, Ketua UMNO Cawangan yang juga Gen 2 tidak mempunyai daya juang dan kesungguhan untuk merebut peluang mendapatkan projek berkenaan
Beliau telah dibekalkan dengan segala maklumat keluasan tanah kosong, peta kawasan kampung dan juga tandatangan para Gen 2 untuk menjadi bukti adanya keperluan untuk membina rumah Gen 2 di Palong Satu.
Malangnya, mimpi indah bertukar menjadi mimpi negeri kepada Gen 2 Palong Satu. Setelah hampir 10 tahun menanti, wajarlah mereka ini menggunakan hak kebebasan bersuara mereka untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Sekarang ini, ada kira - kira dua ratus orang Gen 2 yang telah berkeluarga tinggal di Palong Satu samada dengan keluarga asal atau pun menyewa rumah - rumah peneroka yang kosong di rancangan berkenaan.
Mereka ini bukan duduk goyang kaki dan menghayun telor ke hulu ke hilir seperti sangkaan ramai pihak di atas. Merekalah tenaga utama di sektor penghasilan rancangan kerana purata usia peneroka asal Palong Satu adalah 65 tahun.
Sesuatu yang perlu difahami ialah, mereka ini bukan mahukan rumah percuma seperti komen ini
Darah Felda
korang nak apa lg... byk
kjaan dah bg... 15000 kg tradisi =12juta anak kg juga mahukan tanah dan rumah
spt korang... usahalah....
Terima kasih Darah Felda kerana menulis usahalah di hujung komen beliau di atas. Betullah tu. Itulah antara usaha mereka supaya impian untuk mendapatkan rumah sendiri tercapai.
Adakah jatuh dan rendah martabat warga Felda seperti komen di bawah ini, jika Gen 2 menyuarakan hasrat hati mereka?
Prof...kau ni merendahkan
mertabat warga felda lah....sebenarnya berapa org generasi kedua yg tinggal
dalam kawasan felda??
Kepada komentatur yang menyatakan mereka telah berjaya mendapat rumah sendiri, tahniah diucapkan. Tetapi adakah kejayaan anda itu memboleh dan melayakkan anda memperlekehkan usaha pihak lain yang memerlukan?
Anda mungkin berjaya. Baguslah. Tetapi, salahkah kalau kita menyatakan sokongan buat mereka yang memerlukan?
CUIT SIKIT:
Akhir sekali, perlukah seorang anak Felda yang kononnya tinggi martabatnya, menulis begini.....
Shah Afif Wtq
Haha surat kahbr mane 2....lwk .tmpt aku xd sorg pun mrempt....sume leh bli mah sndri.banda dkt ma...bnyk dh prumahan dbuka....
Shah Afif Wt
Surh je diorg kuo...cri mah
sndri kahkah.....jgn mrh
Nota Kaki
Penulis pernah bertugas sebagai Penyelia [ 1 Januari 1993 hingga 30 November 2003 ] dan sebagai Penolong Pengurus [ 1 Disember 2003 hingga 30 Mei 2004 ] di Felda Palong Satu.
Pengalaman selama lebih 11 tahun bersama - sama dengan Gen 2 di rancangan berkenaan, telah mengajar penulis erti persahabatan, keikhlasan bekerja dan kualiti kepimpinan Parti Politik Peringkat Cawangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan