Piala AFC adalah satu pertandingan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asian [AFC] sebagai satu pertandingan kedua selepas Liga Juara - Juara Asia. Hampir serupa dengan Liga Juara - Juara Eropah dan juga Liga Eropah. Strukturnya hampir serupa, kualitinya dan promosi nyata berbeza.
Di Asia, Piala AFC adalah pertandingan untuk kelab - kelab dari Negara - Negara Asia yang ditakrifkan sebagai "Negara Membangun" di bidang bola sepak termasuk Malaysia. Jelasnya, pertandingan ini disertai oleh kelab - kelab yang tidak melibatkan kuasa besar bola sepak Asia seperti Australia, Jepun, Korea, China dan lain - lain negara gergasi bola sepak Asia.
Negeri Sembilan adalah pasukan pertama bersama Perak menyertai Piala AFC pada musim pertama,.....
Dan, aku fikir tidak ramai para penyokong NS yang tahu akan fakta ini. Kerana Piala AFC agak janggal didengar dan tahukah anda, hanya sekitar 1000 orang yang hadir ke STAR Paroi apabila NS bermain buat kali kedua di peringkat Asia ini pada musim 2007. Lebih teruk, NS menarik diri bersama Selangor musim lalu, khabarnya kerana tiada peruntukan dan gagal mendapat penaja.
ERA BARU PIALA AFC DI MALAYSIA
Memasuki edisi ke sembilan, aku fikir, tahun ini perhatian oleh media Malaysia terhadap pertandingan ini semakin baik. Telah ada liputan yang agak meluas oleh media cetak dan media elektronik untuk pasukan Kelantan dan Terengganu. Banyak kali juga disiarkan secara langsung oleh RTM [ TV 1] perlawanan - perlawanan melibatkan kedua - dua pasukan samada di arena sendiri mahu pun di arena lawan. Tersedia juga slot siaran tertunda Piala AFC 2012.
TAHNIAH kerana ini adalah satu perkembangan positif buat bola sepak Malaysia, khususnya para penyokong pasukan yang bertanding. Setidak - tidaknya, mereka dapat belajar menerusi siaran langsung itu, bagaimana cara dan gaya pihak lawan merayakan gol dan juga cara untuk menerima kekalahan biar pun bermain di tempat sendiri.
Menerusi beberapa siaran langsung dan tertunda yang aku ikuti, para penyokong bola sepak kelab Vietnam, Hong Kong dan juga Myanmar tidaklah merayakan gol jaringan pasukan mereka dengan cara melontar botol air dan tin penyembur rambut, ke arah wartawan bertugas mahu pun penyokong pihak lawan. Tidak juga tertulis atau tersiar di media, para penyokong mengadakan perarakan ke rumah Presiden Kelab sekiranya mereka kalah di tempat sendiri.
DIMENSI BARU PIALA AFC DI MALAYSIA
32 pasukan daripada pelbagai negara di Asia menyertai pertandingan tahun ini dan,
Kelantan atau Terengganu, salah satunya akan mengulangi sejarah lama catatan Perak, Kedah dan Selangor, iaitu layak ke peringkat Suku Akhir Piala AFC. Itu sudah TOP 8. Kedua - duanya akan berentap sesama sendiri di pusingan kedua.
Di atas adalah jadual pertandingan bagi Pusingan Kedua atau Pusingan 16 yang dimainkan sekali sahaja. Juara setiap kumpulan adalah tuan rumah di pusingan ini. Setakat ini, Chonburi, Thailand sudah mengesahkan tempat ke suku akhir apabila menang 1-0 ke atas Al-Zawra'a, Iraq.
Tahun ini, dua penyertaan dari Malaysia dan keduanya layak ke pusingan kedua. Lebih membanggakan, Kelantan muncul JUARA KUMPULAN H. Satu pencapaian terbaik buat pasukan dari Malaysia kerana sebelum ini, mereka hanya mampu muncul Naib Juara Kumpulan sahaja, sama seperti pencapaian Terengganu. TAHNIAH KELANTAN.
Ghaddar juga berada di carta teratas penjaring gol kejohanan ini. Beliau mungkin boleh menambah baik catatan di atas sekiranya Kelantan terus maju di pertandingan ini. Malah jumlah jaringannya setakat ini adalah lebih baik berbanding cuma 5 gol ketika beliau muncul penjaring terbanyak Piala AFC 2007.
Imbas kembali musim 2011.
Setakat 8 edisi, 7 daripadanya di menangi oleh kelab dari rantau Arab sehinggalah kelab dari Asia Tengah Nasaf Qarshi, Uzbekistan muncul juara musim lalu.
Musim ini adakah berulang perkara yang sama atau bakal muncul juara baru dari Asia Tenggara. Sama - sama kita nantikan.
Kembali kepada promosi dan sokongan media, saksikan di bawah ini,
Apa yang bakal berlaku seterusnya adalah,
CUIT SIKIT:
Aku percaya KELANTAN akan berjaya ke peringkat yang lebih baik daripada apa yang telah dicapai oleh Perak, Kedah dan Selangor sebelum ini.
Kesungguhan KAFA untuk menyertai pertandingan ini amat jelas dengan menyediakan empat pemain impot dan juga mempunyai skuad yang besar serta memiliki para pemain yang berkebolehan tinggi dan berpengalaman.
Berbanding Terengganu, Kelantan tidak pernah menjadikan Piala AFC sebagai punca keletihan pemain apabila gagal mempamerkan permainan berkualiti.
Dan, sepanjang yang dapat aku ikuti, Kelantan sebenarnya langsung tiada masalah untuk bersaing di tiga pertandingan serentak kerana mereka mempunyai dua atau tiga skuad yang hampir sama standardnya musim ini.
Jika tahun ini, Kelantan gagal melepasi peringkat SUKU AKHIR, aku fikir itu bukan Kelantan namanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan