Jumlah Paparan Halaman

2.5.12

KISAH ORANG BUTA & GAJAH DI FELDA GLOBAL.....

Pada usia hampir 50 tahun. Setelah sekian lama meninggalkan bangku dan meja sekolah rendah. Sejak sekian lama tidak mendengar kisah 7 orang buta dan seekor gajah.

Semenjak duamenjak dan tigamenjak ini, penangan Sang CDS&IPO serta DURIAN RUNTUH.....telah menimbulkan kembali nostalgia 7 orang buta dan seekor gajah.

Ada yang tak mahu sign. Ada yang terus sign. Ada yang dah sign tapi mahu buat bantahan.

Malah, telah ada syarikat pengedar proton mendirikan khemah pameran di pangkal sawit di sebuah simpang strategik di Gugusan Bera, Pahang.

Yang penting, ada ramai orang buta di kalangan Pengurus Rancangan seperti contoh di bawah ini.

Surat pihak pengurusan kepada semua peneroka di rancangan beliau nampak seperti tiada apa - apa yang istimewa. Ianya adalah pemberitahuan berkenaan jadual penerangan IPO FGVH.

Tetapi, sedutan surat berkenaan amat istimewa apabila,
dibesarkan dan dibaca dengan hati yang ikhlas dan mata yang jernih.

Jika ianya sekadar perjumpaan, mengapa perlu dititikberatkan 5 perkara itu. Sebagai mantan Penolong Pengurus dan sekarang ini bergelar Pentadbir / Pengganti Peneroka, aku turut berasa sensitif dengan perkara 4 dan 5 di surat berkenaan.

JIKA IANYA HANYA PERJUMPAAN;
  1. Mengapa perlu bawa Salinan Geran Ladang dan Tapak Rumah. Pengurus nak tolong gadaikan ke?
  2. Apa perlunya menyumbang untuk sekretariat. Pengurus dah takda gaji ke?
  3. Mengapa perlu di sebut menandatangan CDS?
  4. Mengapa tidak diberikan tempoh bertenang selepas perjumpaan bagi membolehkan peneroka membuat pertimbangan samada menandatangan atau tidak permohonan CDS dan IPO itu?
Solan seterusnya,
Tatacara mana yang digunapakai oleh PENGURUS RANCANGAN berkenan untuk mengutip wang peneroka tanpa mendapat persetujuan JKKR?

Setahu aku, semua keputusan berkaitan kutipan wang daripada peneroka mestilah mendapat kelulusan menerusi mesyuarat JKKR terlebih dahulu.

Apa kuasa Sekretariat CDS & IPO Rancangan untuk mengutip wang daripada peneroka?

Lebih teruk apabila memasuki era IPO FELDA GLOBAL ini, Sekretariat lebih besar daripada Pengurus Rancangan.

Tak percaya? Percayalah,
Setelah melihat sendiri, tentu anda sudah percaya sekarang ini.


CUIT SIKIT:

Sebagai pewaris peneroka di salah sebuah rancangan di Gugusan Bera, Pahang, aku tidak pula diminta untuk membuat sebarang komitmen berkenaan perkara 4 dan 5 itu.

Malah, ketika aku hadir di pejabat rancangan sekitar jam 12 tengahari hari ini 2 Mei 2012, adalah seorang pewaris peneroka turut membawa salinan geran ladang dan tapak rumah.

ANDA TAHU APA YANG BERLAKU KEPADA PEWARIS BERKENAAN?

Petugas di pejabat rancangan itu telah mengembalikan semula salinan berkenaan kerana tidak diperlukan setakat ini.

Petugas itu menolak kerana beliau pastinya tidak mendapat apa - apa arahan daripada Pengurus Rancangan bab salinan geran ladang dan tapak rumah ini.

Nampaknya sudah ada dua contoh Pengurus Rancangan laksana orang buta cuba mentafsir fizikal seekor gajah.

TAK FAHAM AKU! Di zaman global ini nampaknya masih ada perbezaan untuk menyampaikan arahan daripada Wisma FELDA kepada para peneroka rancangan.

PATUTLAH FELDA SEMAKIN KALUT DAN KUSUT.

Nota Kaki;

Jika ANDA ada lain - lain kisah Orang Buta ni, sila sertakan di ruangan komen. Kita kongsi bersama.

DENGAR KHABARNYA, sudah ada persiapan untuk membuat satu lagi tuntutan ex-parte di Mahkamah Tinggi Serremban, menjelang PENGUMUMAN DURIAN RUNTUH 8 Mei nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH