Semua pihak khususnya KAKI BOLA MALAYSIA pasti terkejut dengan berita besar hari ini. Walau pun berlaku di seberang tambak, impaknya lebih menjurus kepada Malaysia. Kerana yang dituduh adalah rakyat Malaysia dan juga permainannya di Liga Super Malaysia.
Pun begitu, aku ingin membawa kalian kembali ke tahun 2011 menerusi catatan di bawah.....
Terengganu menentang NS di Stadium Shah Alam. Shokri Nor di tengah - tengah selaku Pengadil malam berkenaan.
Aksi seterusnya adalah seperti di bawah.....
Sepanjang perlawanan akhir itu, aku fikir tiada apa - apa yang luar biasa untuk Pengadil ini dikaitkan dengan sebarang salah laku. Tambahan pula, beliau adalah antara Pengadil Kanan di Malaysia buat masa ini.
CUIT SIKIT:
Apabila tersiar berita seperti ini,
aku fikir ramai yang terkejut kerana yang terlibat bukanlah orang sembarangan. Yang terlibat bukan sahaja Pengadil Kanan tetapi adalah seorang anggota beruniform seperti maklumat di bawah,
Sekiranya benar beliau terlibat untuk menentukan keputusan perlawanan, ke mana hilangnya Integriti Seorang Anggota Polis. Bukankah sentiasa tersemat di uniform setiap anggota, lencana integriti. Adakah lencana hanya tinggal lencana?
Sepatutnya, sebagai anggota Polis, beliau yang menangkap sipenjual game, tetapi beliau pulak yang kena tangkap oleh CPIB, Singapura. Tak dapat kawtim.
Carian berkaitan Thana Segar S Sinnaiah pula adalah menjurus kepada S. Thanasegar, bekas pemain Kedah di era 90'an. Entahlah.
Mungkin benarlah berita di atas yang merujuk sebagai kedua - duanya telah bersepakat di Pulau Pinang [ untuk menjual game itu ], hebat punya pakatan.
Setakat ini, mereka belum bersalah kerana baru sahaja dituduh. Mereka hanya bersalah apabila telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman. Sehingga tibanya detik perbicaraan dan keputusannya, kita cool ajelah bab mereka berdua ni.
Sekadar bertanya, game lain - lain tak kena jual ke?.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan