Jumlah Paparan Halaman

21.5.12

MEREKA YANG TIDAK BERUBAH.....

PERSAMAAN FAM DAN PENYOKONG KELANTAN ADALAH.....

Episod Satu;

Wartawan kesal sikap penyokong Kelantan ketika final Piala FA
Wartawan yang membuat liputan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam, kesal dengan sikap biadap segelintir penyokong 'The Red Warriors'.
Wartawan Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin  berkata beliau sangat kecewa  melihat sikap penyokong  Kelantan itu yang tidak profesional dengan membaling botol minuman dan bekas makanan ke arah tempat media di aras dua stadium berkenaan.
"Pada separuh masa pertama, penyokong Kelantan membaling botol air sehingga terkena skrin laptop saya. Mereka kemudian bertindak  lebih agresif dengan membaling bekas penyembur rambut ketika meraikan gol (oleh Mohammed Ghaddar) sehingga hampir terkena kepala namun saya sempat tepis.
"Bagi saya, tindakan seumpama itu merupakan suatu perkara yang tidak matang dan jelas tidak mencerminkan semangat kesukanan yang sebenar," katanya.
Muhammad Dayne berkata beliau pernah mengadukan mengenai isu keselamatan tersebut kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini, namun badan induk bola sepak negara itu menyatakan perkara tersebut terletak di bawah tanggungjawab Perbadanan Stadium Malaysia.
Wartawan Berita Harian Mohd Fitrie Muhamad pula berkata beliau hampir terkena bekas makanan yang dibaling dari aras tiga stadium itu.
 "Mereka sebagai penonton harus bersikap profesional ketika memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka dan bukannya mencampakkan sebarang objek kepada kami walhal mereka tahu kami sedang membuat liputan perlawanan," katanya.
Presiden Persatuan Penulis- Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa ketika dihubungi berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana pegawai FAM sendiri memberi jaminan kepadanya mengenai soal keselamatan terhadap media, semasa beliau mengikuti lawatan ke stadium tersebut pada Selasa lepas.
"Penyokong bola sepak tidak sewajarnya menjadikan petugas media sebagai sasaran kemarahan kerana mereka perlu tahu bahawa kita mempunyai tugas untuk dilaksanakan," katanya.
Beliau meminta FAM menilai kembali prosedur keselamatan bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang.
"Saya akan kumpulkan semua pendapat daripada petugas media yang terlibat sewaktu perlawanan tersebut sebelum menghantar surat kepada FAM untuk tindakan lanjut daripada mereka," katanya ..
Epsod Dua:

FAM adalah satu organisasi yang aneh. Dalam hari-hari sebelum game, berbuih cakap itu ini pasal sekuriti, pembahagian penonton, amaran kepada kedua-dua pasukan dan sebagainya, tapi pada hari perlawanan, perkara yang dibincangkan tak dibuat, dan yang lebih aneh, mereka menuding jari kepada pihak stadium dan polis. Admin faham jugaklah kenapa fans Kelantan menunjukkan ketidakpuasan terhadap FAM semalam kat stadium - melalui kad abjad kat dua kawasan penonton dan satu lagi melalui kain rentang (sori tak berani nak ulang mesej-mesej tersebut kat sini, takut FAM gantung admin selama 30 bulan jugak, tapi ada nampak kat tv tak?). Kesimpulannya, bolasepak Malaysia tiada masa depan yang mampan jika FAM terus menerajuinya sebegini. Perlu perubahan dalam segala aspek!
Episod Tiga:

Terima kasih kepada para penyokong Sime Darby FC yang datang ke Bukit Jalil tadi - you guys rocked! Sayang ada di aras bawah yang kena baling objek dari aras tengah. Pegawai SDFC mencuba sedaya upaya, merayu FAM, pihak stadium dan pihak polis untuk membetulkan keadaan dari pukul 4.30 petang, namun seakan tiada siapa yang tahu apa yang boleh dibuat. Harapan admin tiada yang tercedera. Tabik fans SDFC!!
Di atas adalah beberapa coretan daripada ratusan malah mungkin ribuan posting di pelbagai wall fb. Termasuk juga satu kisah betapa penyokong Kelantan bukan sahaja menceroboh malah bertindak lebih kejam, menghalau para penyokong Sime Darby dari kawasan yang dikhaskan kepada Sime Darby. Ini sudah seperti Palestin diceroboh dan dihalau oleh Israel dari bumi mereka sendiri.
Aku sambung coretan di sini bukanlah untuk menambah garam di luka atau meneruskan usaha pahat setelah rumah siap. Tidak sama sekali.
Cuma aku tertarik dengan pelbagai karenah FAM yang tidak berpenghujung apabila tiba saat final sesuatu pertandingan yang mereka sendiri anjurkan.
Di final, sepatutnya hadir seorang yang bergelar Presiden, menemani VVIP yang mereka sendiri jemput. Jika tidak pun, hadir satu daripada dua Timbalan Presiden. Tetapi, di final Piala FA Sabtu lalu, hanya ada Naib Presiden bersama VVIP di pentas utama kerana, Presiden dan Timbalan Presiden 1 tidak hadir. Timbalan Presiden 2, dah kena gantung. Yang tinggal adalah Naib Presiden dan Jeneral Pencen.
Wahai FAM, Ini majlis anda. Ini kenduri anda. Di saat ramai tetamu dan jemputan hadir, tuan rumah hilang dan hanya mewakilkan kepada adik - beradik dan sepupu untuk mengendalikan majlis. Tahniah FAM kerana membawa budaya baru di Malaysia. Budaya tuan rumah lari di hari majlis anjuran sendiri sedang berlangsung.
Perkara kedua yang menjadi minat untuk aku komen ialah, FAM telah berjaya mengKelantankan upacara penyampaian Piala dan Pingat. Semua yang di atas pentas khas itu adalah Orang Kelantan, termasuk seorang Menteri Kabinet, tanpa ada seorang pun daripada pihak Sime Darby FC. Aku difahamkan menerusi ulasan Zainal Abidin Rawop, Tun Musa Hitam selaku Pengerusi Sime Darby turut hadir pada malam itu.
Salahkah jika Tun Musa turut diberikan sedikit penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada para pemain dan pegawai Sime Darby FC? Salahkah memberikan sedikit ruang buat Orang Besar Sime Darby sebagai tanda FAM menghargai kebolehan dan kehebatan sebuah kelab yang bergelar Sang Pembunuh Gergasi itu.
Sayangnya, Sabtu lalu, Sime Darby FC hilang segala - segalanya kerana FAM tidak pernah mahu menghargai sebarang usaha pihak lain untuk memartabatkan bola sepak Malaysia.
CUIT SIKIT:
Biar apa pun orang kata, biar siapa pun yang berkata, aku yakin dan percaya Kelantan dan FAM tidak akan berubah.

FAM, menerusi Jawatankuasa Keselamatan dan juga Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk, akan terus melontarkan pelbagai langkah keselamatan yang kononnya akan dikuatkuasakan menjelang Final sesuatu pertandingan.

Namun, di hari final, laser pointer terpancar jua. Botol air dan segala macam sampah, terlontar jua. Asap flare mengganggu juga. Setahu aku, itu semua adalah BARANG LARANGAN dan TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke mana - mana STADIUM.

Semua ini terjadi kerana, FAM telah mengadakan langkah keselamatan yang cukup ketat di pintu masuk. AKU PASTI, pihak FAM telah melakukan pelbagai peringkat pemeriksaan badan dan juga menyediakan scanner berkualiti tinggi, tetapi tidak pernah dipatuhi oleh penyokong Kelantan. Jika tidak melakukan pelbagai perkara havoc dan pelik, itu bukan Kelantan namanya.

Akhirnya, semua itu hanyalah untuk kelihatan cantik di kaca tv khususnya menjelang pertandingan akhir, tetapi tidak pernah terlaksana kerana yang salah dan silap bab penguatkusaan ini bukanlah FAM tetapi pihak Polis dan juga pihak Perbadanan Stadium Malaysia. FAM tetap berada di pihak yang betul, benar dan tepat.

Kepada rakan - rakan media yang turut mendapat "habuan" daripada penyokong Kelantan itu, aku cadangkan supaya boikotlah final Piala Malaysia nanti jika ianya melibatkan Kelantan dan FAM. Ada berani ke kenkawan?

Bila nak berubah? Jawapannya..mereka tidak akan berubah kerana jika berlaku perubahan, itu bukan mereka.

3 ulasan:

  1. selagi kepimpinan FAM x berubah, selagi itulah perkara2 tersebut dipertontonkan kpd kita.. apa kata Media cetak dan elektonik boikot sebarang perlawanan yg melibatkan pasukan Kelantan terutamanya bl game Final.. bab penyokong tu, mmg x blh nak ubah sampai bl2 sbb mentaliti org sana mmg mcm tu.. wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. i2 upah ko fam duk denda klate selama nie.. habuan bg wartawan duk hina klate..

      Padam
  2. woi..byk ckp..ko ni first time ke stadium kah ?
    nobody perfect dowwww

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH