Jumlah Paparan Halaman

27.5.12

DAH KOJO DIO, BIALAH.....

Aku percaya ramai yang sudah rindu dengan kemeriahan di STAR PAROI kerana Liga Super berehat yang panjang sekarang ini.

Sebagai mengisi kerinduan itu, aku paparkan di sini beberapa catatan dari luar gelanggang.

Pertamanya, setakat 15 Mei, NS berada di tangga ke 3 liga. Sesuatu yang boleh dibanggakan dan bakal menarik lebih ramai lagi penonton ke stadium khususnya di Paroi. Itu biasa. Lebih banyak menang daripada kalah, lebih tinggi ranking di carta liga, pasti lebih ramai akan sayang.

Sementara menanti sepak mula di Melaka pada 16 Jun nanti, aku suka memaparkan catatan di bawah untuk tatapan bersama.....


Secara ringkasnya, di atas adalah pencapaian NS samada berjersi kuning [ tempat sendiri ] atau berjersi biru tua [ tempat lawan ]. ANDA nilailah sendiri samada NS sudah melakukan yang terbaik atau masih boleh diperbaiki pencapaian itu terutamanya bahagian yang bernama seri itu.

Ini pula graf pencapaian.....
Seterusnya, keputusan semua perlawanan di Paroi,
dan di tempat lawan,
Apa yang menarik ialah, Effa Owona mendahului carta Penjaring Gol Liga Super,
bukan sekadar buat NS tetapi untuk secara keseluruhannya. SATU GOL mengatasi Forkey Doe - Terengganu, Michal Kubala - Perak dan Shahril Ishak - Lions XII. Rujuk di sini untuk senarai seterusnya.

22 daripada 30 gol jaringan NS di Liga Super datangnya dari mesin pencetak gol yang sememangnya dibayar untuk melakukan kerja itu. Maknanya, setakat ini, mereka sudah melakukan KOJO DIO.
Apabila lebih 70 peratus jaringan datangnya daripada pemain penyerang, ia bermaksud pasukan itu sebenarnya telah melakukan sesuatu yang betul.

Jika pemain serangan telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain di bahagian lain, itulah yang terbaik.

Memang dalam bola sepak moden, setiap pemain boleh menjaringkan gol. Itu aku setuju. Tetapi, apakah makna yang tersirat apabila di hujung musim, pemenang Kasut Emas adalah PEMAIN PERTAHANAN?

Apabila PEMAIN PERTAHANAN lebih banyak menjaringkan gol, ia ibarat pemandu duduk di kerusi belakang, boss yang memegang stereng.

Seterusnya, kita lihat pula statistik pencapaian secara individu pemain penyerang NS ini.....
Biarpun menjadi gandingan di bahagian serangan dalam formasi mudah 4-4-2 kegemaran Azraai Khor itu, hanya dua perlawanan yang menyaksikan Effa dan Shakir berjaya menjaringkan gol secara bersama dalam satu perlawanan.

Menariknya, ketika Effa jelas garang di Paroi, Shakir pula lebih meledak di arena luar. Mengapa? Mungkin faktor psikologi ada peranan di situ. Mungkin Effa lebih selesa bermain di hadapan penonton sendiri dan Shakir pula sebaliknya. Mungkin iyo, mungkin juga tidak. Jawapan sebenar, hanya ada pada diri mereka.

Pun begitu, samada di Paroi atau di luar, duo - duo dah buek KOJO DIO, bialah.

CUIT SIKIT:

Adakah anda sedar istimewanya NS musim ini.

Pertamanya, samada seri atau kalah, pemain NS tetap mampu menjaringkan gol. Maknanya, TIADA PERLAWANAN YANG TIADA JARINGAN OLEH PEMAIN NS. Ini termasuk perlawanan pada 14 April di Kuala Terengganu. Biar pun tewas 0-1, gol Terengganu itu dijaringkan oleh S.Kunanlan, pemain NS.

Keduanya, samada menang atau seri, TIADA PERLAWANAN YANG TIDAK DIBOLOSI. Maknanya, setakat 18 perlawanan, pintu gol NS pasti bocor, setiap kali turun bermain. Hanya jumlah kebocoran sahaja yang berbeza di setiap perlawanan.

Ketiga, posisi BEK KANAN kelihatan memberikan banyak masalah buat NS. Setakat ini, sudah empat pemain bermain di bahagian itu. Bermula dengan Muszaki Abu Bakar, turun pula Qhairul Anwar Ruslani. Kedua - duanya dah hilang dari skuad utama.  Datang pula Aliff Shamsudin. Kini, Norismaidham Ismail [ pemain midfield ] pula bermain di posisi itu. Tiada seorang pun yang dominan di situ seperti era Rahman Zabul dahulu. KENAPA? Hanya AK yang boleh menjawabnya.

Apa - apa pun pencapaiannya bermula 16 Jun nanti, bialah AK dan Skuad dio buek kojo dio.

Kojo kito, paneh ko ujan ko, kito sokong yo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH