Saat posting ini disediakan, Kelantan seperti yang diduga telah melayakkan diri ke Suku Akhir Piala AFC 2012. TAHNIAH.
Namun, Kelantan bukanlah pasukan kedua selepas Selangor layak ke peringkat itu seperti ulasan Datuk Hasbul itu. Perak adalah pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke suku akhir. Kedah juga turut layak ke peringkat itu pada tahun 2008. Maknanya, Kelantan adalah pasukan ke empat dari Malaysia yang layak ke suku akir Piala AFC sejak ia dipertandingkan bermula 2004.
Penyertaan pasukan dari Malaysia bermula sejak 2004 dengan penampilan Negeri Sembilan dan Perak.
Nasib Perak lebih baik berbanding NS,
NS muncul buat kali kedua di Piala AFC pada musim 2007 dengan lebih bergaya.
Menduduki tangga kedua Kumpulan D seharusnya NS layak beraksi di Suku Akhir. Sebagai rekod, pusingan 16 hanya diadakan mulai 2009.
Namun, saksikan sendiri apa yang berlaku kepada NS di musim berkenaan.
Rupa - rupanya, ada pasukan yang lebih cemerlang berbanding NS. Hanya kerana berada di ranking ke 3 Naib Juara Zon Asia Timur, Selatan dan Tenggara, NS tersingkir daripada peringkat Suku Akhir.
Ikuti nasib satu lagi pasukan dari Malaysia yang turut bertanding di musim 2007.....
Prestasi Pahang nampaknya lebih teruk. Langsung tidak mendapat sebarang mata.
Begitu pun, NS telah berjaya menampilkan seorang pemain impot yang digeruni lawan,
Freddy adalah pemain yang cukup cekap menghidu peluang dan juga memiliki larian pantas. Menjaringkan 3 gol di Piala AFC, kurang 2 berbanding Mat Ghaddar yang muncul penjaring terbanyak musim berkenaan bersama Nejmeh SC, Lebanon. Sekarang Mat Ghaddar mewakili Kelantan dan telah menjaringkan 7 gol di peringkat AFC.
Sedikit catatan tambahan buat semua, Freddy seingat aku tidak lama bermain kerana diberitakan bertelagah dengan Ketua Jurulatih ketika itu, dan digantikan oleh Udo Fortune yang menjadi kemarahan majoriti penonton ketika itu.
Di mata aku, Freddy boleh menjadi bintang pujaan ketika itu sekiranya beliau lebih lama bermain di NS. Dan, rekod di atas ternyata menyatakan kebenarannya kerana paad usia lebih 30 tahun, beliau masih boleh bermain di Liga Divisyen 1 Cyprus dan juga di Liga Eropah [ Europa League ].
Berbalik kepada NS di Piala AFC, berdasarkan pencapaian sebagai Naib Juara Liga Super musim 2007/2008, NS layak ke Piala AFC musim 2009. Begitu juga dengan pencapaian Juara Piala FA 2010, NS sepatutnya bermain di Piala AFC 2011. Jika ini berlaku, sudah tentu NS akan muncul sebagai pasukan terbanyak dari Malaysia bermain di Piala AFC.
Malangnya, ekoran daripada kekangan kewangan dan ketiadaan penaja, NS tidak menyertai pertandingan di peringkat Asia itu biarpun mempunyai skuad yang mantap dan mampu bersaing ketika itu. Biarlah. Itu semua hanyalah satu sejarah yang tidak mampu lagi untuk kita ubah. Sejarah hanyalah sebagai rujukan dan pedoman sahaja.
CUIT SIKIT:
Seharusnya pemburuan tempat ke Piala AFC menjadi sasaran buat semua pasukan di Malaysia sebagai medan untuk pemain meningkatkan daya saing dan juga mencari peluang untuk bermain dengan pasukan yang lebih besar.
Lebih besar kelab yang disertai, lebih besar cabarannya. Lebih besar cabarannya, lebih besarlah masyuknya. TAK GITU?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan