Jumlah Paparan Halaman

29.1.12

DILAMBUNG TAK POCAH.....

WAJAH - WAJAH BINTANG NS
29 Januari 2012, adalah permulaan kepada satu tempoh rehat yang agak panjang buat kesemua 26 pasukan Liga Premier dan Liga Super 2012.

Kecuali ATM dan Pahang yang akan turun untuk perlawanan kelima masing - masing pada 3 Februari ini, Liga Super akan bersambung semula pada 8 Februari manakala Liga Premier akan bermula kembali pada 10 Februari.

Usai 5 perlawanan sepanjang Januari, mari kita lihat sejauh mana Negeri Sembilan [NS] sang Juara Piala Malaysia 2011 dan Pemenang Pertandingan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah berjaya di Liga Super.

Buat masa sekarang, para penyokong NS masih dbuai kenangan dan nostalgia indah memenangi Piala Malaysia musim lalu. Ketika ini, kehadiran penonton masih baik dan memuaskan. Setakat ini, masih ada sekurang - kurangnya 10 ribu penonton hadir ke Stadium Tuanku Abdul Rahman [STAR] Paroi. Sesuatu yang menunjukkan peningkatan berbanding sekitar 5 ribu dua tiga musim lalu.

Namun, peningkatan kehadiran penonton ini sebenarnya tidak menggambarkan bahawa prestasi pasukan NS sudah meningkat di Liga Super 2012 ini.

SKOR SETAKAT ini
Pujian melambung oleh para penyokong di wall fb penyokong NS, juga sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin anda semua hanyalah penyokong yang bersifat rakan ketawa sahaja. Menyokong ketika menang tetapi tidak berlandaskan fakta dan kenyataan.

Buat renungan bersama, pencapaian NS terkini adalah baik kerana usai lima perlawanan, NS berada di tangga keempat liga. TETAPI, pencapaian ini sebenarnya tidaklah lebih baik berbanding tempoh yang sama musim lalu.

Faktanya di bawah ini.....
USAI 5 Perlawanan 2011, NS di tangga ketiga.
Usai 5 Perlawanan 2012, NS di tangga keempat.
Setakat ini, tiada yang berubah diantara pencapaian Wan Jamak [2011] dan Azraai Khor [2012]. Apa yang nyata sekarang ini, NS gagal menang di tiga perlawanan walau pun mendahului lawan. Mungkin ramai penyokong yang masih pedih ulu hatinya melihatkan dua gol pendahuluan yang dijaringkan oleh EFFA Owona hanya mampu memberikan satu mata ketika bertemu Selangor di Paroi.

Mungkin juga ramai yang togak rambutnya menyambut gol hebat menerusi sepakan percuma EFFA di Ipoh yang tidak langsung memberikan mata kepada NS. Malah, dua jaringan oleh DUA S [ Shakir dan Shukor ] di Kuching, masih boleh disamakan lawan di akhir permainan.

Mengapa begitu?

Jawapan aku, NS sebenarnya ada masalah di bahagian midfield terutamanya di kawasan defensive midfield itu. Selepas ditinggalkan oleh Rezal Zambery Yahya, bahagian itu jelas tidak mampu diisi dengan baik samada oleh Qhairul Anwar Ruslani, Arif Shamsudin, Halim Zainal malah oleh Rashid Mahmud sekali pun. G. Mahathevan yang tinggi lampai dan panjang kaki itu pun tidak boleh mengisi kekosongan itu.

Lantaran ketiadaan holding midfield inilah, membolehkan lawan terus masuk ke bahagian pertahanan yang dikuasai oleh Norhafiz Zamani yang bagi aku masih belum mencapai tahap sebenarnya lantaran hampir setahun tidak bermain musim lalu.

BEK TENGAH TURUT BERMASALAH;

Selepas era Marian Juhas, Aidil Zafuan masih mampu beraksi baik di bek tengah itu. Jelasnya, ketika mengharungi kancah Piala Malaysia musim lalu, Angah kelihatan baik persembahannya kerana didampingi oleh Aidil atau pun Irwan Fadzli yang bermain cemerlang ketika itu.

Namun musim ini, setelah ditinggalkan oleh Aidil dan Irwan, Norhafiz jelas gagal menjadi benteng pertahanan yang baik untuk NS.

Jika musim lalu, Wan Jamak dihantui oleh masalah kecederaan pemain di awal musim, aku fikir musim ini Azraai tidak menghadapi masalah serupa. Tetapi yang jelas, barisan pertahanan khususnya bek tengah NS ada masalah besar yang perlu diatasi segera menerusi pengambilan pemain import atau menggunakan semula khidmat Shukor Adan di bahagian itu seperti di musim 2009 dan 2010.

Tiada guna mempunyai striker yang hebat seperti EFFA sekiranya pertahanan khususnya bek tengah gagal menjalankan tugasnya.

Satu lagi penyumbang kepada prestasi yo - yo sekarang ini ialah kegagalan S. Kunanlan dan Shahurain Abu Samah membuat hantaran - hantaran lintang berkualiti kepada penyerang seperti di musim - musim sebelum ini.

Jika TIGA kelemahan ini gagal dibaiki dalamasa terdekat, aku fikir tahap NS di akhir Liga nanti hanyalah setakat berada di tangga kelima hingga lapan sahaja.Sangat jauh untuk layak bertanding di peringkat AFC musim 2013.

2011- 5 perlawanan pertama di bawh Wan Jamak.

2012 - 5 perlawanan pertama di bawah Azraai Khor.
CUIT SIKIT:

Tulisan ini bukanlah berniat supaya Azraai diganti pula dengan jurulatih lain. Tulisan ini adalah buat anak muda yang mati - mati menyokong NS tetapi tidak memahami erti pencapaian yang diperlukan sekiranya berniat untuk menjuarai Liga Super seperti di tahun 2006 lalu.

Bersama - samalah kita membantu supaya NS mempunyai pasukan berprestasi tinggi yang bertaraf pasukan yang dicabar [ JUARA ] bukannya sebagai pasukan yang mencabar [ bercita - cita nak jadi juara ].

Jadilah penyokong yang memahami masalah pasukan supaya anda bukan sekadar melambungkan pujian melangit tetapi dalamasa yang yang sama, juga telah telah bersedia untuk memijak sekiranya jatuh.

Penyokong setia adalah penyokong yang faham masalah pasukan dan tidak melampau ketika memuji dan juga tidak keterlaluan ketika mengeji.
Memenangi Piala Sultan Ahmad Shah langsung tidak membawa impak sekiranya gagal memberikan cabaran di Liga Super.
Mungkin para penyokong NS masih dibuai mimpi indah memenangi Piala Malaysia dan Piala Sultan Ahmad Shah membuatkan anda semua memuji prestasi terkini pasukan.

INGATLAH!!!!!
Dilambung memang tak pocah, tetapi kalau jatuh terhompeh, gerenti berdorai. Kalau dipijak - pijak pulak, langsung bersepai.

KDA 441.....

TERIMA KASIH MEEN atau nama penuhnya Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang memakai jersi nombor 18 itu.

441 minit atau 26, 460 saat atau 7 jam 21 minit. Itulah masa yang diambil oleh sebuah pasukan Liga Super Malaysia 2012 bernama KEDAH untuk mencari gol pertama liga.

Tanpa gol, Anda masih boleh mendapat satu mata menerusi keputusan seri kosong sama. Tetapi Anda tidak boleh mendapat tiga mata penuh tanpa menjaringkan gol. Itu sahaja bezanya diantara pasukan yang mampu menjaringkan gol dengan pasukan yang tidak mampu menjaringkan gol.

Namun, gol jaringan Meen itu masih belum mampu membawa kemenangan pertama kepada Kedah. Gol itu terhasil hanya setelah Kedah ketinggalan 3 gol kepada Johor FC. Di akhir perlawanan, Kedah tewas di halaman sendiri, 3-1. Kekalahan kedua berturut - turut di Alor Setar dengan lawan dapat menjaringkan 3 gol.

Menerusi kaca tv, aku perhatikan seawal minit ke 70 lagi, para penyokong yang tidak ramai itu telah mula keluar Stadium Darul Aman. Ini berlaku sebaik sahaja Khairunnisam Shahabudin menjaringkan gol ketiga Johor FC menerusi serangan balas setelah tendangan sudut Kedah sebelum itu berjaya disekat oleh siBOTAK itu.
Carta Terkini Liga Super sebelum berehat seminggu
CUIT SIKIT:

8 Februari nanti bakal muncul PERLAWANAN NOSTALGIA TAHUN 70'AN dan 80'AN, diantara SELANGOR dan SINGAPURA LionsXII.

Aku kata nostalgia kerana aku membesar dan melalui zaman remaja di kala SELANGOR dan SINGAPURA begitu dominan di kancah bola sepak Malaysia. Pasukan lain seperti Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Pahang, hanyalah sebagai pelengkap saingan yang sengit ketika itu.

Lain - lain pasukan seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Johor malah Sabah dan Sarawak ketika itu, bolehlah disifatkan sebagai pasukan belasahan sahaja.

Kini, walau pun Selangor dan Singapura ini bukanlah lawan terbaik buat Kelantan yang sedang berkuasa di carta liga, perlawanan diantara kedua - dua pasukan ini, aku fikir masih lagi menggamit kehadiran ramai penonton.

Satu lagi perlawanan nostlagia tahun 1987 hingga 1989 ialah perlawanan Kuala Lumpur menentang Kedah. Tiga tahun berturut - turut, Kuala Lumpur dan Kedah berentap di pentas final PIALA MALAYSIA. Tiga tahun berturut - turut jugalah, Kedah tewas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

8 Februari nanti, nostalgia Radhi Mohd. Din, Penolong Jurulatih Kedah sekarang ini selaku Ketua Pasukan Kedah ketika itu akan kembali semula. Lawan yang bakal ditentang nanti adalah pasukan yang dilatih oleh Razip Ismail, Ketua Pasukan Kuala Lumpur di tahun - tahun gemilang tersebut.

Cuma, nostalgia itu tidak lengkap kerana pertemuan Kuala Lumpur dan Kedah nanti akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka bukan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

26.1.12

GAGAL ITU INDAH.....

Liga Malaysia yang berehat seminggu sempena Gong Xi Fa Cai 2012 bakal bersambung esok. Lihat jadual di atas untuk mengetahui perlawanan pasukan kesayangan anda.


Istimewa juga buat Pahang dan ATM yang berehat lebih lama berbanding pasukan lain. Mengapa? Itu anda kena tanya JKPT FAM. Jadual liga mereka yang mengaturnya.


Apa - apa pun, bermula esok, semua pasukan di Liga Super dan Liga Premier bakal turun buat kali kelima untuk menentukan halatuju dan halacara pasukan di Liga Malaysia ini. Namun, ada empat pasukan, satu di Liga Super dan tiga di Liga Premier pastinya mempunyai impian yang lebih jauh.


Keempat - empat pasukan berkongsi satu pencapaian setelah mengharungi empat perlawanan. Kesemuanya BELUM KALAH. Setakat ini, Kelantan, Pahang, PDRM dan JOHOR berkongsi penghormatan itu.


Keempat - empat pasukan juga mempunyai persamaan. Masing - masing telah melepaskan tiga gol dan kecuali Pahang, kesemua pasukan berkenaan telah menjaringkan lapan gol. Pahang menjaringkan sembilan gol setakat ini.

Maknanya, secara purata mereka telah menjaringkan dua gol dan melepaskan 0.8 gol setiap perlawanan setakat ini. Bagi aku, ini satu pencapaian yang baik buat pasukan - pasukan berkenaan terutamanya PDRM dan JOHOR yang kurang diberi perhatian itu.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, perlawanan paling ditunggu Sabtu ini adalah perlawanan di Alor Setar yang menemukan Kedah dan Johor FC. Sebagai rekod, setakat empat perlawanan, KEDAH adalah PASUKAN TUNGGAL di kalangan 26 pasukan yang bertanding di Liga Super dan Liga Premier 2012 yang GAGAL MENJARINGKAN GOL usai empat perlawanan.

KEDAH juga berkongsi penghormatan bersama PKNS dan KUALA LUMPUR sebagai PASUKAN YANG BELUM MENANG setakat ini. Turut menyertai KUMPULAN BELUM MENANG ini ialah PERLIS, NS BETARIA, HARIMAU MUDA B dan MBJB dari Liga Premier.

Menarik juga fakta di Liga Malaysia ini bukan? Lebih menarik ialah GAGALnya sekretariat MSL mengemaskini carta liga dan senarai penjaring gol di laman ini.....


Lebih menarik selepas ini ialah siapakah pemain import yang bakal dibawa masuk selepas 13 Februari nanti.


25.1.12

MANGAKU KA TADA MANGAKU.....


FAM tentukan nasib N. Sembilan, Felda

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan yang melibatkan pemain Negeri Sembilan dan Felda United dalam perlawanan Liga Super, Sabtu lalu mendapat perhatian serius Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Badan bola sepak itu akan membawa kes tersebut untuk tindakan Jawatankuasa Tatatertib.

Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, beliau telah mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku daripada pegawai kedua-dua pasukan selepas perlawanan berakhir.

Namun, Hamidin enggan memberi sebarang komen mengenai siapa yang dipanggil atau cara siasatan dijalankan kerana ia di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Mohd Taufik Abd Razak.

''Saya telah mendapat laporan mengenai insiden itu daripada kedua-dua pegawai pasukan pada malam hari perlawanan tetapi laporan rasmi akan dibuat pada esok (hari ini) kerana cuti umum Tahun Baru Cina.

''Selepas itu, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Mohd. Taufik Abd Razak untuk diteliti sama ada perlu memanggil saksi daripada kedua-dua pihak persatuan bola sepak.

''Saya tidak mahu memberi sebarang komen berlebihan dalam isu ini, lebih baik kita semua tunggu apa kata Datuk Taufik selaku pengerusi termasuk tarikh pendengaran kes berkenaan, " katanya yang dihubungi, semalam.

Kekecohan di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu lalu bermula apabila pemain Felda, Hardi Jaafar bergaduh dengan pemain import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona selepas perlawanan tamat.

Setelah dileraikan, Hardi meluru ke tempat duduk penonton tuan rumah yang hampir mencetuskan pergaduhan lebih besar sebelum pengadil mengambil tindakan melayangkan kad merah kepada bekas pemain kebangsaan itu.

Bertambah tegang, ketika penjaga gol Felda, Mohd. Hamsani Ahmad cuba masuk ke bilik persalinan, dia diserang oleh penyokong Negeri Sembilan dan hampir membuatkan bekas penjaga gol Selangor itu naik minyak, namun dapat dileraikan oleh pegawai keselamatan.

Atas insiden tersebut, lebih 1,000 penyokong Negeri Sembilan berkumpul di luar stadium sambil menanti pemain Felda sehingga memaksa pasukan keselamatan mengiringi setiap seorang pemain ke bas.

Sebelum itu, pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan dan Felda, Farid Ramli dilayangkan kad merah kerana terlibat dalam pergaduhan di atas padang.

Hamidin secara peribadi menyatakan kekesalan atas insiden berkenaan dan berharap pemain serta penyokong supaya lebih bijak mengawal emosi masing-masing.

''Perkara ini memang pernah berlaku dalam sukan bola sepak kita tetapi saya tidak mahu ia berterusan terjadi.

''Para pegawai setiap pasukan juga perlu pantas mengawal emosi pemain masing-masing agar perkara buruk dan konfrontasi dengan penyokong dapat dielakkan, " katanya.

CUIT SIKIT:

SAMA - SAMA KITA TUNGGU APA TINDAKBALAS JKPT dan JKTT FAM berkenaan aksi ala - ala Kungfu dan Shaolin di Paroi baru - baru ini.

Kepada fan NS yang masih mencoret bahasa bukan - bukan di wall fb PSNS, terhadap FELDA United dan Warga FELDA, cukup - cukuplah. Walaupun anda kebanyakannya masih budak tetapi tidak perlulah berperangai kebudak - budakan. Belajarlah daripada pengalaman itu dan tidak perlulah menafikan kebenaran.

Seteruk - teruk Hardi Jaafar a.k.a Wak Tong di padang, dia telah memohon maaf secara terbuka di twitternya. Sebaik - baik tingkah laku dan adab sopan MAMAT NS berbaju kuning [ khabarnya bernama AMIN ] yang membaling botol air kepada Hamsani itu rasa - rasanya belum lagi memohon maaf.

Kita lihat nanti siapa yang mangaku siapa yang tidak mangaku telah mencetuskan kekecohan di Paroi tempohari.


23.1.12

FOTO SERIBU MAKNA.....

Hamsani sudah cool dan menepuk tangan menghargai penonton

Foto ATAS dan BAWAH: Acara Baling baru bermula


Respon spontan angkara balingan yang tidak termasuk dalam agenda Liga Super

Respon berterusan oleh sibaju merah dan sibaju kuning. Adakah BAJU KUNING ini adalah MAMAT NS yang menjadi pembaling profesional itu?

CUIT SIKIT:

Benarlah foto mempunyai 1000 makna menurut persepsi sipelihatnya. Prejudis atau pilih kasih tidak dapat dielakkan. Yang penting, kita bersama mencari kebenaran.


Di saat semua hampir selesai di dalam dan di tepi padang, ada pula tangan ajaib yang mencetuskan suasana baharu seperti di atas.

Walaupun kita membayar harga RM 15.00 untuk menonton bola sepak di grandstand, tiada hak kita untuk melakukan sesuatu kepada pemain, pegawai mahu pun petugas keselamatan.


Hasilnya? PBNS mungkin rugi kutipan tiket kerana famili di bawah ini mungkin truma untuk ke stadium lagi. Kasihan anak kecil bergelar baby. Sekarang dia tidak mengerti tetapi peristiwa itu sudah melekat di mindanya.


Pihak berkuasa stadium selepas ini perlulah mengetatkan peraturan berkaitan penonton. Tegas dan cegah apa yang dilarang dibawa masuk. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada membayar denda?

Pemain walau sePro mana pun mereka, apabila sudah disentuh fizikal mereka, pasti akan bertindakbalas. Ini normal. Setakat maki hamun, aku fikir mereka tidak akan bertindak menyerang penonton.

FIKIRLAH MANA YANG TERBAIK UNTUK DIRI MASING - MASING.


22.1.12

MENGAPA FELDA BIKIN PANAS?....

Mengapa FELDA BIKIN PANAS?
Jawapannya.....

PERTAMA:
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ANDA semua yang tiba - tiba sahaja  menyerbu blog ini. Sebagai blog kecil yang tidak ramai pengunjung, tiba - tiba hari ini blog ini menjadi sebuan ramai. Terima kasih banyak - banyak sekali lagi.

Sepanjang hari ini, aku menghabiskan masa meneliti pelbagai wall dan laman yang berkaitan episod panas di STAR Paroi semalam.

KEDUA:

Aku memutuskan untuk meminjam catatan kenkawan di laman http://www.facebook.com/n9futbol 
yang aku anggap sebagai laman rasmi penyokong Negeri Sembilan.

Aku tidak edit sepatah ayat pun dan tidak membuang walau satu pun komen di bawah tajuk 

BREAKING NEWS - Paroi tegang dan panas. Pemain felda united menyerang penonton di grandstand.

Ini komen kenkawan yang aku tidak pasti mereka ini hadir atau tidak di Paroi semalam....

Ahmad Syazani diorang bawak sabit ko?Nurul Are Syikin Ridzuan knpe jd mcm tu
Zul Aiman gelabah gila!Mohd Arip Apo lak cmtuBro Abe Miju gantung felda fam
Mohd Nasriq Hasim osah handa ehhh..Khairul Hakiminwizan Ali gilo laa pulak aiii
Muhammad Firdaus Museri apo hal ehShahrizal Akmar torbalikkan bas minyak sawit..Ahmad Bacthiar Hamsani goma provoke kono baeh ngn botol pdn mukoIli Shazwani jadahNaiem Zaharin balon jang jangan x balon....Muhammad Nasir apo kono felda ni oi...Farahin Sheikh felda poie blik la..!!myomak yo kek tompek org..!!!!
Achik Joe Azahari dyo xsaba nk ngaet sawit agk eh! Da kalah wek hal plak!Fafa Nuraaraa pengaruh indon2 sawit lah tu hihihiAbe Jay Pputeh admin: ejas video skit nak tgk Budak Kampong esok kito toban sumo sawit huhuu..Umar Khatab Muhamad Stand untill the last Rebel waghieh!!!Shuhaimi Tang lompang yo..handal bonar lak nk sorang kg den..Hai Zul pemain felda beramai-ramai menyerang penyokong negeri sembilan Shahdan Zizan ‎22+staff nak lawan beribu penonton... GANYANG FELDA!!!Izhlan Cma alamak...mne pegnye smngat ksukanan ni??? tula,ari2 kait saawit...Shakir Nasution Jamal apo kono eh player2 felda ni??Mono Oxide apo jadah eh ni nk gadoh2..adoiiHusna Anaqi video mana??Missliza Amieyza Heee apo hal eahh nak sorang2 nehhh...Normahanim Mohd Nor Alaaa jgn la gadoh...tak lopeh lak balik ni kangRafizi Ab.Razak budak2 palong+serting+jelai+kepis​ bergabung ni..gilo apo ni..??makan buah sawit banyak bona..Kak Cik Ibu Biar betul......anak kcik ado dekat sana.....Othman Mada botoAfiq Dluffy videooooo maiii dtgNazri Ismail Apo pon xboleh FELDA nih!!!!Imran Bukhari Moh brtumbuk moh men gilo ank ikan isa yo moh ktoAmir Hamzah Mohamed Rafik apo kono ni jangLily Hussin Emosi bona gayo eh tu..aisehAzrin Izab Buek malu org felda yo huhuhuAdib Razib bonti gadoh...p blek...bsok nk loding sawit !!!Muhammad Abd Halim ‎1st time gak eh kuar ladang...Hamzi Fahmi dio baling lantun x?Danny Soprano Ya boto?Zainul Asri Mohd Zain Aduuu...penyokong, jgn la provok player... Seb baik seat jauh dgn padang, kalau tak dapek kung fu cantona...Norashikin Baharudin apo bondo ni? Main bola yoo...tak do semangat kesukanan lgsung...Ncpa Muhamed bodosakai gk eh..... bngng...hoho..ghoghammm den...Izmet Sulaiman sakit wo, kepala xder rambut kena balingMohd Faiz Alahidin ala namo yo felda..player ehh bkn org felda pon..Muhammad Arif Chuckie Finster x kluar stadium kangEcah Wafi ontah apo2...Are-Zim Cinonitt Esok hrga sawit trun.. Jgn bgaduh yoo..haha :DEn Saudara Ni semua sbb Isa Samad lah. Simba D' Lion konyang FAM mkn duit dondo...Aneez Lurve Coyotito omg... ganas2Bisharuzi Omar Gomo selaluShyRoll Juhari admin..xdo bideo ko nang gadoh2 tu..meh nengok skitMieya Shasha Manusie2... ;)Mohd Aidil po laie bantai....Shukur Shamsudin dah kalah tu kalah la.tak payah nk ngamuk2.metaliti rendah betulRosli Ahmad kasi main mercun, ni nak rayo ni, sure bebudak felda suko, tak nak gaduh2 laei..Muhammad Fikriy dh hnda bona ko nk nyorng tmpek org???Shuhada Hussin Hooligans dah bdk2 felda ni..biasola kalah monang..Bulat Destrooyy rugi den tak poei . Haha .Nur Hamimie Abdul Wahab macam org xbertamadun la...aishhhLettorengah Gruss hoben yo dio balik..Rugal Bernstein Tampa an yo..nk nunjuk handa bona..perangai cam midinAbd Rahman Aman kat paroi bertumbuk kat jalan kobun bertumbuk ...Ida Hidayah Org felda mmg camtu...UdaNg Mayo kasi serang balik~~~yeahh~~~Dato' Hairyz mak aii..teraso ati pacik midin,usop belango,leman spenda awk koba an org felda mcm tu..wkwkwkw..player ehh bkn org felda soting,palong pown ..ngeh3...tah mano nye pelosok tah~keh3
Khairul Kloney Owg sawitAji Shio kok kuek bona nk gaduh, kono kopong kang nanges xleh blik bru tahu.....Pairzal Mambau FELDA UNITED game memalukan ,penyokong takdo provoke....dio main kasar mula awal permainan.....di siku eh muko effa...lopeh tu dibalun eh shukur..peh tu kuna kono lak....peh tu di tibai eh shakir.....nak diam lagi ko?tu pasal effa balun balik..peh tu pergaduhan kuna tu dah cool...keeper felda provoke balik...ingat kuek bona gak eh..barua punya keeperSam Chiang Yew Ho Memalukan saja...Fali Bongek Felda no 10 terajang curi kat effa..xgental lgsung..peh terajang lari jauh2..banggang bona perangai er..penakot..cubo 1 by 1 ng effa..mampuih la ko makan kaki effa..hahaHazree Hamzah player felda yg bertumbuk sapo?
Tengku Hasbullah Abubakar player felda mcm b..i, pengecut...Zainudin Mohd Noor Player felda ni biaso eh kok maghah dio lapon btg sawit, ni maso main bola dio lapon pyokong hadoiyaiOmar Shah anak se dapek tengok "live" org bertumbuk smlm....tak sio2 boli tiket grandstand...dapek tgk bola..dapek tgk hindustan.... ;-) espek dgn brader polis sorang tu smlm..ntah mano dtg...tibo2 dah ado ko dopan pogang mamat tu..Pudin PetaiBusuk Mmg hamsani dajjal....time main d klntan pn lagu tu gak....huhuEry Syabil NK TUNJUK HANDAL KONON....PIJAK RAMAI BARU TAHU...Shino BI apo crt sbnar eh omar shah:co cito ckitPairzal Mambau yang den nampak keepeer felda kono baih ngan botol air....melompung topat ke muko...hahhahahaha...padan​ muko..
KETIGA:

Ini pula beberapa kerat ahli fb berkenaan yang mempertahankan maruah Felda yang menjunam dan terbenam di dasar lubuk angkara serangan pemain Felda United ke atas penonton NS semalam.....
Awas Missy Aah lah.. org felda org nesmilan jugek.. player2 tuh bukan dak felda pun.. mohon tidak prejudis kpd org felda.. tp player feldaunited mmg cam harem
Nina Mohamed Daud Player tu la yg bangang..yg kau kutuk2 felda tu buek apo..tak semuo budak2 felda hooligans okayyy..watch your words..
Suhaime McGregor Bilo kito sobut "budak felda" tu, kito merujuk pado player felda united.bukan bebudak felda kito ni.hehehe.jgn salah anggap yo.
Wan Muhd Fakhrul Hakim sebab penyokong pergi hentam hamsani dulu
KEEMPAT:

Ini pula link yang ANDA semua boleh membuat rujukan mengapa FELDA Bikin Panas itu....
rujuklah video rasmi RTM di sini

KELIMA:

Kata Annoy yang memberikan komen di blog ini boleh kita jadikan pedoman untuk menjadi penyokong terbaik yang bukan sahaja menjadi penyokong setia tetapi juga menjadi penyokong yang tidak merugikan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS}].....
Annoy berkata;
Tanpa NamaJan 21, 2012 11:24 PM
Apa yg berlaku di padang adalah di antara pemain, yang menjadi persoalan, kenapa penyokong N9 membaling pemain Felda dengan botol mineral sewaktu mereka bergerak keluar.

CUIT SIKIT:

Rujukan aku berdasarkan video di link ini  http://youtu.be/w1ai81nVa-g para pemain Felda United sudah pun cool ketika melangkah keluar ke bilik persalinan mereka. Malangnya, sedikit kesilapan oleh para pegawai keselamatan yang bertugas mengiringi pemain itu ke bilik persalinan telah menyebabkan berlakunya insiden MAMAT NS membaling botol air mineral kepada Hamsani. 

Silapnya ialah kerana membenarkan pemain berkenaan melalui kawasan yang terlalu hampir dengan penonton tuan rumah.

Samada kena atau tidak, itu bukan isu tetapi MENGAPA MAMAT INI MEMBALING BOTOL AIR MINERAL KEPADA PEMAIN?. Bukankah itu provokasi namanya? Kerana itu jugalah, Hamsani dan rakan - rakannya melompat naik ke tempat duduk penonton, membalas perbuatan pemain berkenaan.

Isunya di sini ialah; salah satu bahan yang dilarang dibawa masuk ke mana - mana stadium semasa perlawanan bola sepak adalah botol air. SOALANNYA: bagaimana botol air ini boleh dibawa masuk oleh MAMAT berkenaan? 
Jawapannya, semasa aku bertugas di Suara Felda@RadioMalaysiaNegerifm dahulu,aku sering juga ditegur oleh pihak keselamatan di gate masuk kerana membawa masuk air mineral dalam botol. Namun botol air itu aku boleh bawa sebab aku akan berada di bilik media bukan di tempat duduk penonton. Macamana penonton biasa boleh bawa masuk air botol sekarang ini?
Isu seterusnya, ANDA [penyokong NS] sangat bersatu walaupun tidak tahu hujung pangkal duduk perkara sebenar. TAHNIAH kerana bersatu tetapi itulah sikap terang dan nyata ANDA adalah PENYOKONG YANG MEMBAWA REBAH. Yang anda semua berkumpul dan mengepung BAS FELDA itu mengapa? Itu boleh dirujuk sebagai cubaan untuk merusuh seperti para penyokong Kelantan satu ketika dahulu. FIKIRKANLAH buruk baik tindakan anda itu selepas ini.

Bagi aku, angkara penonton semalam, PBNS boleh dihadapkan ke Jawatankuas Disiplin FAM kerana kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong mereka. Jika sabit kesalahan, PBNS boleh didenda yang mencecah puluhan ribu ringgit. Boleh juga dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton dan boleh juga dikenakan hukuman bermain di padang berkecuali seperti yang berlaku kepada Kelantan tahun 2009 dahulu.
Di kala itu, adakah anda sebagai penyokong setia NS masih mengaku anda handal?

Kepada penyokong Felda seperti di bawah ini, teruskanlah sokongan anda kepada FELDA UNITED.....
Foto Ihsan wall fb Othman Parman a.k.a Pak Lurah. Terima Kasih Yo!
 
SERANG BANG SERANG! 
tetapi jangan serang JANG laie, 
sian dio. 
Dio tuan rumah. 
Hormatlah sikit.

FELDA BIKIN PANAS.....

NEGERI SEMBILAN 1 FELDA UNITED 0. Itulah keputusan perlawanan keempat Liga Super 2012 buat kedua - dua pasukan.

Tiada apa yang menarik sebenarnya keputusan itu kerana ianya sepatutnya begitu. Tetapi, aku difahamkan, perlawanan itu berjalan dalam suasana agak panas dan khabarnya Yong Kuong Yong, pemain Felda United dikejarkan ke hospital kerana kecederaan serius yang dialami semasa perlawanan.

Kalau betul, kasihan si AhYong tak dapat berGONGXI tahun ini.

Namun, laporan menerusi wall fb rakan - rakan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena apabila Hardi Jaafar dan Hamsani Ahmad, kedua - duanya cukup otai di arena bola sepak tanahair mendapat kad merah setelah tamat perlawanan angkara tindakan mereka menyerang Effa Owonna, penyerang Negeri Sembilan itu.

Lebih drastik, khabarnya Hardi Jaafar turut melaksanakan acara bergaduh dengan penonton di tempat duduk penonton [ grandstand/tempat duduk berbumbung]. Aku fikir itu bukanlah tugas yang perlu dilakukan oleh beliau yang pastinya mendapat gaji lumayan bermain dengan Felda United.

Kesudahannya, para penyokong NS berkumpul di luar stadium menunggu para pemain Felda United menaiki bas untuk pulang ke Kuala lumpur.....



CUIT SIKIT:

Seorang rakan menulis di wall fb aku....
ES EM
Hardi jaafar mmg kurang ajar dan tidak mempunyai mentaliti yg baik sbg pemain bolasepak profesional ...jika kuda tua dah tiada kudrat tu tak perlu la nk tunjuk samseng dan langsung tiada semangat kesukanan ...pelik sgt pelik player botak sorang ni ..

Jika begitulah sikap pemain Felda United, aku fikir Pak Lurah yang berbaju oren hitam dan berkacamata di bawah ini, mungkin serik untuk membawa penyokong Felda United dari Palong selepas ini. Main tak seberapa, gaduh aje yang lebih....



Carta Terkini Liga Super
Nota Kaki,

Terima kasih banyak - banyak buat laman Penyokong Setia Negeri Sembilan [PSNS], laman Kelab E-Penyokong Negeri Sembilan dan laman Pak Lurah yang upload gambar - gambar di atas. Aku tolong rembat je.....

21.1.12

APA DAH JADI.....


Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Ap nak jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang masih melopong
Apa nak jadi

Min sepak nak masuk
Apek tampan tepi tiang
Baru nak berjinak-jinak
Melepaslah pulak

Masa kedua main baguih sikit
Faizal Bakar rembat kencang
Bola pulak kena palang
Melepaslah sudah

Cakap : Tak ada nasib…Carilah peluang lain....

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak jaring lagi lagi
Ap nak jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang masih melopong
Apa nak jadi

Serang terus serang
Pulun Kedah Pulun
Mat Yo telepaih la pulak
Gol kedua
Depa semua terkedu
Melepaslah juga

Cakap : Jaga sangat pemain impot Kelantan.....Mat Yo yang sumbat gol…

Apa dah jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang masih kosong
Apa kan jadi

Ingatkan takat dua je
Fauzi Nan pass belakang
Helmi Eliza tunjuk lawa
Import Kelantan skor la pulak

Cakap : Hey tuan oi…..Depan gol pun nak tunjuk lawa..Langsung kena TIGA

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Kalau tak skor menyesal nanti
Apa dah jadi

Cakap : 
Ha..Jangan sampai depa semua buat demo lagi...Hati panas duit abih....Melepaslah lagi

Cakap: 
Hai lah tuan…Serba tak kena….Kena mandi air bungalah ni…

Apa dah jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Sampai bila nak tunggu lagi
Tak boleh jadi (hai tuan oii)
Sabar lah lagi

Ubahsuai Lirik APA DAH JADI oleh TS S.M. Salim

CUIT SIKIT:

EMPAT PERLAWANAN maknanya TIGA RATUS ENAM PULUH MINIT. Tiga Ratus Enam Puluh Minit itu juga sama waktu dengan ENAM JAM.

ENAM JAM? Ya ENAM JAM itu sudah cukup membawa kita sampai ke Alor Setar jika menaiki bas ekspres dari Seremban.

ENAM JAM TU LAMA YA? Ya memang lama. LAMAAAAAAAA SESANGAT!

Itulah tempoh setakat ini yang dilalui oleh sebuah pasukan yang pernah menjadi pujaan seluruh peminat bola sepak Malaysia. Ketika itu, apa saja PIALA yang ada di Malaysia ini bagaikan diBORONG SAKAN dan diPULUN semuanya oleh KEDAH.

TETAPI, itu kisah dulu - dulu. Kisah semasa Kedah di tangan Robert Alberts dan Azraai Khor. KINI semuanya tiada lagi.

APA yang tidak kena sekarang ini? Setelah menyaksikan secara langsung di TV semalam, aku lihat pemain Kedah ini seperti tiada kehendak untuk menang. Cara mereka bermain pun seperti bermain di Liga FAM. Lambat dan tidak tersusun.

Semalam [ 20 Jan ], satu lagi pasukan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru [ MBJB FC ] yang gagal menjaringkan gol selama 270 minit, telah berjaya mendapat gol sulung mereka.

MAKA, tinggallah KEDAH sebagai satu - satunya pasukan yang belum menjaringkan gol di Liga Malaysia 2012 ini.

Ketua Jurulatih Sementara, Nizam Adha Yusuf [ nasib baik bukan Nizam Hasan ] pastinya tidur tak lena la ni.

KEDAH! TANPA GOL MANA HANGPA BULEH MENANG!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH