Jumlah Paparan Halaman

29.2.12

NOTA MANGSA ROGOL.....

Kasihannya gadis sunti berusia 14 tahun ini.


Di saat dia sepatutnya menghadapi hari - hari ceria dan gembira di dalam hidupnya, malang telah menimpanya.


Di waktu dan ketika sepatutnya dia hadir ke sekolah bersama rakan - rakan, dia hanya mampu mengurung diri di rumah.


Di masa sepatutnya dia memenuhi hidup sebagai remaja dengan segala nota ceria dan aktif, dia hanya mampu merenung masa hadapan yang samar dan mungkin terus gelap.


Semuanya bermula ketika dia membuat aduan betapa Pak Ngah yang sering menemaninya di saat suka dan duka sebelum ini telah menganiayanya.


Pak Ngah yang juga adik kandung ayahnya telah merogolnya sewaktu mengadakan Program Hari Keluarga di Borneo.


Tiada jalan lain, maka mengadulah sigadis kepada ayahnya. Mengadulah dia kepada Pak Alang dan Pak Usunya. Maka heboh jugalah seantero kampung dan mukim berkenaan kisah gadis dirogol bapa saudara kandung.


Setelah tidak tahan dengan pelbagai cerita dan gosip, akhirnya keluarga berkenaan telah mengambil jalan dengan mengadakan siasatan yang telus, mulus dan fulus demi mencari kebenaran.


Akhirnya, biarpun kejadian rogol itu telah dibuktikan dengan 3gp, wmv dan flv serta klip audio, gadis itu TELAH DIPERSALAHKAN kerana membiarkan dirinya dirogol oleh bapa saudaranya sendiri. Gadis itu dipersalahkan kerana tidak menutup tempat sulitnya dengan sempurna sehingga memudahkan perbuatan rogol itu berlaku.


Gadis itu juga dipersalahkan kerana membuat aduan sehingga menimbulkan rasa malu dan aib kepada keluarga berkenaan. Gadis itu telah dituduh cuba mencemarkan nama baik keluarga. Pada hal nama keluarga berkenaan telah berpuluh - puluh tahun tidaklah sebaik yang mereka sendiri sangkakan.


Sebenarnya, di mata masyarakat kampung dan mukim berkenaan, keluarga tersebut adalah contoh kepada keluarga dajal dan serabut serta kusut. Hanya keluarga berkenaan sahaja fikir mereka hebat.

CUIT SIKIT:

Begitulah nasib yang menimpa 42 atlet dan 16 Jurulatih Olahraga Malaysia sekarang ini.

Ibarat MANGSA ROGOL yang membuat aduan, bukanlah sipelaku rogol yang disiasat. Tetapi simangsa pula yang didakwa.

Kenapa jadi begitu? Jawapan aku, APABILA DALANG MENCARI DALANG, MAKA YANG MUNCUL IALAH MALANG.

Bacalah posting lama aku bertajuk

Nota Kaki:
Sedekad lalu, memang keluarga itu hebat kerana saban tahun, berbelas ahli keluarga berkenaan sangat cemerlang di SEA dan Asia. Kini, lantaran karenah Pak Ngah berkenaan, seandainya keluarga berkenaan mampu melahirkan tiga ahli cemerlang, itu sudah dikira amat baik. Ketahuilah, keluarga ini ialah keluarga Kusutnya Olahraga Malaysia [KOM].


28.2.12

MBJB LAWAN BETARIA.....

Jika tiada apa yang berubah, Jumaat ini bakal berlangsung satu perlawanan Liga Premier yang sepatutnya boleh menjadi PERLAWANAN MENARIK.


Menarik kerana kedua - dua pasukan yang bakal berhadapan di Muar ini adalah Juara dan Naib Juara Liga FAM 2011.


Malangnya, kehadiran kedua - dua pasukan ini di Liga Premier tahun ini seperti tidak dipedulikan oleh lawan - lawan lainnya. Kemunculan mereka langsung tidak menggentarkan lawan. Langsung tidak mendalamkan air.

Carta Terkini Liga Premier 2012
Lihatlah carta di atas. Anda akan mengerti betapa peritnya kedua - dua pasukan untuk menyesuaikan diri bermain di Liga Premier.

Masalah mereka ialah mereka telah melakukan rombakan yang maha besar untuk mengharungi Liga Premier ini. MBJB FC misalnya telah membawa masuk 26 pemain untuk musim ini..
http://en.wikipedia.org/wiki/Johor_MBJB_FC

Malangnya, yang dibawa masuk itu, bukanlah nama - nama besar yang boleh membantu menaikkan prestasi pasukan. Sebaliknya yang diambil itu adalah para pemain pasukan yang setaraf mereka musim lalu. Selain itu, yang diambil adalah mantan pemain skuad Piala Presiden kelab dan negeri lain.

Akhirnya, pasukan MBJB tetap bermain seperti mana mereka bermain di Liga FAM dahulu.
Lain - Lain Perlawanan Liga Premier Minggu Ini.....
NS Betaria juga melakukan banyak rombakan dengan penyertaan 11 orang mantan pemain MP Muar,  termasuklah membawa masuk Azuan Zain selaku Ketua Jurulatih....http://en.wikipedia.org/wiki/Betaria_FC

Aku faham betapa sebenarnya NS Betaria terpaksa mengharungi cabaran Liga Premier ini dengan seribu kepayahan. Sebagai kelab swasta, Betaria terpaksalah mencari bajet sendiri. Malah, Betaria juga adalah satu - satunya pasukan yang telah mencipta rekod di arena bola sepak Malaysia. Malah mungkin juga di dunia. Menjadi tuan rumah di negeri lain.

Pasukan yang berpengkalan di Seremban ini telah menjadikan Stadium Hang Tuah di Melaka sebagai gelanggang tuan rumah. Walau pun Felda United dan Kuala Lumpur juga bermain di Stadium Hang Jebat, Melaka sekarang ini, tetapi itu hanyalah sementara. Sementara menanti siapnya pembaikan padang di Stadium PBKL, Cheras.

Aku fikir jika tahun hadapan NS Betaria masih lagi berada di Liga Premier, rekod itu bakal berterusan.


CUIT SIKIT:

Semasa bermain di Liga FAM, NS Betaria menjadikan Stadium Mini Tampin sebagai arena tuan rumah mereka. Mengapa pula apabila naik pangkat ke Liga Premier, mereka lari ke Stadium Hang Tuah di Melaka? Sedangkan semasa bermain di Tampin, aku lihat sendiri, NS Betaria ini sudah mula mendapat perhatian masyarakat Tampin.

Adakah Stadium Mini Tampin tidak mendapat kelulusan untuk menjadi arena Liga Premier? Adakah Stadium Mini Tampin tidak mencapai standard dan piawaian FAM?

Jika tidak mencapai standard FAM, kenapa tidak dipertingkatkan? Amat malanglah sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan membina stadium berkenaan hanya bertaraf kampung sahaja.

Bukalah minda dan mata supaya melihat bahawa satu ketika dahulu Stadium Mini Temerloh juga adalah setaraf Stadium Mini Tampin. Tetapi tahun ini Stadium Mini Temerloh telah berjaya menjadi arena terbaik buat pasukan Pahang. Malah telah ada siaran secara langsung di TV dari sana.

Itu hasil kesungguhan pihak PBT Temerloh dan juga Kerajaan Negeri Pahang untuk melihat kemudahan sukan di negeri berkenaan mampu untuk menjadi penganjur yang berkualiti di peringkat kebangsaan.

BUKALAH HATI, BUKALAH MATA. Tiada salahnya menyediakan kemudahan sukan berkualiti demi memberikan peluang kepada rakyat untuk menikmati yang terbaik daripada PBT dan Kerajaan.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila bekerja dengan seribu alasan bukan dengan sejuta impian.

26.2.12

BOLA KITO, BAHASO KITO.....

Seminggu lagi, Liga Super Malaysia 2012 akan bersambung semula setelah berehat untuk laluan perlawanan pra - olimpik dan juga perlawanan ujian Harimau Malaya bertemu Sabah dan Filipina.

Menariknya, satu perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat 2 Mac telah diubah ke 3 Mac. Manakala satu perlawanan yang dijadualkan pada Sabtu 3 Mac telah dipinda ke 2 Mac. Aku fikir, ini adalah kehendak PENAJA bukan kehendak JKPT FAM dan juga keperluan pasukan berkenaan. Perlawanan pada 2 Mac itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran penaja berkenaan.

Menarik juga, satu perlawanan liga super bakal diadakan pada hari Ahad. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Aku percaya ini adalah satu lagi kehendak PENAJA yang bakal membawakan secara langsung perlawanan itu di tv. Pastinya amat baik buat penyokong yang tidak dapat ke stadium.

Begitulah hebatnya PENAJA Bola Sepak ini. Justru, tidak hairan sekiranya EPL dimainkan sekitar jam 10 pagi waktu England bagi membolehkan jutaan penonton Asia mengikuti siaran langsungnya pada awal malam.

Berbalik kepada Liga Super Malaysia, perlawanan - perlawanan yang bakal berlangung pada Jumaat, 2 Mac hingga Ahad, 4 Mac ini adalah perlawanan ke sembilan buat semua pasukan. Dan salah satu perlawanan itu sangat menarik kerana mempertemukan Juara Liga Super 2011 dan Juara Piala Malaysia 2011.....

Kasihan penyokong setia NS yang mungkin sudah berkira - kira membuat rombongan ke Kota Bharu awal Mac itu terpaksa membatalkan hasrat dan niat hanya kerana penundaan tarikh perlawanan.

Jika sebelum ini ada rombongan Jang ke Singapura kerana perlawanan berlangsung pada Sabtu, apabila hari perlawanan sudah bertukar ke Ahad, mana mungkin rombongan boleh diatur kerana Isnin itu adalah hari bekerja.
Aku tidak fikir ada para penyokong NS yang sanggup ke Kota Bharu pada Ahad, kembali semula malam itu juga ke Seremban dan sampai semula di Seremban pagi Isnin. Terus masuk ofis dengan mata merah dan berkemungkinan besar akan tertidur semasa bekerja. Siapa sanggup berbuat demikian?

Justru, bagi aku, penundaan tarikh perlawanan itu bukan sekadar mengikut kehendak penaja, malah juga telah memberikan kelebihan yang cukup besar buat tuan rumah daripada aspek kehadiran penonton dan penyokong. Siapa Untung?

CUIT SIKIT:

Bagi Jang yang tidak dapat ke Kota Bharu, tontonlah secara langsung perlawanan itu di mana - mana sahaja asalkan tidak merbahaya.

Iringilah pasukan NS dengan doa semoga berjaya di Kota Bharu. Ada juga baiknya sekiranya kito motivasikan pasukan kito seperti ini.....
Inilah bahaso yang digunakan oleh orang tua kito dulu- dulu ....
Ado sesapo yang setuju?
Bahaso Jang ini macam kasar tetapi itulah bahaso motivasi yang membolehkan ramai Jang berjaya di bidang masing - masing.

TAKDO TIGO MATO; EKAU JANGAN BALIK!

24.2.12

BERI LALUANG, ANUOR NOK LALU.....

Le Tour De Langkawi atau LTDL adalah satu produk sukan pelancongan yang boleh dikatakan berjaya di Malaysia.

Sukan berbasikal yang memakan masa 10 hari ini adalah lebih merupakan cabaran ketahanan individu dan berpasukan. Ada pecutan, ada ketahanan dan ada pendakian. Justru, tidak hairan LTDL dan lain - lain pertandingan basikal berbentuk jelajah ini akan menawarkan pelbagai aspek pemenang yang dibezakan dengan warna jersi yang disarungnya.

Ada hijau, ada biru, ada kuning dan ada juga yang disebut warna polka dot [ aku sebut dot dot dot ]. Betul - betul bervariasi pemenangnya.

Sekian lama diadakan, LTDL ini sekurang - kurangnya telah melahirkan Anuor Manang dan Rakang - Rakang sebagai jaguh lumba basikal negara. Baik hok jantang atau hok pepuang [ baik yang lelaki atau yang wanita ], semuanya mari dari ganu [ semua datang dari Terengganu ]. Kenapa ye?

CUIT SIKIT:

Dalam tempoh lima tahun terakhir ini, aku dapati, Negeri Sembilan adalah negeri yang mendapat faedah LTDL ini, selain Selangor dan Kuala Lumpur. Selangor dan KL tidaklah boleh diambilkira kerana di sana adalah pusat segala pusat.

Aku dapati dalam tempoh lima tahun terakhir ini, NS tidak pernah ketinggalan di peta laluan LTDL. Jika tidak sebagai lokasi permulaan atau penamat, NS pasti akan menjadi sebahagian laluan untuk menuju penamat. Bertuah sungguh NS. Tidak seperti negeri lain yang boleh dikatakan hanya mendapat tempat di peta LTDL sekali sekala sahaja.

Paling malang ialah LANGKAWI yang namanya di sebut-sebut sepanjang ulasan LTDL tetapi Langkawi bukanlah lokasi wajib LTDL sebagaimana Genting Highland yang berkategori HORST buat Raja Bukit itu.

Walau pun NS lebih bernasib baik berbanding Langkawi, aku fikir warga NS juga malang kerana penglibatan NS sebagai host untuk permulaan, laluan atau penamat di LTDL ini gagal melahirkan minat untuk anak mudanya menyertai sukan berbasikal ini secara serius.

Lebih malang, acara Jelajah NS yang pernah diadakan dulu sudah kembali menjadi 'arwah'.

Sampai bila warga NS hanya sekadar menjadi pemberi jalan buat Anuor Manang dan Rakan - Rakang melalui pelbagai selekoh dan liku di segenap pelusuk NS termasuk di Gugusan Felda Palong seperti tahun lalu?

Persatuan Berbasikal NS masih hidup ke pendaftarannya?



23.2.12

FELDA UNITED LAWAN MAN UTD.....

Benarkah ini?

Bacalah posting ini dengan hati yang terbuka.....

FELDA UNITED DAN MANCHESTER UNITED
FELDA AKAN TERGADAI KERANA UMNO
Pada awal penyenaraian saham kelab bola sepak terkenal, Manchester United. Mereka beranggapan dengan penjualan saham di bursa saham boleh mendekatkan pasukan itu dengan peminat dari pelosok Britain.
Benar, 10 tahun pertama penjualan saham hanya berlegar di kalangan pemegang saham dari peminat tetapi 15 tahun kemudian, sedikit demi sedikit saham itu dipegang oleh pelabur asing, sehinggalah pada lewat tahun 2000, peminat Manchester United kecewa kerana kelab tersebut akhirnya dimiliki oleh pelabur Yahudi.
Yang paling malang mereka akan menanggung hutang akibat pembelian saham yang menggadaikan semula kelab tersebut kepada bank. Penjualan tiket meningkat hampir 30% dan pelbagai pendekatan bermotifkan keuntungan diambil oleh pemilik baru untuk membayar kembali kos pembelian mereka.
Apabila sesuatu syarikat mengeluarkan saham baru di pasaran terbuka, syarikat itu perlu menyenaraikan harta dan aset syarikat untuk menunjukkan keupayaan syarikat dan meyakinkan pelabur (pembeli saham baru) dan siapa sahaja boleh membeli saham tu sekiranya dia ada duit dan berminat untuk melabur. Orang asing dari Amerika Syarikat pun boleh beli saham tersebut.
Selepas dijual di pasaran terbuka, maka pemegang saham dianggap memiliki syarikat itu. Pada permulaan, syarikat akan mendapat modal yang banyak apabila menjual saham-saham tersebut.
Modal ini boleh digunakan utk apa saja kegunaan syarikat dan tidak mustahil dihabiskan, apatah lagi tidak dimaklumkan perancangan yang bakal dibuat selepas memperolehi pelaburan dari pasaran terbuka.
Saham yg didagangkan kemudian dari jualan pertama hanyalah memberi keuntungan kepada pemegang saham berikutnya, bukan lagi kepada syarikat. Kerana keuntungan atau kerugian dari penjualan berikutnya tidak memberi kesan pada modal syarikat. Lumrah alam, tiada saham yang tidak mampu dibeli, kerana orang yang berduit mampu membeli saham-saham tersebut.
Pemegang saham yang memiliki saham paling besar adalah berkuasa. Masalah timbul jika pemegang saham (terbesar) substiantial, tidak lagi memikirkan manfaat peneroka-peneroka.
Sudah tentu mereka memikirkan apa keuntungan yang mereka boleh dapat dari pelaburan ini. Mereka boleh membuat apa saja terhadap asset syarikat. Mereka boleh menjual, memajak dan menyewakan tanah tersebut. Peneroka juga tidak mustahil akan dihalau atau mungkin menjadi buruh di tanah yang dulu milik mereka sendiri.
Mungkin kita boleh fikirkan jika petronas dijual di pasaran terbuka, siapa yang mampu membeli Petronas? Jika dulu KFC milik bangsa bukan Melayu pun boleh dibeli oleh pelabur Melayu, tidak mustahil pelabur Yahudi boleh membeli saham Felda.
Terdapat banyak kaedah untuk membeli saham secara diam-diam. Apabila berjaya mendapat jumlah tertentu baru lah pemilik sebenar akan muncul. Tanyalah Stan Kroenke dan Malcom Glazer bagaimana mereka menggunakan kedudukan mereka dengan saham yang kecil di dalam kelab Arsenal dan Manchester United walaupun pada awalnya kelab bolasepak ini adalah syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham. Sedangkan kelab-kelab bola ini pun mampu dibeli. Inikan pula Felda.
Cara yang paling mudah ialah menggunakan proksi untuk membeli saham awalan (IPO) yang dijual, Kemudian jumlah saham akan dibeli sedikit demi sedikit menggunakan pelbagai proksi. Ianya sukar dikesan, sudah tentu jika dilihat dari permukaan kita tidak akan dapat mengesan proksi-proksi ini. Ianya hanya akan terdedah apabila pelabur sebenar muncul dengan memiliki sekurang-kurangnya 30%.
Pada kebiasaanya jumlah 30% diperlukan untuk menwajibkan baki 70% dijual kepada pemegang saham (compulsory acquisition). Tidak penting berapakah harga yang perlu dibayar kerana ia mampu dibayar, yang kita perlu fikirkan akan tergadaikah tanah-tanah peneroka kelak. Pada ketika itu tiada apa yang mampu menghalang sebarang tindakan pemilik, kerana dia berhak sepenuhnya.
Tentulah orang yang bertanggungjawab menyenaraikan Manchester United tidak terfikir 20 tahun kemudian kelab ini akan dimiliki oleh pemilik Yahudi. Dan siapa boleh tahu 20-30 tahun lagi siapakah pemilik Felda? Sama ada pelabur Yahudi, Russia, China, Latin, Iran, Arab, mafia Itali, tak siapa yang tahu. Dalam dunia pelaburan pasaran terbuka, siapa yang memiliki wang, dialah raja.
Mungkin Isa Samad dan Najib Razak tidak sempat untuk melihat siapakah pemilik Felda 30 tahun akan datang, tetapi orang-orang Felda 30 tahun lagi akan menyesali tindakan ini. Dan tidak mustahil kita akan rasa diperbodohkan seperti mana kita melihat perjanjian jual beli air Johor dan Singapura sedekad yang lalu.
CUIT SIKIT:
FELDA UNITED yang dimaksudkan bukanlah Pasukan Bola Sepak Felda yang sekarang ini terumbang – ambing di bawah Ketua Jurulatih Elavarasan itu.
“ FELDA United ” yang aku maksudkan adalah FELDA yang warganya BERSATU dan hidup rukun damai tanpa terlalu mengajar duniawi dan tidak pernah disogokkan dengan kemestian mengejar duit semata – mata.
Bagi aku, membursakan saham Felda ini tidak lebih dan tidak kurang adalah untuk memenuhi tuntutan serakah peribadi manusia yang hanya berTuhankan politik dan duit.
Jika mereka ini ikhlas untuk memajukan taraf hidup peneroka dan pelabur KPF, pasti mereka akan mengemukakan pula perintah membatalkan injuksi awal oleh pembantah di Mahkamah Tinggi Kuantan, baru – baru ini.
Membiarkan perintah mahkamah itu kekal dan berhasrat pula untuk menubuhkan syarikat tujuan khas [ SPV ], adalah jelas menunjukkan sikap dan wajah sebenar para hipokrit ini.
Ketika gagal menguasai KPF, Makhluk Tuhan Yang Paling Gelojoh ini pastinya akan berjaya menguasai SPV berkenaan, pastinya akan dilantik sebagai Orang Kuat yang juga bakal melantik Orang – orang Kuatnya sebagai Ahli Lembaga Syarikat itu.
Ke manakah hilangnya nilai – nilai murni masyarakat Felda yang BERSATU di bawah sistem yang telah disempurnakan zaman – berzaman menerusi pentadbiran secara blok.
Insafilah situasi yang melanda Manchester United itu. Renungkanlah betapa, kerana membursakan saham, akhirnya MAN UTD bukan lagi milik para peminat dan warga Manchester tetapi telah menjadi milik warga US yang belum tentu minatnya kepada bola sepak.
Jangan sampai satu hari nanti, “ FELDA UNITED ” ini pula menjadi milik Malcom Glazer dari US itu.
nota kaki:-

baca juga

PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA

ALAHAI UZBEK.....


Gambar Hiasan tetapi ada kena - mengena dengan posting ini


Imbas Kembali: Ranking 12 Pasukan di Pusingan 3 Kelayakan Olimpik Asia.
Malaysia berada di no. 12 sahaja.

Lima Perlawanan: Korea Selatan selaku pilihan pertama telah mengesahkan tempat ke London.

KEJUTAN: Pasukan Ranking ke 9, Uzbekistan hampir pasti layak ke London.
Australia selaku ranking ke 2 Asia, hanya setaraf Malaysia di tangga ke empat. Mungkin berada di tangga ke 3 kumpulan C sekiranya mampu menewaskan Iraq di arena sendiri nanti.

MALAPETAKA: Tsunami pasti menggegar Jepun seandainya mereka gagal menjuarai Kumpulan C ini. Bermain di arena sendiri, tiada pilihan buat mereka selain daripada memungut 3 mata.

Syria pastinya menyesali nasib kerena tewas di minit akhir kepada Bahrain semalam.

PAK ARAB itu pastinya akan memberikan layanan kelas satu kepada Malaysia demi mencari peluang ke PlayOff sekurang - kurangnya.

AWAS MALAYSIA! Mendapat layanan luar biasa daripada Tuk Arab demi kemenangan mereka, adalah satu rasuah. Bermainlah secara profesional demi integriti diri dan negara.

Korea telah mengesahkan tempat ke London. Uzbekistan dan Jepun mempunyai peluang besar untuk turut bersama.

MALAYSIA juga layak ke London tetapi menerusi acara memanah, terjun, badminton dan lumba basikal sahaja. Bola sepak? Nanti dulu yo!

Imbas Kembali: Oman dan United Arab Emirates adalah dua lagi pasukan yang bersama Malaysia di pot D semasa undian di Rumah AFC lalu.

Kedua - duanya telah menidakkan ranking AFC dan FIFA itu untuk menduduki tempat terbaik sekurang - kurangnya bermain di playoff.

CUIT SIKIT:

Upset atau kejutan besar di sepanjang Pusingan 3 Kelayakan Olimpik Asia ini pastinya di cipta oleh Oman, UAE dan Uzbekistan.

Namun, bagi aku, Uzbekistan ini lebih berjaya kerana bukan sahaja pasukan Olimpiknya yang gagah, tetapi secara konsisten pasukan utamanya juga hebat.

Pasukan utamanya menduduki tempat ke 4 Piala Asia 2011 dan sudah pun menempah tempat sebagai enam pasukan terbaik ASIA untuk meneruskan saingan ke PIALA DUNIA Brazil 2014.
Yang jelas, bukan sahaja AYAM UZBEK yang menjadi idaman tetapi, bola sepak Uzbek juga perlu dicontohi.

Apa kata sekiranya FAM turut menjadi Uzbekistan selain Slovakia sebagai arena latihan Harimau Muda dan Harimau Dewasa kita?

TUK MIDIN mungkin setuju....

22.2.12

KISAH SANGGAM DI DEWAN PERDANA FELDA.....



Peneroka diusir pada taklimat Koperasi Felda

Aidila Razak 5:52PM Feb 22, 2012

Seorang peneroka hari ini diusir daripada menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur, selepas beliau menyoal pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung jaminan kepada pemegang saham mengenai dividen mereka.

"Saya mahu jaminan dividen kami apabila Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan. Isa beritahu saya Perdana Menteri beri jaminan. Saya beritahunya PM tidak akan jadi PM selama-lamanya.

"Kemudian Isa berkata jika saya tidak percaya kepada PM, saya harus tinggalkan dewan. Saya beritahunya, saya sudah berada di Felda selama 50 tahun, tetapi awak hanya masuk Felda selama dua tahun dan dakwat pada ibu jari awak pun masih basah. Awak yang patut tinggalkan dewan,” kata R Sanggam yang berasal dari Felda Sendayan.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3:30 petang tadi.

Mengesahkan ceritanya, adalah rakan peneroka Saparuddin Mohd Yasin yang berkata, keadaan semakin hangat apabila sebahagian daripada pemegang ekuiti di bilik itu mulai marah dengan Sanggam kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.

KPF hari ini mengadakan taklimat untuk ahli-ahlinya bagi menjelaskan kesan penyenaraian FGVH, setelah mesyuarat agung  perwakilan khasnya terpaksa dibatalkan berikutan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarangnya daripada membincangkan penyenaraian berkenaan.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat yang dijadualkan hari ini.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.
CUIT SIKIT:
Tanya pun tak boleh ke? Takkan kerana bertanya, boleh kena halau?
Jika ia bertaraf taklimat, mesyuarat atau penerangan, aku fikir tidak perlulah sampai berlaku halau menghalau ni.
Nampak sangat kemelut membursakan saham Felda ni belum berakhir dan tak mungkin berakhir, jika perangai Pengerusi Majlis seperti tidak mahu berbincang.
Zaman peneroka Sendayan, hanya perlu mendengar dan mengangguk sudah lama berakhir. Ianya berakhir sebaik - baik sahaja Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, menjual tanah kebun mereka dengan nilai jutaan ringgit tetapi ketika itu para peneroka berkenaan hanya mendapat ratusan ribu sahaja.
Nasib baiklah MB sekarang berjaya menyelesaikan penjualan itu. Jika tidak, mungkin para peneroka Sendayan akan mati celik dibuatnya.
HUBAYA HUBAYA. Zaman filem SANGGAM sudah lama berakhir. Sekarang ni orang sibuk pasal Ombak Rindu dan lain - lain filem ringan dan segar.
Aku tiada di Dewan Perdana tadi. Barang siapa yang tahu kisah ini dari sudut yang lain, sila tinggalkan komen....

SELAMAT MENONTON.....

CUIT SIKIT:


Perlawanan yang tidak mempunyai apa - apa kesan kepada BABA Ong dan barisan muda negara, tetap mendapat tempat di hati penyokong dan peminat bola sepak tegar.


Aku percaya, angka 30 ribu kehadiran ke Bukit Jalil seperti dua perlawanan lalu akan kekal kerana skuad muda ini sebenarnya mempunyai pemain yang bertaraf seleberiti.


Ketuanya pastilah APEK yang boleh dikatakan turut masyhur di kacamata artis dan model. Begitu juga sicomel yang bernama Nazmi Faiz tu.


Bagi penyokong NS, mereka mungkin hadir kerana Shakir yang handsome turut bersama Harimau Muda dan dijangka turun dalam kesebelasan utama.


Begitulah untung nasib pemain bola sepak. Adakalanya yang hadir ke stadium itu bukan kerana pasukan tetapi kerana ingin mendekati pemain yang diminati dan digilai.

Apa - apa pun, aku pasti, orang NS akan ke Bukit Jalil bukan kerana Fakri tu.
He he HEH!

Jika tidak berkesempatan ke Bukit Jalil, tontonlah di tv anda menerusi TV1. Aku ucapkan tahniah kepada TV1 dan TM selaku penaja kerana bakal menyiarkan perlawanan ini secara langsung biar pun sudah tidak mempunyai sebarang makna lagi buat negara.

21.2.12

JEJAK ANAK RIMAU.....


Sekadar mencari pengalaman tambahan......BABA ONG kata, Harimau Muda A, bertuah kerana mendapat peluang bermain enam kali dengan pasukan kelas satu dan elit di Asia.....

Kedudukan terkini selepas empat perlawanan......

Serentak dan sederap tiga pasukan masih bersaing......

Hasil pengalaman di Pra Olimpik mungkin berguna di Liga S.
Memenangi perlawanan pertama merupakan langkah terbaik.....
  
Jejak kembali empat perlawanan dan lihat, Malaysia tetap menang dalam aspek kehadiran penonton. 30 ribu setiap perlawanan berbanding Jepun, Syria dan Bahrain. BAB ini kita champion di grup C. Terima Kasih semua.

Analisa wiki mengatakan dengan jelas peranan Malaysia sebagai PENGACAU......
Apabila persaingan begitu sengit, bookies akan mencelah untuk keuntungan sindiket pertaruhan......

Pandangan peribadi aku mengatakan,

Malaysia pastinya menjadi tumpuan menjelang perlawanan terakhir bertemu Syria nanti.

Pastinya TUK ARAB itu akan memberikan layanan terbaik buat pasukan negara demi memudahkan peluang mereka. Inilah lumrah bola sepak sebenarnya. Ianya berlaku di mana - mana. Dipelbagai peringkat. Sudah berlaku zaman - berzaman.

Layanan terbaik demi memastikan pasukan yang dilayan itu akan menyerah kalah juga adalah satu bentuk rasuah. Tetapi, ada Aiman Kisah?

CUIT SIKIT:
Seandainya ada pegawai FAM yang tidak berkaitan dengan pasukan Olimpik ini turut menyibukkan diri apabila ada perlawanan terutamanya di luar negara, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin itulah yang telah diperhatikan oleh FIFA dan AFC selama ini. Dan, itulah sebabnya mengapa Orang Kuat  Bola Dunia itu berani berkata ada penglibatan Pegawai FAM dengan sindiket mengatur perlawanan.

TAK TUMBUH, TAK MELATA : TAK SUNGGUH, ORANG TAK KATA.

Namun, membuktikan kata - kata sehingga melampaui keraguan yang munasabah itulah yang susah.

Seandai hanya berkata - kata tanpa bukti, SEE U IN COURT!
Aku amat berharap, biar pun anak rimau ini gagal ke Olimpik London, kekalkanlah mereka dan teruskan usaha memberikan pendedahan.

Berikan BABA Ong dan anggota pasukan Rimau Kocik ini cabaran baru iaitu, layak ke Pusingan Akhir Piala Asia 2015 di Australia.

FIKIRKANLAH.....

19.2.12

KALAH TU, KOJO DIO.....

SEBELUM.....Kejuaraan 2010 dijangka berulang di tahun 2012.

SELEPAS DAN TERLEPAS SATU PELUANG KE ASIA....
Yang berulang kembali bukannya KEJAYAAN dan KEJUARAAN.
Yang berulang ialah rasa pedih di ulu hati penyokong kerana NS kalah pusingan pertama di arena sendiri, seperti musim lalu. Musim lalu NS tewas kepada KL.
Natijahnya, kalah pusingan pertama ini adalah perkara biasa buat NS.
Dah kojo dio kalah tu.
Apo nak dikato.....

Kad Prestasi Januari dan Februari 2012.....

Pencapaian Seimbang.....Keputusan sepintas lalu 9 perlawanan.
Lapan Liga Super dan 1 Piala FA.

Senarai Penjaring Gol.....

Kek Agihan Pencapaian.....Biar Lebih Mudah dan Jelas dikaji.

PENTING! Itu pasal dalam warna MERAH.
Berdasarkan jumlah perlawanan yang sama.
Kedudukan di Liga Super sedikit lebih baik berbanding tahun lalu.
Jaringan meningkat, bolos juga meningkat.

RANJAU PERTAMA BULAN MAC.
Sang Juara Bertahan Liga Super 2011, Kelantan menanti Juara Piala Malaysia 2011, NS di Kota Bharu. Rekod NS di Kota Bharu boleh dikatakan agak baik.
Kelantan telah ditewaskan oleh NS di Piala Sultan Ahmad Shah 2012.
Sedikit kelebihan psikologi tetapi tidak menjadi sebab untuk bermegah.
Tambahan pula, setakat ini Kelantan belum kalah di Kota Bharu.
GOMO VS HOBEN. Menarik jika ada siaran langsung di tv.
CUIT SIKIT:

Ekoran kekalahan NS kepada Johor FC semalam, kembali bergema laungan supaya seseorang di Medan Rahang dinyahkan daripada kerusi empuk di sana.

Kenapa ya?

Adakah mamat ini masih lagi mencampuri urusan pasukan?
Adakah mamat ini masih lagi cuba menampilkan kroninya dalam pasukan?
Adakah mamat ini tidak faham - faham bahawa tugas beliau sekarang adalah menguruskan persatuan bukannya menolong menguruskan pasukan?

Ada sesiapa yang boleh jawab? Tinggalkanlah komen anda....

17.2.12

"LEFTENAN HAMID".....

Perak 1 ATM 0.

Walau pun pengulas dan perantara di studio serta rakan - rakan komentatur di Astro Arena mengharapkan kejutan berlaku di Stadium Perak malam ini.

Azlan dan Nazzab jelas dan yakin ATM akan mencapai kemenangan. Zainal dan Richard juga begitu. Namun,Tiada upset : Tiada kejutan.

Perak di tangga kedua Liga Super menewaskan ATM pendahulu Liga Premier dengan jaringan cantik sepakan percuma Kubala di minit ke 4.

ATM cuba bangkit tetapi jelas para pemain mereka bermain untuk menunjukkan kemahiran individu sahaja. Apabila memerlukan usaha berpasukan, mereka gagal.

Aku pelik kenapa Abe Ya tidak menurunkan Rezal Zambery di midfield. Aku fikir Rezal lebih ' berotak ' di bahagian itu untuk memimpin dan menghulur bola ke bahagian serangan.

Meletakkan dua Budak U, Ruben dan Amiridzuan Taj hanya menampakkan kerajinan berlari dan mengejar bola [worker] tetapi, Bebudak U itu langsung tidak berbakat untuk menjadi perancang yang baik. Disinilah kegagalan ATM walaupun mempunyai Hai-O dan Zaquan yang masih boleh dipanggil pasangan penyerang berbahaya itu.

Itulah beza diantara Perak dan ATM. Perak memiliki Shahrulnizam Mustafa dan Kubala yang bukan sahaja 'worker' yang baik tetapi juga perancang permainan yang bagus. Akhirnya, the best team win. Sorry ATM.

Secara individunya, aku amat tertarik kepada ANAK FELDA PALONG DUA, NS yang beraksi di pintu gol ATM. Persembahannya cukup mantap selepas melepaskan gol tunggal Perak itu.

Selama 86 minit selepas gol itu, Farizal berjaya menyelamatkan sekurang - kurangnya lima peluang pasti jaringan [sure goal] untuk Perak. Aku pasti ini adalah hasil bimbingan dan didikan "Leftenan Hamid".

Siapa "Leftenan Hamid", lihat di bawah.....

CUIT SIKIT:

Di sebalik persembahan mantap Farizal Harun, aku fikir Perak telah membuat kesilapan paling amatur di arena bola sepak profesional.

Membayar gaji mahal kepada Lazar Popovic yang gagal menyudahkan tiga peluang di hadapan gol adalah SATU PEMBAZIRAN. Setakat lapan perlawanan liga dan satu Piala FA, Popovic langsung tidak menajringkan gol. Pada hal, beliau adalah striker utama Perak.
Lazar Popovic yang kualitinya seperti pemain dari estet Rombau yo.....

Mungkihkah berlaku skandal dalam urusan membawa masuk pemain import seperti ini? Jangan hanya fikir perlawanan sahaja yang boleh dijual. Urusan pembelian pemain import juga boleh berlaku jual beli haram.

Jangan fikir pegawai pasukan hanya mampu menjual perlawanan. Mereka juga mampu menjual pemain kokak sebagai pemain bagus.

Kalau inilah pemain yang dikatakan bagus, aku amat setuju dengan kemarahan para penyokong Perak sebaik sahaja Popo dimasukkan sebagai gantian kepada Akhmal Rizal.

Buat YOB dan YONG di Perak, KITA BAKOR JE Popovic ni.......SETUJU?

16.2.12

MENGHARAP UPSET.....

32 untuk 1. Itulah yang boleh dikatakan berkenaan penyertaan pasukan di pertandingan Piala FA Malaysia 2012. Kejohanan kalah mati tempatan ini telah berakar umbi di era semi-profesional lagi.

1990 itulah tahun pertama ia dipertandingkan dan Perak muncul JUARA PERTAMA. Selepas itu, ada 10 lagi pasukan yang silih berganti memenanginya dan Selangor paling dominan dengan lima kejuaraan dan dua kali naib juara.

Maknanya, tahun ini adalah tahun ke 22 pertandingan itu berlangsung dan telah mencapai tahap kedewasaannya. Usia yang sepatutnya sudah menyumbang sesuatu kepada prestij dan glamour kepada pemenangnya.

Malangnya, di Malaysia piala ini masih dipandang sepi oleh pasukan - pasukan yang bertanding di Liga M. Kebanyakan pasukan masih lagi memburu Piala Malaysia sebagai keutamaan. Mengpa begitu?

Hanya kerana Piala Malaysia telah lama berakar umbi dan menjadi satu - satunya piala yang dipertandingkan sebelum era semi- pro bermula 1987. Piala Malaysia sudah sebati dan menjadi darah daging kepada masyarakat bola di Malaysia.

Namun, jika pasukan - pasukan di Malaysia ingin bermain di peringkat AFC dan FIFA, mereka perlu memenangi samada Liga Super atau pun Piala FA. Inilah sahaja dua pertandingan yang diiktiraf AFC dan FIFA dan memberikan penghormatan kepada pemenangnya untuk bertarung di peringkat Asia. Seandainya menang di peringkat Asia maka, pasukan berkenaan layak pula bermain di kejohanan kelab - kelab dunia [ Piala Dunia Kelab FIFA ].

Berbalik kepada Piala FA 2012, teruskan mengikuti catatan ini.
Pecahan Penyertaan Pasukan

Senarai Pasukan

LALUAN KE BUKIT JALIL: Carta Pertandingan. Pusingan satu dan dua dijalankan sekali sahaja.
CUIT SIKIT:

Bagi aku, sekiranya FAM lebih teliti mengatur undian, maka tidak akan berlaku pertarungan sesama taraf di peringkat awal ini.

Tiga perlawanan membabitkan enam pasukan Liga Super, satu perlawanan sesama pasukan Liga Premier dan dua perlawanan menemukan pasukan Liga Premier dan Liga FAM sepatutnya tidak berlaku. Rujuk jadual di bawah;

Sepatutnya, biarlah pasukan - pasukan dari Liga Premier dan Liga FAM diundi berhadapan dengan pasukan Liga Super di peringkat awal ini. Jika berlaku sebarang upset, itulah kemeriahan sebenar pertandingan kalah mati ini. Para peminat tegar pastinya mengharapkan ada keputusan luar dugaan apabila Gergasi bertemu Tikus.

Jika awal - awal lagi GERGASI bertemu GERGASI dan TIKUS berlawan dengan TIKUS, di akhirnya, pertandingan ini sudah hilang serinya.

Semoga di tahun hadapan pihak JKPT FAM lebih teliti menyusun jadual kalah mati ini.

Dua perlawanan sabtu ini yang aku harapkan akan berlaku upset;


MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH