Jumlah Paparan Halaman

30.5.13

KENYATAAN RASMI FAM.....

Perlawanan Separuh Akhir ke-2 Piala FA di antara Pahang dan Johor Darul Takzim FC
Thursday, 30 May 2013 01:24
Berikut adalah keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-24 pada 29 Mei 2013.
1.    Perlawanan dimainkan semula berasaskan perkara 1.1.11, PPLM 2013-2016 di venue berkecuali iaitu Stadium Nasioanal Bukit Jalil, jam 4.15 petang pada 1 Jun 2013
2.    Harga tiket adalah RM15 bagi semua tempat duduk.
3.    Pasukan Pahang kekal sebagai Pasukan PTR (Pasukan Tuan Rumah) dan pengelolaan perlawanan adalah di bawah tanggungjawab FAM dengan kerjasama PB Pahang.
4.    Tiket yang dibeli untuk menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir ke-2 Piala FA 2013 pada 28 Mei 2013 boleh ditebus di pejabat PB Pahang dengan syarat membawa keratan tiket.
5.    Pasukan Pahang didenda sebanyak RM100,00.00 di atas kesalahan-kesalahan berikut:
·      Kelemahan keselamatan sehingga membolehkan Penonton kedua-dua Pasukan masuk dan duduk di atas balapan stadium sebelum perlawanan.
·      Selepas pengumuman penangguhan perlawanan, terdapat Penonton daripada kawasan tempat duduk Penonton Pasukan Pahang dari sebelah kiri Pentas Utama telah meluru ke arah Penonton Pasukan JDT FC tetapi sempat dihalang oleh pihak polis.
6.    Pasukan JDT FC dikenakan denda sebanyak RM20,000.00 di atas kesalahan-kesalahan berikut:
·      Terdapat Penonton Pasukan JDT FC yang duduk di atas balapan sebelum perlawanan bermula.
·      Pegawai dan Pemain Pasukan JDT FC telah meninggalkan stadium sebelum tamat 90 minit masa menunggu.
7.    Denda yang dikenakan adalah berasaskan Perkara 2.1.2, PPLM 2013-2016.
sumber


CUIT SIKIT:

Aku harap dengan kenyataan ini, ramai pihak terutamanya yang hanya datang menyokong pasukan masing - masing, tanpa fakta dan data akan memahami bahawa;

Sebarang masalah yang ditimbulkan penyokong, bukan tuan rumah sahaja yang dipersalahkan.

Tidak timbul soal di mana perlawanan berlangsung, para penyokong terutamanya bebudak baru naik, tingkah laku anda yang silap bakal membolehkan FAM mendapat dana tambahan.

Jika benar anda profesional, jangan keluar stadium sebelum tamat masa menunggu selama 90 minit yang diperuntukkan dalam peraturan pertandingan.

Tiada jalan mudah untuk mendapat kemenangan percuma. Jangan fikir, lari balik ke hotel boleh memberikan kemenangan percuma kepada pasukan anda.

Kepada pihak PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI, bersedialah dengan SKRIN BESAR di luar stadium masing - masing sekiranya ada perlawanan bertaraf tinggi seperti Separuh Akhir Piala FA ini. Sedikit sebanyak boleh membantu penyokong tanpa tiket untuk menonton tanpa perlu merobohkan mana - mana pintu masuk stadium.

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengadakan zon pemeriksaan tiket kebih jauh daripada pintu masuk sebenar, supaya limpahan penonton dapat dikawal lebih awal.

DAN, akhirnya, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN di atas kejadian yang berlaku tempohari. Semua pihak adalah bersalah terutamanya yang cuba berlagak tuan rumah di kandang lawan.

29.5.13

LAGI SEJARAH PIALA FA.....

JKPT FAM dengan pantasnya mengadakan mesyuarat dan dengan cepatnya juga mengeluarkan jadual baru. TAHNIAH dan SYABAS.

Apabila keputusan sudah dibuat, pihak Sekretariat yang diketuai oleh Setiausaha Agung perlulah menghantar dokumen rasmi kepada kedua - dua pasukan.

Jangan sampai kes penggantungan Forkey Doe yang lambat disusuli dokumen rasmi berulang lagi. Tanpa dokumen rasmi [ SURAT ], apa pun tak boleh. Silap - silap, dua - dua pasukan tak hadir pada Sabtu nanti.

Sejarah Piala FA berterusan apabila perlawanan Separuh Akhir bakal diadakan di arena berkecuali. Dan, mulai musim hadapan, aku syorkan kepada JKPT FAM agar meneruskan cara itu. Semua pertandingan Separuh Akhir [ Piala FA dan PIALA MALAYSIA ] di adakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil secara satu perlawanan sahaja. Format ini telah lama digunakan oleh Pihak Berkuasa Bola Sepak England [ FA ].  Setidak - tidaknya, ianya dapat menjimatkan masa pertandingan dan tidak banyak mengganggu jadual liga.

CUIT SIKIT:

Cuma sedikit soalan, mengapa diadakan di sebelah petang? Bukankah pencahayaan di Stadium Nasional melebihi tahap minima yang diperlukan [ 1400 lux ]?

Apa - apa pun, sekali lagi sejarah terukir di Piala FA 2013. Semoga ianya berterusan di final nanti pada 29 Jun. Juga di Bukit Jalil.

28.5.13

PIALA FA 2013 CATAT SEJARAH SENDIRI.....

Di saat jutaan rakyat Malaysia tertumpu di Kuantan malam ini, muncul seorang tokoh kecil yang telah mencipta sejarah tersendiri.

Belum pernah berlaku dalam sejarah bola Malaysia, malah mungkin di dunia, seorang Ketua Polis Daerah [ OCPD ] muncul secara langsung di tv, membuat pengumuman berkenaan tahap keselamatan di stadium.

Beliau adalah;
Hebat Tuan OCPD kita sekarang ni. Dari Ketua Balai di Bandar Pusat Jengka, sekitar tahun 1980'an, beliau dah muncul di kaca tv malam ni.

Selain kemunculan Tuan OCPD kita, SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013 juga mencatat sejarah yang mungkin tidak dapat diatasi selepas ini.

Manakan tidak, dua perlawanan diantara Kelantan dan Terengganu menghasilkan 11 gol. Melainkan penentuan sepakan penalti, jaringan 6 - 5 itu belum pernah terhasil di mana - mana perlawanan Separuh Akhir Piala FA sebelum ini.

Lebih bersejarah, satu lagi perlawanan Separuh Akhir diantara Pahang dan Johor dibatalkan angkara kegagalan pihak stadium dan Persatuan Bola Sepak Pahang mengawal kemasukan penonton. Khabarnya, hanya 35 ribu tiket disediakan. Dan, ianya SOLD OUT. Baguslah.

Malangnya, di kaca tv terpapar lebih 40 ribu penonton yang masuk ke Stadium Darul Makmur. Melimpah ruah sehingga ke balapan [ track olahraga ]. Terpaksa pula pihak berkuasa keselamatan, PDRM mengerah tenaga mengawal mereka.

Lebih membosankan, PDRM juga terpaksa memujuk mereka untuk keluar meninggalkan trek berkenaan. Sebabnya, selagi ada mereka yang tidak berkenaan di kawasan berhampiran padang, selagi itulah perlawanan tidak boleh dimulakan. Itu peraturannya.

Setelah usai penonton dipindahkan, ketika itulah muncul Tuan OCPD Kuantan mengumumkan secara rasmi, tahap keselamatan di stadium adalah terkawal dan, perlawanan boleh diadakan.

Malangnya, kebijaksanaan penonton di luar stadium yang membaling batu ke arah penyokong Johor di dalam stadium menyebabkan ramai penyokong Johor masuk semula ke trek stadium.

Akhirnya, perlawanan dibatalkan. Bukan kerana masalah disiplin penonton. Tetapi kerana sikap pihak berkuasa bola sepak Pahang terutamanya di aspek jualan tiket. Mana mungkin penonton tanpa tiket boleh masuk ke stadium dengan begitu mudah, jika tiada sokongan daripada pihak yang bertugas di pintu masuk.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang [ PBNP ], wajib bertanggungjawab. Mahu atau tidak, beliau perlu diheret ke Jawatankuasa Tatatertib PBNP atau FAM kerana tidak buat kerja dengan betul.

Akhirnya, jika Johor sibuk dengan slogan Luaskan Kuasamu, elok juga Pahang melaungkan slogan LUASKAN STADIUMMU.

Apabila dah luas, ajaklah seberapa ramai kawan dan sedara masuk percuma. Lepas tu, kita tangguh lagi perlawanan penting seperti Separuh Akhir Piala FA tadi.

27.5.13

TINGGAL EMPAT JE.....

27 Mei 2013; Lions XII 3 PKNS 1.
Kemenangan Lions XII itu menutup terus peluang Kelantan, PKNS, Terengganu dan Perak untuk menjuarai Liga Super 2013.

Dengan tertutupnya peluang itu, Kelantan dan Terengganu bolehlah menumpukan sepenuhnya usaha untuk ke Final Piala FA 2013. Dan juga boleh menumpukan usaha untuk merebut tempat kedua. Secara matematiknya, Kelantan dan Terengganu serta PKNS masih berpeluang berada di nombor dua. Berada di nombor dua tentunya lebih baik daripada berada di nombor DUA BELAS. Tak gitu?

Kini, tinggal empat sahaja pasukan yang masih boleh berada di nombor satu selain Lions XII. Namun, peluang Pahang bolehlah dianggap hampir mustahil. Hanya satu lagi kemenangan Lions XII, peluang Pahang akan tertutup.

Baki empat perlawanan Jun dan Julai ini bakal menjadi penentu buat Lions XII. Kekal di atas atau boleh jatuh hingga ke tangga ke 5.
Mampukah DARUL TAKZIM dan FELDA UNITED mengalahkan Lions XII di Jalan Besar? Dan, mampukah PERAK dan KELANTAN membaham Singa di Ipoh dan Kota Bharu?

Sekiranya Lions XII menang dua perlawanan di Jalan Besar dan tewas dua perlawanan di Ipoh dan Kota Bharu, mereka bakal meraih 44 mata maksima. Di sini, hanya DARUL TAKZIM [DT] dan ATM yang mampu mengatasi mereka. Itu pun jika DT dan ATM mampu menang semua empat perlawanan mereka.

22/06/13 Lions XII V Darul Takzim Singapura

25/06/13

Darul Takzim

V

Felda United

JB

02/07/13

Negeri 
Sembilan      

V

Darul Takzim

Paroi

06/07/13

Darul Takzim

V

Selangor

JB


21/06/13 Selangor V ATM Shah Alam

25/06/13

ATM

V

Terengganu

Paroi

02/07/13

Pahang

V

ATM

Kuantan

06/07/13

ATM

V

Perak

Paroi

Sekiranya Lions XII menang tiga daripada baki empat perlawanan itu, maka, marilah kita ucapkan jutaan tahniah kerana mereka mempamerkan corak permainan konsisten dan pandai mencari gol untuk menjuarai Liga Super 2013.

CUIT SIKIT:

Tinggal empat perlawanan juga buat NS untuk mencari nafas dan kekal di Liga Super 2014.

Soalannya, diperlawanan manakah NS boleh mendapat mata penuh?
Tanpa dua belas mata maksima, NS bolehlah memulakan musim baru 2014 di Liga Premier.

Bukan itu sahaja, NS mungkin terlepas peluang untuk bermain di Piala Malaysia 2013 nanti.

23.5.13

MUSNAH DALAM LIMA HARI.....

Ridzuan Abu Shah bukanlah nama besar di arena bola sepak Malaysia. Anak Melaka yang berkelana ke seluruh negara untuk mencari makan sebagai pemain bola sepak profesional.

Di penghujung kariernya, Ridzuan beraksi sebagai Kapten Felda United ketika pasukan impian Tuk Najib itu beraksi di Liga FAM, sekitar 2007. Beliau meneruskan karier bolanya sebagai Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Felda United sekitar 2008 - 2009.

Kemunculan beliau sebagai Penolong Jurulatih kepada Divaldo Alves di NS musim 2013 ini tidak pernah diambil perhatian. Malah, ramai PSNS yang tidak mengenali beliau.

Namun, nama itu tiba - tiba meletup pada 17 Mei 2013. Semuanya kerana kemenangan 2 - 1 ke atas ATM pada 16 Mei. Ramai yang terkesima dengan kejutan itu. Dan, bermula dengan kekalahan kepada Selangor di Shah Alam pada 8 Januari, NS mengambil masa yang amat panjang untuk mencari KEMENANGAN PERTAMA pada 16 Mei itu.
Malangnya, Ridzuan Abu Shah dan skuadnya, hanya mengambil masa yang singkat untuk kalah semula.

22 Mei 2013, Negeri Sembilan 0 : Pahang 2. Keputusan yang pastinya menghancurkan hati ribuan penyokong yang hadir ke stadium. Keputusan yang pastinya tidak akan menyebabkan Ridzuan Abu Shah menjadi fenomena di NS.

Dan, kepada siapa mahu dicari jawapan mengapa NS berprestasi begini musim ini?
CUIT SIKIT:

Seimbas pandang, NS bukanlah pasukan yang terlalu teruk. Bukan juga pasukan terlampau amatur. Jauh sekali sebagai budak belasahan.

Masalahnya, pintu gol lawan seperti terlalu jauh buat mereka. Sebelas daripada lapan belas perlawanan menyaksikan NS gagal menjaringkan gol. Dan, jika mereka mampu menjaringkan gol pun, pihak lawan akan menjaringkan gol lebih daripada mereka. Cam ni mano buleh monang.

Berbaki empat perlawanan, aku fikir tiga daripadanya hampir mustahil untuk memberikan mata buat NS. Hasilnya, tempat kosong di Liga Premier yang bakal ditinggalkan oleh NS Betaria, bakal diisi pula oleh NS.

Jika itu benar, NGORI DEN! Anda bagaimana?

SABARLAH JANG DAN MILAH.....

Perlawanan ke lapan belas buat kesemua pasukan Liga Super bakal dimutkamadkan pada 27 Mei ini.

Bermain di Stadium Jalan Besar, PKNS dilihat bakal meneruskan cerita biasa Liga Super. Lapan pasukan sebelum ini, menjadi medan kutipan mata penuh buat Lions XII. Apakah PKNS bakal mengalami nasib yang sama? Sama - sama kita nantikan.

Menariknya, seandainya Lions XII menang Isnin ini, maka, peluang pasukan di tangga ke empat hingga ke enam untuk menjuarai liga hampir pasti tertutup. Dan sekali gus juga menutup rapat peluang Kelantan dan Terengganu. Setakat ini, Perak mengetuai tiga lagi pasukan di tangga sembilan hingga dua belas selaku pasukan yang sudah terkeluar daripada perebutan Juara Liga Super 2013.

Perak, Felda United, T - Team dan Negeri Sembilan bakal berebut untuk mengelakkan diri daripad berada di dua tangga terbawah Liga Super. Dua pasukan tercorot bukan sahaja bakal turun ke Liga Premier 2014, malah terpaksa pula bermain playoffs dengan pasukan di tangga ke lima dan ke enam Liga Premier bagi melayakkan diri ke Piala Malaysia 2013. Memang sukar hidup sebagai pasukan tercorot ni.

Sabtu ini bakal berlangsung dua perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013.
Perlawanan pusingan kedua bakal berlangsung pada 28 Mei nanti. Terengganu dan Pahang akan menjadi tuan rumah pula.

Menarik juga kerana empat pasukan yang berentap nanti telah melalui perlawanan liga yang ke lapan belas masing - masing pada 22 Mei. Maknanya tiada satu pun pasukan yang boleh mengatakan mereka penat [ jika mereka kalah ].

Dan, dua pasukan yang menang pada Rabu bakal berentap di Johor Bahru. Manakala dua pasukan yang tewas juga pada Rabu, bakal bertemu di Kota Bharu.

CUIT SIKIT:

Apa - apa pun keputusannya, tiga negeri Pantai Timur ternyata menjadi kuasa besar di Piala FA musim ini. Ulangan kepada pencapaian serupa musim 2011.

Yang pasti, final nanti bakal menjadi medan PANTAI TIMUR lawan HARIMAU SELATAN atau PANTAI TIMUR lawan PANTAI TIMUR.

Buat Jang dan Milah, sabar aje lah. Dua percubaan yang hinggap di palang gol Pahang, memisahkan NS dengan keputusan sekurang - kurangnya seri.

21.5.13

SIAPA GANTI SARAWAK.....

Hari ini, SARAWAK telah menoktahkan perjuangan untuk kembali ke Liga Super musim 2014. Ianya berhasil.
Biarpun telah sah ke Liga Super 2014, kedudukan Sarawak di tangga atas Liga Premier, belum terjamin.
Namun, tinggal Sime Darby sahaja yang boleh menggugat kedudukan Sarawak. Menerusi kemenangan ke atas Pos Malaysia hari ini, Sarawak bukan sahaja muncul pasukan pertama ke Liga Super 2014, mereka juga menoktahkan perjuangan untuk muncul Juara Liga Premier buat Johor dan Kedah.

Kekalahan Kedah kepada Johor juga hampir pasti meranapkan peluang mereka untuk muncul Naib Juara Liga Premier 2014. Perebutan Naib Juara hampir tertumpu kepada Sarawak, Sime Darby dan Johor.

Di saat ini juga, Kuala Lumpur dan NS Betaria hampir pasti pula turun ke Liga FAM musim 2014. Aku katakan hampir pasti kerana kedua - duanya seperti membiarkan sahaja pihak lawan membelasah mereka.

Dua pasukan teratas Liga FAM 2013 bakal menggantikan tempat dua pasukan tercorot Liga Premier itu. Setakat ini, Pulau Pinang dan kembarnya, Perbadanan Bekalan Air {PBA} Pulau Pinang sedang menguasai carta liga berkenaan.

CUIT SIKIT:

Dengan baki lima perlawanan, aku fikir ramai PSNS tidak mahu NS muncul sebagai pasukan pertama menggantikan SARAWAK di Liga Premier 2014.

Setakat hari ini, secara matematiknya, selain NS, ada lagi enam pasukan yang berpotensi untuk turun pangkat musim hadapan.

Semua bakal semakin hampir apabila tamat empat perlawanan esok.
HOBEN JANG HOBEN!

19.5.13

MENJELANG REHAT.....

Akhirnya NS menang. Dan, cabaran seterusnya adalah menentang Pahang Rabu ini di  Paroi.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Mei lalu, ditangguhkan kerana PRU 13. Lain - lain perlawanan pada hari Rabu;

Liga Super akan ditangguhkan hampir sebulan untuk memberi laluan kepada Harimau Malaya mengasah taring di dalam dan luar negara.
Pasti berlaku lagi kehilangan momentum buat pasukan bertanding. Namun, apalah yang boleh kita lakukan kerana jika tidak ditangguhkan agak lama, itu bukan Liga Malaysia namanya.

Tangguh pertandingan ketika pasukan sudah mula mendapat rentak adalah perkara utama di Liga Malaysia. Bersabar ajelah.

CUIT SIKIT:

Aku secara peribadi mengucapkan TAHNIAH buat Ridzuan Abu Shah yang kerap kali aku temui di Stadium Mini Petronas Bangi sekitar 2009 dan 2010 lalu.

Ketika itu aku beertugas sebagai Penyiar Suara Felda di Negerifm. Duan pula bertugaas sebagai Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden FELDA UNITED. Pasukan yang juga pernah diwakili oleh Mohd. Radzuan Abdullah [ Duan Pasoh Tigo ] yang kini berada di Skuad Liga Super Negeri Sembilan.

Selamat Maju Jaya NS. Semoga kemenangan mengalahkan ATM itu bukanlah penamat kerana masih ada lima permainan lagi untuk diharungi. Ini termasuk dua perlawanan di arena lawan, bertemu dua lawan sikit atas, T - Team dan FELDA UNITED.

16.5.13

KEPUTUSAN R16 PIALA AFC.....

Usai perlawanan kalah mati pusingan 16 Piala AFC 2013 menyaksikan dua wakil Malaysia, Kelantan dan Selangor tersingkir bersama - sama enam lagi pasukan lain.

Ketika Selangor tewas di arena lawan selepas masa tambahan, Kelantan pula kecundang di Kota Bharu dengan senario yang agak pelik. Hilangnya Kelantan yang sebelum ini amat cemerlang dan laju di Kota Bharu pastinya menimbulkan sedikit tanda tanya kepada ramai pemerhati dan peminat mereka.

Selasa lalu, Kelantan tewas bukan kerana Kitchee terlalu handal. Kelantan tewas kerana mereka sendiri kehilangan momentum kemenangan. Selangor pula tewas kerana faktor keletihan ekoran jadual ketat. Itu kata Irfan Bakti. Kata aku, Selangor tewas kerana skuad mereka cuma bergantung kepada tidak lebih daripada 15 orang pemain untuk bermain di Liga Super, Piala FA dan juga Piala AFC.

Skuad yang terlalu kecil untuk memburu kegemilangan bukan sahaja di Malaysia malah sudah berada di peringkat Asia. Terlalu kecil skuad itu sehingga gagal menggilirkan pemain. Akhirnya, letih dan lelah pemain yang ada.

Di suku akhir ayang bakal ditentukan menerusi undian sedikit masa lagi, empat pasukan Arab dijangka berhadapan dengan empat pasukan Asia Timur.
Bagaikan sepakat, Kelantan dan Arbil SC tewas di pusingan 16 ini. Musim lalu kedua - duanya berentap di Suku Akhir yang kemudiannya menyaksikan Arbil SC muncul Naib Johan setelah tewas kepada Al - Kuwait di final.

CUIT SIKIT:

Pasukan dari India dan Maldives berada di Suku Akhir. Begitu juga dari Indonesia dan Hong Kong. Kesemuanya pasti berhadapan dengan empat wakil dari Asia Barat. Dan, hampir pasti, ke empat - empat pasukan Arab berkenaan akan mendominasi Separuh Akhir.

Dan, ketika ke lapan - lapan pasukan berentap pada 17 & 24 Sepetember nanti, kita di Malaysia mungkin sedang bersorak di Piala Malaysia. Satu pertandingan yang bersejarah tetapi JUARANYA tidak layak ke mana pun. Satu lagi episod jaguh kampung.

15.5.13

MEMO UNTUK PRESIDEN PBNS.....

Sempena HARI BELIA NEGARA yang jatuh hari ini, 15 Mei 2013, aku paparkan suara anak muda dan belia PSNS yang aku kutip daripada maklumbalas mereka berkaitan provokasi aku di


dan


meletuslah pelbagai komen. Pedas, sinis dan pelbagai lagi. Maklumlah hati panas setelah kena provok.

Posting aku semalam berbunyi,
Bagi aku, elok rasanya NS memberi laluan buat ATM agar Liga Super tidak dimenangi oleh Singa Dari Seberang Tambak.....

melihat +-1,300.
suka 23 + Rezal Zambery Yahya [ pemain ATM dan mantan Kapten NS ].
Komen:
·                Huzairy Ibrahim betul..setuju sangat2
·                Ahmad Faizal Maruah kita bro....no rasis in sport... rasis rasis sampai kiamat xabis...
JAWAPAN AKU:
MEMPERTAHANKAN TROFI LIGA SUPER DARIPADA MENYEBERANGI TAMBAK JOHOR BUKAN RASIS BRO. ITU NAMO EH PATRIOTIK!
·                Muhamad Napie Lubis Muniro mabok ke admin...sggup gadaikn n9 demi atm...?mcm n9 duk top 5 je...n9 pn telur di hjg tnduk da tu...terbalik ayat tu....biar atm bg laluan kt n9 mng utk elak ke liga perdana...ape pn x blh....
JAWAPAN AKU:
AKU TIDAK MABUK. ITU AYAT PROVOKASI SUPAYA ADA KEBANGKITAN MENDADAK SABTU INI.
TAPI AKU SUKA IDEA KO MENTERBALIKKAN AYAT TU.
·                Sabtu Suratdi semua x nk tgk lion pegang liga kito....tp sgp ke kita kalah laie....dah nazak ni.....klo dibiarkan liga perdano la kito.....
·                Farizul Azmi Mne bole..misi mcri kmnangan harus diteruskan
·                Mohamad Asyraaf · pohon ns main div 2 season depan, best oo, hehe
·                Arieost Azzurie sama dgn kedah kot haha...
·                Arieost Azzurie mana boleh camtu. semangat kesukanan kena ada. setiap pasukan harus berusaha untuk menang.
·                Teng Ku kalah ko memekak...org mintak menang ko nak kalah pulak. Mangkuk!
·                Razali Ismail Elok gak lion monang liga...biar fam kaji balik format liga malaysia thn dopan
·                Azlisyam Marzuki X ya bg laluan pun da taw kena bedil gak ngan atm...
·                Mizie Acik Apo la punyo admin...kau igt maruah tu blh bli ngan pialo tu ko...lantak poie la pialo tu ko sngapor dah mmgvteam ea power....admin pling bangang den ponah tau.puiiiiiii!!!!!!
JAWAPAN AKU:
ANDA SUDAH TERMASUK DALAM SENARAI “ KAN DAH KENA”.
AKU LUAHKAN PROVOKASI SUPAYA ADA YANG MELATAH DAN BANGKIT MEMPERTAHANKAN PASUKAN NS.
NAMUN,
BERMARUAH SANGATKAH PASUKAN NS YANG DIPENUHI DENGAN SAMPAH SARAP DAN TIDAK BERDAYA SAING ITU?
BAK KATA TOK MAT, GAJI BOSAR TAPI NYEPAK GUNO KOTING.
·         Harith Mukhriz Bagi N9 monang...MONaNG!!!
·         Ezril Hj Jamaludin kasi monang la..den tunggu nie

Terima kasih buat semua PSNS yang meluahkan perasaan masing – masing. Tetapi kalau kononnya menyokong NS dengan gambar profil fb berlilit mafla SELANGOR di leher, eloklah lu betulkan kiblat sokongan selepas ini.

CUIT SIKIT:



Buat Mr. Presiden PBNS yang diperbaharui semula Sabtu lalu, di atas adalah sebahagian daripada cetusan rasa para penyokong bola sepak NS. Biarpun ada ramai di kalangan mereka tinggal di luar NS, namun hati mereka tetap kepada NS.

Mewakili mereka, aku pohon agar ada perubahan drastik di kem NS mulai Sabtu ini. Mereka ini marah – marah sayang kat PBNS.

Namun, ianya bersyarat. Mr. Presiden kenalah selalu menjenguk ke Medan Rahang dan juga Stadium Paroi. Intailah apa yang mereka yang bergaji lumayan buat semasa latihan dan juga semasa perlawanan sebenar.

Janganlah Mr. Presiden hanya menggangguk dan mengangkat ibu tangan setelah menerima laporan prestasi pasukan. Di atas kertas, ianya tidak pernah sama dengan di atas padang.

Dengan Felda United, PKNS dan T – Team bakal menjadi tiga daripada enam lawan terakhir itu, NS seharusnya tidak sukar untuk meraih 9 mata. Dengan sedikit tuah hasil daripada transformasi pasukan, ATM, Pahang dan Darul Takzim juga bukanlah terlalu sukar untuk dikalahkan.

Lebih – lebih lagi, jadual terakhir ini agak memihak kepada NS kerana ketiga – tiga “top five” itu bakal bertandang ke arena keramat kita, STAR Paroi.

Sehingga tibanya detik penamat saingan pada 6 Julai nanti, kita doakanlah yang terbaik buat Mr. Presiden dan PBNS.

HOBEN JANG HOBEN!

14.5.13

ANALISA LIGA SUPER.....

Mulai Sabtu ini, NS mungkin beraksi tanpa Divaldo Alves [DA]. Itu menurut laporan akhbar hari ini. Ontah Boyo ; Ontah Katak. Ontah Iyo ; Ontah Tidak. Pedulikanlah.

Samada DA masih bersama atau tidak, NS amat terdesak untuk mencari kemenangan pertama musim ini. SANGAT TERDESAK. 16 perlawanan TANPA KEMENANGAN adalah bukti betapa DA dan Ahlul Pasukan Liga Supernya amat "perkasa" musim ini. Samada di arena lawan mahu pun di arena sendiri, NS GAGAL MENANG.

Menariknya, Jumaat ini ATM bakal menentang NS di Paroi dengan misi TIDAK MAHU KALAH. Sebarang kekalahan buat ATM bakal memberikan lebih ruang dan peluang untuk Lions XII menjuarai Liga Super 2013.
Selaku pasukan di tangga kedua, sewajarnya ATM mahukan kemenangan disemua baki perlawanannya.
Kemenangan ATM dan sebarang keputusan bukan menang buat Lions XII Jumaat ini, bakal memberikan semula kedudukan teratas buat ATM. Mungkin buat sementara.

SABTU INI,
samada NS bangkit melawan demi mencari kemenangan pertama atau berkorban demi memberikan laluan kepada ATM mencabar Lions XII, sama - sama kita tunggu.

Bagi aku, elok rasanya NS memberi laluan buat ATM agar Liga Super tidak dimenangi oleh Singa Dari Seberang Tambak itu. Berkorban demi maruah bola sepak negara gitu.

Tiga lagi pasukan di tangga ke empat hingga enam, juga masih berpeluang untuk menjuarai Liga Super.
Namun, peluang buat ketiga - tiganya hanya hadir sekiranya tiga pasukan teratas menghadapai masalah prestasi di baki perlawanan mereka. Tambahan pula, ketiga - tiga masih perlu bertemu 'top three' untuk baki saingan masing - masing.

Sehingga ke saat ini, secara matematiknya, hanya FELDA UNITED, T-Team dan NS sahaja yang sudah tertutup peluang untuk muncul juara. Baki sembilan lagi pasukan sebenarnya masih BERPELUANG. Cuma, peluang itu mungkin setipis kulit bawang.

Peranan PERAK, PKNS dan Terengganu juga sangat besar di penghujung saingan ini. Mungkin sudah tidak berpeluang besar tetapi ketiga - tiganya bakal menjadi PENGACAU kepada PEMBURU JUARA.

CUIT SIKIT:

Buat NS, eloklah baki enam perlawanan ini digunakan sebagai medan ujian untuk pemain muda yang sudah hampir setengah tahun terperap di bangku simpanan.
Jika DA direhatkan, rehatkan juga semua Otai yang membentuk 'first eleven' selama ini. Berikanlah peluang buat Duan Pasoh 3 dan rakan - rakan dari Skuad Piala Presiden itu beraksi di baki saingan. Bukan apa, itu sebagai persediaan untuk mereka bermain di Liga Premier musim hadapan.

Enam belas perlawanan TANPA MENANG, apa lagi yang mahu diharapakan kepada Halim Zainal, Hamsani, Modibo, Alif, Kocik, Eddy Helmy, Nazreen, Rashid, Fauzi Nan dan lain - lain nama yang aku dah lupo tu.

Berikanlah peluang buat bebudak mudo daripada Skuad Piala Presiden 2012 yang sudah lama memanaskan bangku simpanan itu.

Mana tahu, keputusannya lebih baik berbanding sekarang.

ANALISA LIGA PREMIER.....

LIGA PREMIER sudah menghampiri kemuncak saingan. Usai enam perlawanan Isnin [ 13 Mei 2013 ], hanya tinggal empat pasukan yang masih berpeluang menjulang trofi di akhir musim. 
Secara matematiknya, KEDAH, JOHOR dan SIME DARBY masih boleh menjuarai Liga Premier musim ini. Sekaligus layak ke Liga Super musim 2014.

Dan, secara matematik juga, UiTM FC dan NS Betaria adalah dua pasukan bakal turun ke Liga FAM 2014.
FAM telah menetapkan, tiada perlawanan playoff akan dijalankan bagi mana - mana pasukan untuk tujuan naik atau turun liga musim hadapan. Dua pasukan teratas dari Liga FAM dan Liga Premier akan naik ke liga yang lebih atas [ Liga Premier / Liga Super ]. Manakala dua pasukan terbawah Liga Super dan Liga Premier akan turun ke Liga Premier dan Liga FAM musim 2014. Fullstop.

Baki saingan bagi keempat - empat pasukan yang masih berpeluang itu adalah seperti berikut;
Perlawanan Kedah menentang PDRM itu sepatutnya dilangsungkan pada 3 Mei lalu. Ianya ditunda kerana masalah teknikal.

Melihat kepada jadual perlawanan, aku fikir peluang Sarawak sedikit tipis kerana bakal berhadapan dua perlawanan di arena lawan. Dua tuan rumah yang amat liat untuk ditewaskan, Johor dan Sabah menanti mereka.

Johor juga agak perit kerana bakal bertemu dua lawan yang mempunyai peluang yang sama dengan mereka, Sarawak dan Kedah. PDRM dan Sabah juga bukan lawan mudah buat Johor.

Sime Darby aku lihat lebih berpeluang untuk muncul juara kerana selain Kedah, empat lagi lawan mereka sudah pun mempamerkan prestasi yo - yo dalam dua perlawanan sebelum ini.

DAN, aku fikir, di akhir Mei nanti, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas, pasukan yang bakal menjuarai Liga Premier musim ini.

CUIT SIKIT:

Di tangga tercorot hampir keseluruhan musim, NS Betaria hampir pasti ke Liga FAM musim 2014. Dan, hampir pasti juga, pengganti mereka di Liga Premier 2014 adalah NS.

Jika itu berlaku, 2013 adalah musim yang amat malang buat bola sepak Negeri Sembilan keseluruhannya.

Jika Mr. Presiden masih dengan sikap terlalu percaya kepada someone di Medan Rahang, tunggulah detik kehancuran berterusan bola sepak NS.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH