Jumlah Paparan Halaman

29.1.13

TOK MAT MAHU BERHENTI.....

Sebentar tadi, YAB MB NS telah meluahkan rasa kecewanya terhadap pencapaian pasukan Liga Super NS 2013.

Ketika bercakap di DOR Sendayan, Tok Mat tanpa berselindung lagi telah menyatakan hasratnya mahu berhenti daripada menjadi Presiden PBNS. Semuanya adalah ekoran prestasi lemah NS ketika ini.

Beliau juga  menyatakan, dengan bayaran gaji mencecah USD 10 Ribu sebulan, tidak sepatutnya pemain impot hanya mampu menyepak bola dengan keting, dan gagal menyudahkan peluang satu sama satu di hadapan gol lawan.

Lebih daripada itu, beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap beberapa pemain tempatan yang gagal menyerlah biarpun mendapat gaji belasan ribu ringgit sebulan.

CUIT SIKIT:

Ketika berbual dengan rakan lama [ wartawan media cetak ], aku dimaklumkan Tok Mat telah bercakap berkenaan hal itu [ meletak jawatan ] sejak lama dahulu. Maknanya bukanlah isu yang baru muncul hari ini.

Namun, hasrat Tok Mat tidak mungkin dapat direalisasikan kerana kekangan Perlembagaan PBNS. Perlembagaan PBNS menetapkan Presidennya mestilah YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.

Jika benar Tok Mat mahu berhenti, beliau mestilah mengusahakan supaya Perlembagaan PBNS dipinda terlebih dahulu. Pindaan supaya tidak lagi MBNS diPAKSA untuk RELA menjadi Presiden PBNS.

Keduanya, jika tidak mahu meminda perlembagaan PBNS, aku fikir eloklah jawatan - jawatan selepas Presiden itu diisi oleh Orang Bola. Bukan Orang Politik dan Penjawat Awam seperti sekarang.

Sekarang ini, di bawah Tok Mat adalah SUK NS [ Timbalan Presiden ]. Naib - Naib Presidennya diisis oleh 3 Dato'. Dato' Razak Rahman, Dato' Haslah Amin dan Dato' Ismail Lasim.

Jawatan SU Kehormat pula disandang oleh Tok Halim. Dalamasa yang sama, Tok Halim turut memegang jawatan selaku YDP Majlis Perbandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai.

Di sinilah terdapatnya terlalu banyak ruang kosong di Medan Rahang. Akhirnya, segala keputusan dibuat membabitkan pasukan NS dibuat oleh seseorang yang bertaraf kakitangan PBNS bukannya oleh EXCO PBNS.

Elok sangatlah perubahan dibuat di peringkat kepimpinan PBNS sekiranya Tok Mat dah tak larat lagi. Serahkan kepimpinan kepada Orang Bola. Dan, swastakan pasukan NS sebagaimana dilakukan oleh TS Annuar Musa di Kelantan.

Aku tahu Tok Mat bukan sekadar tak larat kerana kesibukan tugas selaku MB dan Orang Politik. Tak larat beliau lebih berkaitan dengan faktor menanggung bajet PBNS tetapi hasilnya ciput.

Ketika berucap tadi, beliau mengakui selaku Presiden, beliau banyak menggunakan wang sendiri demi pasukan NS. Memang benar Tok Mat agak kaya. Tetapi, kalau asyik kena tarah, Gunung Angsi pun boleh rata.

Ada sesiapa berminat mahu gantikan Tok Mat? Sila angkat tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH