Jumlah Paparan Halaman

21.1.13

NS BETARIA SUDAH MENANG.....

Akhirnya, NS Betaria sebuah pasukan yang berpangkalan di Seremban, menjumpai nota kemenangan yang terlalu lama mereka tinggalkan.

Isnin 21 Januari setelah melalui empat perlawanan termasuk tiga kekalahan berturut - turut, barulah NS Betaria mampu meraih mata penuh.
Kemenangan NS Betaria itu sekali gus meninggalkan Perlis dan UiTM FC sebagai pasukan yang belum menang.

Jika Sabtu lalu pendahulu Liga Super, Pahang tewas buat pertama kali, hari ini giliran pendahulu Liga Premier, PDRM pula kehilangan mata penuh. PDRM masih bernasib baik kerana mampu seri.

Kekalahan dua pasukan tuan rumah, Sabah dan S.P.A Putrajaya pastinya menimbulkan tandatanya buat kedua - dua pasukan. Mungkin belum ada loceng kecemasan seperti di Medan Rahang. Namun, jika kalah lagi, pasti ada yang bakal kena terajang. Kita tunggu.

Liga Premier bakal berehat untuk Pusingan Pertama Piala FA dan juga perlawanan kelayakan Piala Asia 2015. Liga akan bersambung pada 15 Februari nanti.
Pertemuan dua pasukan yang belum kalah, Sarawak dan PDRM pastinya menarik. NS Betaria yang baru menang bakal menjadi tuan rumah kepada satu lagi pasukan belum kalah, Sime Darby. Tetapi, perlawanan paling sengit tentunya pertemuan dua mantan Juara Piala Malaysia, Kedah dan Perlis.

CUIT SIKIT:

Esok, Negeri Sembilan bakal berhadapan Kelantan di Kota Bharu. Dua - duanya tidak menang di dua perlawanan terakhir.

Cuma, Kelantan lebih baik. Biarpun tidak menang, mereka juga tidak kalah. NS sikit bawah. Sebabnya, bukan sahaja tidak menang, NS juga tidak seri. Kalah memanjang.

Aku fikir kemenangan NS Betaria tadi boleh memberikan motivasi tambahan buat NS. Sebagai pasukan pelawat yang belum menang, malam esok ada peluang untuk NS mencipta kejutan di Kota Bharu.

Itu pun bergantung penuh kepada keupayaan pemain serangan menjumpai gol lawan. Jika masih gagal, aku fikir eloklah DA dan sesiapa juga yang berkaitan terus dengan pasukan NS, berehat sambil memikirkan kerjaya baru dengan pasukan lain.

Mungkin PAWANG dan BOMOH yang mengikut pasukan NS ini tak serasi dengan pemain. Eloklah mereka ni berehat supaya pemain lebih yakin dengan diri sendiri dan tidak lagi terlalu bergantung kepada PAWANG dan BOMOH di luar padang.

Sebelum JANG mengHOBEN JANG, eloklah dibetulkan semua masalah di luar padang tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH