Jumlah Paparan Halaman

19.1.13

ALAHAI ANAK OMAK.....

19 Jan, NS masih kekal tidak menang. Mengharungi perlawanan ke empat Liga Super yang juga perlawanan ke dua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS bukan sahaja gagal mencipta kejayaan, malah kekal gagal menjaringkan gol di laman sendiri.

Lebih parah, Perak yang tidak pernah menang di Paroi sejak 2006, mencatat kejayaan dengan jaringan tunggal di masa tambahan.

Kekal di dasar liga, aku fikir skuad NS musim ini telah dijangkiti virus merbahaya. Virus buto gol dan buto monang.

Alahai Anak Omak. Apo masalah ekau ni?

Di Shah Alam, Tok Gajah akhirnya tewas di baham Gergasi Merah. Kelantan nampaknya masih teraba - raba. Skuad Bintang Tiga Dari Selatan pula masih terkial - kial untuk menyatukan pasukan.

Minggu ini menyaksikan kebangkitan PKNS dengan dua kemenangan. Dan, Terengganu juga mengekalkan status sebagai pasukan belum menang, menurut jejak NS.

Di Liga Premier, PDRM meneruskan penguasaan buat kali ke empat berturut - turut. Pasukan mana yang mampu menewaskan mereka, kita tunggu sahajalah.
Bagaimana pun, tahniah buat Perlis dan NS Betaria yang telah mengutip mata pertama mereka. Kejayaan berganda buat NS Betaria apabila berjaya menjaringkan gol pertama musim ini.

Isnin dan Selasa adalah perlawanan Liga Premier dan Liga Super terakhir bulan Januari, bagi memberikan laluan untuk Pusingan Pertama Piala FA [ 25 Januari ] dan juga persiapan pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari.
CUIT SIKIT:

25 Januari nanti, UiTM FC bakal melayan NS di Stadium UiTM, Shah Alam. Kedua - dua pasukan tercorot Liga Premier dan Liga Super ini bakal berentap di Pusingan Pertama Piala FA.
Kok yang ini pun tak lopeh, memang malanglah NS.

ALAHAI ANAK OMAK, bangkitlah! Hari Dah Potang ni.......................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH