Jumlah Paparan Halaman

8.1.13

RIMAU SELATAN DI PUKUL SUNAMO.....

8 Januari 2013 dan dua tiga hari seterusnya diramalkan negeri - negeri di sebelah Pantai Timur Semenanjung bakal dilanda ribut bernama SUNAMO. Ramalan sekarang ini bukanlah omong kosong kerana ia dibuat berasaskan teknologi satelit. Hampir tepat ramalan itu sebenarnya.

Namun, malam tadi, kesan SUNAMO bukan dialami oleh Kelantan, Terengganu atau Pahang. Yang dilanda Sunamo ialah DARUL TAKZIM FC atau Harimau Selatan. Di akhir perlawanan, PAHANG 3 DARUL TAKZIM FC 2.

Bukan satu keputusan yang sangat pelik. Biasalah jika pasukan tuan rumah menang. Namun, wajah muram Fandi Ahmad selaku Boss Rimau tu ketika ditemuramah oleh Astro Arena menjelaskan segala - galanya.

Nyata, bintang besar atau duit banyak bukan segala - galanya. Pahang ketinggalan dua gol apabila rehat separuh masa. Dollah Salleh membuat satu keputusan pelik dan amat memeranjatkan. Merehatkan dua pemain import dan memasukkan dua pemain tempatan.

Di separuh masa kedua, Pahang bermain dengan 11 orang pemain tempatan. Hasilnya, gandingan anak - anak Pahang dan pemain import tempatan ini bangkit dengan TIGA GOL.

Diperkuatkan bintang - bintang berkerdipan, Darul Takzim FC pastinya tersembam di bumi nyata malam tadi. Tapi, relakslah. Jangan cepat melatah. Jangan pula Ribut Sunamo merebak ke Johor Bahru selepas ini. Baru sekali kalah. Ada 21 perlawanan lagi untuk dilalui.

Lain - lain keputusan;
Negeri Sembilan tewas menerusi jaringan S.Kunanlan. Anak Selangor yang telah sekian lama beraksi untuk NS akhirnya menjadi duri dalam daging. Kuisannya memisahkan Selangor dan NS.

Di mata aku, NS tidak menguasai jentera tengah dengan berkesan. Itu sahaja bezanya dengan Selangor. Bab serangan, dua - dua tumpul. Mungkin masih di peringkat mencari gandingan yang sesuai. Kita bagilah peluang. Mungkin 11 Januari nanti, NS bangkit di Paroi.

9 Januari ada dua lagi perlawanan. Yang paling menarik pastinya di Paroi. Astro Arena bakal menyiarkan secara langsung perlawanan ATM dan Lions XII. Juara Liga Premier 2012 berhadapan dengan Naib Juara Liga Super 2012. Boleh juga dikatakan ulangan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012.
CUIT SIKIT:

Akhirnya, Isnin dan Selasa minggu ini menyaksikan 27 gol dijaringkan. 18 di Liga Premier dan 9 di Liga Super menerusi 10 perlawanan.
Jika ini berterusan, aku fikir ianya amat baik buat penonton. Keputusan bola sepak hanya ditentukan oleh GOL. Bukannya berapa ramai bintang di dalam satu - satu pasukan.

Keputusan bola sepak juga bukan dikira berdasarkan berapa jumlah baki kontrak yang perlu dibayar sekiranya ada pemain yang berpindah pasukan.

Jika tidak dikira, eloklah dirundingkan senyap - senyap. Tak perlulah heboh dan kecoh menerusi media elektronik, media cetak mahu pun media sosial.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH