Jumlah Paparan Halaman

10.1.13

BANGKITLAH JANG!.....

Jumaat 11 Januari dan Sabtu 12 Januari, adalah hari untuk semua 24 pasukan bangkit.

Bangkit bukan kerana kalah sahaja. Menang tetapi menerusi jaringan sendiri pihak lawan juga perlu bangkit. Supaya menang hasil usaha sendiri.

Yang menang tetapi bukan menerusi permainan terbaik juga perlu bangkit. Bangkit meneruskan kemenangan menerusi persembahan terpuji dan meyakinkan para penyokong.

Buat 10 pasukan yang menang terutamanya di laman sendiri, perlawanan kedua ini adalah ujian besar. Ujian menentukan konsistensi pasukan dan juga konsistensi pemain secara individu.

Cuma tiga daripada sepuluh pasukan itu yang menang di arena lawan. Jejak Kedah dan Sarawak dituruti Lions XII. Tujuh lagi pasukan menang di arena sendiri dan bakal mendapat cabaran hebat apabila bertandang ke arena lawan esok atau lusa.

Johor United, Sime Darby, Felda United dan Terengganu adalah empat pasukan yang tidak menang dan tidak juga kalah pada Isnin dan Selasa lalu.

Jumaat ini, keempat - empatnya bakal mendapat lawan yang hebat. Johor United bakal berhadapan NS Betaria di Melaka. Sime Darby bakal bertemu Sabah di Selayang. Terengganu berkunjung ke Paroi untuk berhadapan NS yang tewas di Shah Alam, Selasa lalu. Mungkin rekod seri NS dan Terengganu di Paroi bakal berterusan.

FELDA UNITED yang secara diam - diam mendapat khidmat Ghaddar bekas penyerang Kelantan itu bakal berhadapan Tok Gajah di Kelana Jaya. Menariknya, Selasa lalu, Felda United meraih satu mata di Kuala Terengganu di sebelah petang manakala Pahang bangkit mengamuk di Kuantan di sebelah malamnya. Di Kelana Jaya nanti, bolehkah Tok Gajah meneruskan nota kemenangan atau layu di hempap sawit, sama - sama kita nantikan.

Yang paling mustahak untuk bangkit adalah para pemain import dari luar negara yang bermain di posisi penyerang. Setakat ini, hanya Ghaddar yang berjaya menjaringkan gol. Lain - lain penyerang, masih buntu. Paling teruk, tentunya Marlon Alex James. Bola dua kaki dari pintu gol pun dia tak dapat skor.

De Porras yang menjadi striker harapan NS juga perlu bangkit. Dia ni kelihatan berat semasa perlawanan di Shah Alam tempohari.

CUIT SIKIT:

Negeri Sembilang lawang Owona. Mungkin itu ayat penyokong Ganu. Bukan hanya Owona selaku bekas pemain NS yang berada di Kuala Terengganu. Qhairul Anwar Roslani juga bersama Terengganu musim ini.

Faderin dan Nizam adalah rakan sepasukan di Felda United musim lalu. Apabila sudah berpisah, kedua - duanya cuba memperagakan aksi tomoi di padang. Mengarut betul budak - budak tu.

Semoga De Porras akan mempamerkan permainan menarik dan menjaringkan gol kerana anda dibayar gaji untuk berbuat demikian. Bukan dia seorang, tetapi semua pemain yang diturunkan nanti.

Bukan sekadar menang. Tetapi menang dengan aksi terbaik sebagai calon juara musim ini. Jika tidak, mana mungkin kita boleh meraih salah satu piala yang di pertandingkan.

Mungkin inilah wajah yang bakal beraksi di Paroi malam esok,
HOBEN JANG HOBEN! Menang dengan bergaya di perlawanan pertama di laman sendiri. Itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH