Harapan tinggi pastinya diletakkan oleh para PSNS kepada skuad ini. Maklum sahaja ianya serba baharu dengan sentuhan Portugal.
12 Januari menyaksikan Marlon Alex James muncul pemain pertama melakukan hattrick di Liga Super. Hari ini juga menyaksikan kekejaman bola sepak. Pasukan yang menguasai lebih 60 peratus perlawanan muncul sebagai pasukan kalah. Hari juga menyaksikan Kelantan tewas kepada T - Team.
Dan, hari ini juga menyaksikan setelah dua perlawanan, NS muncul sebagai satu - satunya pasukan yang belum menjaringkan gol. Satu pencapaian yang sangat " CEMERLANG " jika dibandingkan dengan musim lalu.
Untuk Divaldo Alves [ DA ], aku tunjukkan perbandingan dua perlawanan musim 2012 di bawah Azraai Khor dan dua perlawanan 2013 di bawah anda.
2012 menyaksikan NS menjaringkan empat gol dan memungut tiga mata di dua perlawanan pertama. Musim ini pula menyaksikan NS tampil lebih cemerlang, apabila hanya memungut satu mata tanpa sebarang jaringan. Satu permulaan yang baik oleh DA.
Komen DA selepas perlawanan dengan Terengganu amat membingungkan aku. DA kata, dia puas hati dengan persembahan NS. " NS telah bermain lebih baik berbanding perlawanan pertama," tambah DA.
Jika bermain tanpa ada sebarang gerakan berbahaya ke pintu gol lawan dikatakan bagus oleh DA, bagaimana pula permainan yang tidak bagus? Ada sesiapa nak jawab?
Carta Liga Super selepas dua perlawanan adalah seperti berikut;
Selepas dua perlawanan, tempat kedua [ dari bawah ] bukanlah posisi yang tepat untuk NS.
Jumaat lalu, NS amat bernasib baik kerana Hamsani Ahmad cukup cemerlang di pintu gol. Ianya ditambah pula dengan sikap agak sambil lewa Owona yang bermain untuk Terengganu itu.
Jika DA masih tidak faham carta di atas, aku paparkan pula analisa pasukan selepas dua perlawanan dalam bentuk warna pulak.
Buat DA, kalau pasukan lain banyak merah, biarlah. NS tidak boleh ada warna merah. Mesti hijau sahaja. Barulah champien.
Selasa 15 Januari ini adalah ujian ketiga buat semua pasukan. Aku ingin melihat NS bangkit daripada lamunan. Di Kuantan nanti, pasukan yang bakal ditemui adalah pendahulu liga dengan rekod 100% menang setakat ini. Bukan kecik anak tu.
Jadual perlawanan,
DAN, perlawanan paling panas bulan ini pastinya,
Aku amat teruja dengan perlawanan ini. Bagaimana agaknya respon orang Kelantan terhadap Mat Yo di Kota Bharu?
Maklum sahaja isu perpindahan Mat Yo telah menyebabkan pelbagai perang di laman sosial. Dengar khbarnya sudah sampai peringkat tak sopan apabila ada individu digelar anjing oleh seseorang yang turut terkait dengan perpindahan Mat Yo ini.
CUIT SIKIT:
Buat DA dan Jang, bangkit dan bangunlah segara. Hari dah tinggi. Takkan NS dan PKNS nak duduk di bawah sahaja.
Kalau terus berada di bawah, itu menempah maut namanya. STAR Paroi bakal kosong. Syarikat Hoben Jang Hoben Sdn. Bhd. yang menguruskan pasukan juga bakal kosong kantungnya.
Syarikat itu pastinya bergantung kepada jualan tiket. Tiket pun dah RM 10 di tempat terbuka. Bukan RM 8 seperti masa lalu. Jualan replika jersi dan pelbagai cenderahati lain juga menjadi harapan syarikat untuk kantungnya.
Tetapi, jika prestasi lemah macam NS Betaria, lu pikirlah sendiri. Siapa yang sanggup membayar untuk kekalahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan