Akhirnya, PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2013 menjadi milik ATM. Namun, itu hanyalah permulaan kepada satu pertarungan yang panjang bermula 8 Januari hingga 6 Julai.
Tiada apa yang menarik di sepanjang 90 minit pertarungan. Lebih nyata, masih ramai pemain belum mampu mempamerkan prestasi sebenar. Maklum sahaja, ini perlawanan pertama buat kedua - dua pasukan.
Pemain import baharu Kelantan, Keita Mandjou ternyata belum menemui sentuhan silamnya. Atau, beliau telah kehilangan sentuhan. Hanya masa yang dapat menentukan.
Di posisi lain, Kelantan beraksi dengan barisan musim lalu kecuali kemunculan Zairo Anuar Zailani dan Syazwan Yusuf.
Di kem ATM, kehilangan tiga pemain utama musim lalu bagaikan tidak terasa. Tempat Azmi Muslim di bek kiri, diisi dengan berkesan oleh Fitri Omar. Bekas penyerang yang pernah memenangi KASUT EMAS Liga Premier 2011 ketika bersama MP Muar ini ternyata tidak kekok di posisi berkenaan.
Gandingan Amiridzuan Taj dan Irwan Fadzli di bek tengah juga kukuh sepertimana gandingan Irwan dan Aidil Zafuan di musim lalu. Lebih ampuh apabila Shukor Adan juga bertindak selaku defensive midfielder dengan berkesan.
CUIT SIKIT:
Aksi sebenar buat kedua - dua pasukan pastinya akan terserlah pada Rabu nanti. Kelantan berhadapan PKNS di Kota Bharu manakala, ATM melayan Naib Juara Liga Super 2012, Lions XII di Paroi.
Jika kedua - duanya mampu menang, maka jelaslah Liga Super 2013 bakal menjanjikan pertarungan sengit kerana 10 pasukan lagi bukanlah lawan yang mudah.
Lawan paling sukar tentu DARUL TAKZIM FC yang menjadi pasukan paling kaya sekarang ini. Bukan kaya duit tetapi kaya bintang.
Setakat perlawanan tadi, bintang lama masih bersinar terutamanya DUA I yang telah menjaringkan gol itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan