Jumlah Paparan Halaman

15.1.13

267 MINIT TANPA GOL. MEMANG SEKSA.....

CUKUPLAH!

Mungkin itu sahaja perkataan atau ayat yang sesuai untuk NS. Usai tiga perlawanan, setakat ini, NS berada di posisi terbaik untuk kembali ke Liga Premier.

SUDAHLAH!

Mungkin itu juga bahasa yang paling molek. Sudah - sudahlah bermimpi Hero Kalah Dulu. Ini bukan cerita tamil.

INILAH!
Setelah gah dikhabarkan betapa NS tahun ini diurus secara profesional oleh HOBEN JANG HOBEN SDN. BHD., syarikat milik penuh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [ PBNS ], takkan ini pencapaiannya.

Setakat ini, NS dan NS Betaria berkongsi kedudukan terbawah di liga masing - masing. Bezanya, NS sudah ada satu mata, NS Betaria belum dapat mata. Lebihnya, NS sudah pandai nondang bola ke gol lawan. NS Betaria belum jumpo laie.

Minit ke 88, seorang budak pinjaman daripada skuad Piala Presiden menjaringkan gol pertama NS musim ini. Makno eh, 180 + 80 = 260. 260 + 7 = 267. Apo deh makno eh, pasukan profesional tetapi perlukan 267 minit permainan [ tidak termasuk masa kecederaan ] untuk menjaringkan gol yang pertama.

Itu pun dijaringkan oleh pemain nombor 26 yang tiada nama di belakang jersinya. Untuk makluman, pemain yang berstatus begitu adalah dipinjam daripada Skuad Piala Presiden [ Bawah 21 Tahun ].

Apa yang dibuat selama dua bulan menjalani persiapan hujung tahun lalu? Ekau tak belatih skor gol ko? Ekau belatih main hantaran pendek ko panjang?

CUIT SIKIT:

Sabtu ini, Azrai Khor bakal sampai ke Paroi bersama Kak Limah dan Rombongannya. Rekod selama ini membuktikan NS TIDAK PERNAH TEWAS KEPADA PERAK di PAROI.

Jika itu ukurannya, sebarang keputusan selain daripada kemenangan, bolehlah kita berkira - kira untuk menyokong pasukan yang bermain untuk menang seperti ATM. Lagi pun, STAR PAROI adalah gelanggang tuan rumah untuk ATM musim ini.

Ayat jangan hanya bersorak ketika menang dan mengutuk pasukan ketika kalah; ada benarnya. Tetapi, jika bermain seperti liga bola antara rumah SMK Labu, apa maknanya untuk disokong.

Penyokong datang ke stadium bukan percuma. Semuanya menggunakan duit sendiri. Jika pasukan tidak hormat dengan penyokong menerusi persembahan cam hampeh dipenuhi dengan aksi budak tadika, perlukah sokongan itu diteruskan?

Apo namo eh budak yang skor untuk NS tadi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH