Dua belas pasukan Liga Super, dua belas pasukan Liga Premier, lima pasukan Liga FAM dan satu pasukan jemputan dari Cambodia akan beradu strategi untuk memenangi pertandingan kalah mati ini. Sandarannya, JUARA layak beraksi di Piala AFC 2014.
Esok, 28 daripada 30 pasukan itu bakal turun di 14 arena berasingan. Menang ke pusingan kedua, kalah terpaksalah menunggu semusim lagi. Tiada peluang kedua.
Melalui proses undian terbuka, hanya Kelantan [ Juara 2012 ] dan Sime Darby [ Naib Juara 2012 ] tidak turun beradu esok. Dan, kerana keterbukaan undian itulah, ada tiga perlawanan berkelas berat [ heavyweight ] bakal berlangsung esok.
Enam pasukan daripada Liga Super bakal berentap sesama sendiri seawal pusingan pertama. Bagi aku, ianya adalah kerugian besar buat FAM dan pasukan terlibat.
Alangkah baiknya jika pihak OTAI di FAM itu lebih cermat mengatur undian. Alangkah bagusnya jika di pusingan awal ini, pasukan elit di Liga Super cuma berentap dengan pasukan di liga yang lebih bawah. Jika berlaku kejutan, itulah kemeriahan yang dicari dan bakal disebut untuk tempoh yang lama.
Tok Midin perlu lebih bijak di masa hadapan supaya tiada lagi Selangor lawan ATM di pusingan pertama. Jangan ingat Selangor boleh menang. Mungkin dia menyesal tu. Tapi malu nak cakap.
Dua pasukan dari Negeri Sembilan tidak ketinggalan menguji kekuatan dan strategi. Di atas kertas, UiTM FC bukanlah lawan hebat. Di posisi tercorot Liga Premier, tanpa sebarang kemenangan dan tanpa sebarang jaringan, UiTM FC bakal mencipta sejarah jika menang ke atas NS esok.
Namun, seandainya NS kalah, bagi aku itu bukan kerana UiTM pasukan handal. Ianya lebih menjurus kepada NS sendiri yang tidak lagi sehebat dahulu. Selepas menjuarai piala ini di musim 2010, NS tidak pernah melepasi pusingan pertama di musim 2011 dan 2012.
2011, NS kalah kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti di Paroi. Ekoran itu, Wan Jamak tersingkir daripada kerusi Ketua Jurulatih. 2012, sekali lagi NS kandas di Paroi. Johor FC menang 2-1. Nasib Azraai baik kerana tidak disingkirkan.
Bagi NS Betaria pula, pasukan ini sebenarnya tiada sebarang tekanan apabila turun di Alor Setar nanti. Mereka tiada sejarah hebat di Piala FA ini. Layak pertama kali musim lalu, NS Betaria menang 4-0 ke atas Melaka di Pusingan 1 dan ditunjukkan jalan keluar di pusingan 2 apabila kalah 0-2 kepada Lions XII di Singapura.
Kedah selaku tuan rumah pasti lebih tertekan kerana mereka adalah Naib Juara 2010 serta muncul empat pasukan terbaik musim lalu sebelum tewas menerusi kiraan gol tempat lawan kepada Kelantan.
CUIT SIKIT:
Samada keputusan esok memihak atau tidak kepada NS, eloklah YAB MBNS selaku Presiden PBNS lebih kerap berkunjung ke Medan Rahang. Buatlah program turun padang semasa latihan pasukan. Bukan apa. Cuma mengambil tahu sendiri itu adalah lebih baik berbanding mendapat tahu daripada pihak lain.
Mungkin pihak lain tu hanya bersikap Lebih Sudu Daripada Kuah. Mungkin juga cuma hebat Warm-Up tapi Main Cam Hampeh. Kita tidak boleh terlalu mempercayai orang di sekeliling biarpun dia adalah bekas pemain negeri.
Malu pulak ghaso ati bilo tebaco tajuk, MB AKUI SILAP PILIH..... Elok juga, jika pemain itu ditamatkan kontrak, pegawai PBNS yang mencadangkan pemain berkenaan dihukum sula. Duo - duo bungko.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan