ENAM pasukan NEGERI bakal berentap dengan ENAM pasukan KELAB. Pastinya panas kerana berlangsung di sebelah petang. Juga, bakal lengang kerana siapalah yang mahu membayar tiket untuk berjemur di stadium sehingga jam 6 petang.
Kenapa tidak bermain malam? Mana boleh bermain malam jika lampu stadium tidak cukup 1000 lux cahayanya. Kenapa mesti 1000 lux? Kurang tak boleh ke?
Bagi aku, standard pencahayaan stadium ini sebenarnya adalah sekitar 500 - 700 lux. Ianya sudah cukup terang dan tidak mengganggu sesiapa pun terutamanya pemain.
Dengan cahaya standard itu, belum pernah terjadi pemain gagal menyepak bola kerana tidak nampak. Yang biasa berlaku, pemain gagal menyepak bola kerana kaki mereka dan bola tidak sama timing.
Abih tu kenapa FAM tetapkan nak bermain malam, lampu stadium mesti 1000 lux?
Ini semua kerana tuntutan teknologi siaran tv dan fotografi. Di era HD, 3D dan sebagainya ini, puak - puak media elektronik dan media cetak ini bakal menggunakan kamera beresolusi dan berdefinasi tinggi.
Puak inilah yang memerlukan cahaya yang cukup terang bagi membolehkan mereka siaran mereka mencapai tahap HD dan 3D itu. Nasib baik tak perlu mencapai tahap 4D.
Langkah Stadium TLDM di Lumut menyediakan tahap pencahayaan berkuasa 1700 lux itu amat memeranjatkan. FAM telah mengeluarkan jadual perlawanan seperti di atas.
Apabila tersiar berita Stadium TLDM jauh melebihi had minima FAM, aku fikir, sebelum menyediakan jadual perlawanan, adalah puak - puak yang tidak membuat kerja. Sebab itu ditetapkan perlawanan di Stadium TLDM itu dimainkan di sebelah petang.
"Jamil, Jamil. Ku sangka dua, rupanya tigaaaaaaaaaaa" kata Zaharah Agos. Kerana percaya sangat kepada rekod lampau, FAM pun buat jadual tanpa terlebih dahulu melakukan pemeriksaan lampu stadium. Walhal, semuanya sudah berubah macam Cik Jamil di ofis besar tu jugak.
Tiga perlawanan bakal disiarkan secara langsung oleh stesen penaja. Kita tidak boleh berbuat apa - apa. Itu hak mereka untuk menyiarkan mana - mana perlawanan. Buat kita, kalau terasa perlu, kita tontonlah. Jika tidak, ABAIKAN SAJA.
CUIT SIKIT:
Aku tidak merasa pelik, mengapa FAM begitu bersungguh - bersungguh tentang cahaya stadium tetapi tidak begitu dengan kualiti padang.
Semua kerana mencontohi STADIUM SHAH ALAM. Di sana, pencahayaan memang mencapai standard. Mungkin juga melebihi. Tetapi, bab kualiti padang, STADIUM SHAH ALAM bertahap HAMPEH, laie PEMBONGAK. Kualiti rumputnya tidak berubah walaupun telah dibaiki awal tahun 2012 lalu.
Justru, kerana rumput di Shah Alam tidak baik, FAM tidaklah bising sangat pasal kualiti padang. Walhal, permaian berkualiti hanya muncul di padang yang cantik. Kok padang lokuk-lokak dengan rumput tercabut, mana boleh muncul permainan cantik.
Apa - apa pun, FAM tetaplah FAM. Bukan mahu mendengar nasihat orang lain. Sebagai pasukan, LAWAN tetaplah LAWAN. Sebagai penyokong, SOKONG tetaplah SOKONG.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan