Jumlah Paparan Halaman

9.1.13

BELUM PANAS.....

Di atas adalah Carta Liga Premier. Di bawah adalah Carta Liga Super.
Usai 12 perlawanan, 31 gol telah dijaringkan. Dengan purata 2.58 gol setiap perlawanan. Satu permulaan yang baik buat kesemua pasukan yang bertanding.

Belum panas. Mungkin itu yang boleh dikatakan kepada persembahan hampir keseluruhan pasukan. Maklum sahaja ini hanya perlawanan pertama.

Belum panas atau memang itu sahaja tahap persembahan, sama - sama kita tunggu menerusi perlawanan kedua.
Jumaat ini, pertarungan menarik pasti berlaku. ENAM NEGERI bakal berhadapan ENAM KELAB. Tentunya semua mata akan melihat kepada sejauh mana kehebatan ENAM NEGERI [ PERLIS, KEDAH, KUALA LUMPUR, JOHOR, SARAWAK dan SABAH ] bertarung dengan pasukan kelab.

Paradigma kaki bola Malaysia masih menjurus kepada Negeri mesti lebih hebat berbanding kelab. Negeri itu ABANG, kelab itu ADIK. Mana boleh Abang kalah kepada Adik. Akukan Abang!

CUIT SIKIT:

Aku fikir, selepas perlawanan kedua nanti, akan adalah pasukan yang mula panas kerana pelbagai faktor.

Faktor pertama tentunya PEMAIN IMPORT yang tak semonggah. Keduanya, faktor tektikal Jurulatih yang tidak betul. Dan, faktor ketiga, ada pemain yang sudah menjadi ejen judi.

Biasanya begitulah suasana bola di Malaysia. Yang salah adalah pihak lain. Kita sahaja di pihak yang betul. Itulah untungnya menjadi penyokong.

Pasukan kalah ke menang ke, penyokong tetap betul. Sebab itu King Gobal telah meminta penyokong tidak memberikan harapan tinggi kepada Harimau Malaya di Kelayakan Piala Asia nanti.

DASAR PEMBELIT. Dia juga yang cakap nak layak secara merit ke Australia 2012, Kini dia juga yang sudah hilang keyakinan.

Lantak kaulah Gobal. Layak ke tak layak ke, ada aku kisah. Kalau aku kisah pun, kau bukan mahu dengar pandangan orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH