Jumlah Paparan Halaman

14.1.13

PREVIU HARI KETIGA.....

Isnin dan Selasa adalah hari ketiga Liga Malaysia.

Isnin 14 Januari, akan berlangsung enam perlawanan Liga Premier,

Empat pasukan terbawah belum mendapat sebarang mata. Dua tercorot, belum menjaringkan gol.

Aku fikir, UiTM FC dan NS Betaria bakal menjadi belasahan sekali lagi. Sabah paastinya mahu menjadikan NS Betaria sebagai mangsa setelah kalah di Selayang, Jumaat lalu.

POS MALAYSIA pula bakal melakukan 'mati setem' kepada UiTM setelah kalah di Alor Setar. Perlis mungkin boleh mencari mata pertama apabila menjadi tuan rumah kepada Sime Darby. Johor United pula pastinya sia - sia jika gagal menewaskan Kuala Lumpur.

Perlawanan menarik pasti berlaku di Melaka. Baby Liga Premier, SPA Putrajaya bakal berhadapan dengan Sarawak. Kedua - duanya menang Jumaat lalu. Pendahulu liga PDRM bakal berhadapan KEDAH. Apabila dua pasukan yang belum kalah dan belum bolos bertemu, pastinya menjanjikan aksi sengit.

Untung kaki bola di Melaka. Ada dua perlawanan menarik petang Isnin. Pasukan Melakanya mana? HA! HA! HAH! Melaka bermain di Liga FAM [ Divisyen 3 ]. Liga FAM dijangka bermula Februari nanti.

Selasa 15 Januari pula, akan berlangsung enam perlawanan Liga Super.
Seperti berjanji, empat pasukan terbawah itu sama status dengan empat pasukan terbawah Liga Premier. BELUM MENANG. Bezanya, kecuali yang tercorot, tiga yang lain sudah mendapat mata.

NS dan NS Betaria seperti berpakat nampaknya. Main dua perlawanan, kasi orang skor. Kito takyah skor. Nanti lawan kocik ati pulak.

Selangor yang tewas di Singapura bakal berhadapan cabaran panas di Kuala Terengganu. Bukan apa - apa. Panas kerana bermain di sebelah petang. Dua pemain utama Selangor adalah bekas pemain Terengganu musim lalu. Forkey Doe bakal berhadapan rakan lamanya. Mampukah beliau menyengat? Sama - sama kita nantikan.

ATM dan T - Team yang menang pada Sabtu lalu juga menjanjikan pertarungan taktikal hebat di Paroi. Di Lumut, pertemuan dua pasukan kalah, Perak dan Felda United juga dijangka hebat. Dua - dua mahu menang buat memulihkan maruah yang tercalar.

Di Shah Alam, PKNS yang tewas kepada ATM Sabtu lalu, mungkin kalah lagi. Lawannya Lions XII amat sukar untuk ditembusi. Setakat ini, di mata aku, Lions XII adalah pasukan yang bermain secara bertahan dengan disiplin yang baik.

Samada di Singapura atau di luar, Lions XII mengamalkan corak bertahan. Biar lawan datang. Dan buat serangan mengejut. Dapat satu gol sudah cukup. Dan, itulah pencapaian mereka setakat ini. Menang di Paroi mengatasi ATM dna kemudiannya menang di Singapura, mengalahkan Selangor.

Di Kota Bharu, Kelantan yang kalah kepada T - Team, pastinya mahu bangkit. Namun, Darul Takzim FC bukanlah calang - calang pasukan. Tambahan pula ada sentimen peribadi membabitkan kedua - dua pasukan. Perlawanan ini pasti PANAS!.

Di Kuantan, rekod bersih Pahang setakat ini pastinya menjadi perhatian. Bukan oleh pasukan lawan, tetapi oleh penyokong mereka sendiri. Pastinya para penyokong Tok Gajah mahukan kemenangan di Kuantan nanti. Setakat dua perlawanan, aku lihat Pahang merupakan pasukan yang menang tetapi tidak mampu menjaringkan gol di separuh masa pertama. Kenapa ek? Hanya Dollah Salleh yang mampu menjawabnya.

Lawan Pahang juga bukan kocik anak. NS yang setakat ini memegang rekod sebagai pasukan tunggal yang belum menjaringkan gol, pastinya mahu menjadikan Pahang sebagai medan latihan menjaringkan gol.

Di atas adalah barisan kemungkinan yang bakal diturunkan oleh DA. Biarpun ada 25 orang pemain, pilihan buat DA sebenarnya amat terhad. Semuanya kerana masalah kecederaan.

Semasa di Shah Alam, sepuluh daripada pemain itu diturunkan dengan diketuai oleh Rashid Mahmud. Barisan di atas, diturunkan oleh DA semasa berdepan Terengganu di Paroi, Jumaat lalu. Norismaidham Ismail [ 8 ] turun menggantikan Rashid Mahmud.

Kita lihatlah nanti samada NS bakal bangkit atau terus hanyut. Di pelbagai wall penyokong NS, sudah timbul pelbagai komen tentang si Porras yang setakat ini tak menureh [ bahasa NS merujuk kepada kegagalan melaksanakan tugas ]. Ayat contoh, Ekau ni Jang boto la tak menureh. Lain den suruh, lain yang ekau buek.

Setakat ini siPorras seumpama itulah. Skil pun tiada. Assit pun tiada. Skor pun tidak. Sapolah yang ngambik budak ini gak eh?

CUIT SIKIT:

Aku setuju dengan kesukaran yang dihadapi apabila ramai pemain yang cedera. Tetapi yang aku tidak setuju ialah, apabila seseorang pemain itu diberikan kepercayaan untuk bermain, mereka tidak bermain dengan prestasi mereka yang sebenar.

Selain penjaga gol dan pertahanan, setakat dua perlawanan ini, hanya Eddy Helmi Manan sahaja di mata aku yang mempamerkan kesungguhan di setiap perlawanan. Shahurain dan Nazrin di sayap masih belum mempamerkan apa yang mereka ada.

Sepatutnya pemain sayap akan berlari membuka ruang di sebelah tepi. Membawa bola dan membuat hantaran tepat kepada rakan di kawasan penalti lawan. Dan, striker utama akan menjaringkan gol. Jika striker terlepas, ada attacking midfielder yang tampil membantu. Namun, itu belum muncul lagi.

Siva berjaya memainkan peranan sebagai defensive midfielder. Malangnya, tiada siapa pun setakat ini yang mampu memikul tugas sebagai attacking midfileder dengan berkesan.

NS bermain tanpa Jeneral Padang yang mampu menjolok bola cantik ke bahagian serangan. Itulah kelemahan yang sudah terserlah sejak musim lalu. Malangnya, ianya tidak diperbaiki di musim ini.

If u don't kill, u die. Itu kata Divaldo Alves usai perlawanan di Shah Alam 8 Januari lalu. Jika Selasa ini, Tok Gajah tidak mampu di "kill", aku fikir DA mungkin "die" di Hoben Penyokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH