Jumlah Paparan Halaman

30.11.10

OH FELDA KU: INI KEPALA BAPAK DIA, INI KEPALA BAPAK ENGKAU, kalau berani pijaklah…..

Ada yang terkejut BERUK, ada yang gembira, ada juga yang duka....

Semuanya kerana ANAK, maka, lahirlah “ seorang “ BAPAK…….
Berita dan komen berkenaan kelahiran BAPAK...
Dari Laman Rasmi FELDA: Bapak mesti mengajar Anak supaya lebih beradab       
23 Nov 2010 KELMARIN, tertubuhlah Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang ditugaskan khas untuk menjaga hal-ehwal Felda.
Tahniah diucapkan kepada Felda yang menjadi 'anak angkat' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dan juga syabas kepada Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) khususnya Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail kerana mewujudkan saluran yang terus dan telus untuk dimanfaatkan oleh warga Felda seluruh negara.
Diharapkan saluran ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyampaikan segala permasalahan dan aduan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan penyelesaian yang segera dan pantas.
Kewujudan Bapak adalah sangat penting bagi peneroka Felda dan generasi kedua, khususnya dalam menjalin hubungan yang lebih telus, tulus dan ikhlas dengan pihak kerajaan.
Vakum yang menjadi jurang komunikasi antara kedua-dua belah pihak selama ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu demi mencapai agenda tersendiri. Keadaan inilah yang memungkin tertubuhnya Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan).........Baca seterusnya di http://www.felda.net.my/
Seterusnya, muncullah pelbagai berita dan catatan berkaitan kelahiran BAPAK. Baca dan carilah. Yang dapat aku paparkan hanyalah sebahagian daripada ratusan Tajuk Berita dan Catatan Para Bloggers berkaitan kelahiran BAPAK, yang sempat aku kumpulkan; 
  1. Felda Menubuhkan BAPAK (Biro Aduan Peneroka Kebangsaan).pahangdaily.blogspot.com
  2. BAPAK BANTU FELDA ? gayapeneroka
  3. feldakumai.com/.../bapak-alternatif-baru-saluran-aduan-dan-pendapat-untuk-warga-felda
  4. BAPAK mudahkan peneroka FELDA salur aduan - www.bharian.com.my/
  5. Anak bawa 20 kes 1 Dis, cabar Bapak buktikan...www.themalaysianinsider.com
  6. BAPAK lawan ANAK - Isu Semasa - CARI Malay Forums - forum6.cari.com.my/
  7. BAPAK FELDA Sudah Mari Kasi Ajar Itu ANAK - bn.bonology.com/
  8. Bapak mesti mengajar Anak supaya lebih beradab www.utusan.com.my/
  9. Isu Felda kini boleh diadu pada BAPAK - www.malaysiakini.com/
  10. Bapak alternatif baru bela nasib warga Felda - www.sinarharian.com.my
  11. KEPALA BAPAK lahir selepas ANAK..... paschabau.net/
  12. mimpi-senja.blogspot.com/.../felda-anak-bawa-20-kes-jumpa-bapak-
  13. BAPAK lahir selepas ANAK bukti pengurusan FELDA lembap. www.detikdaily.net/
  14. Bapak bukti Anak berjaya « pemudasarawak.wordpress.com/
  15. Anak cabar Bapak buktikan kejujuran – www.negarakita.com/
  16. GEMPAR---BAPAK-Sembelih-ANAK- www.kitagempur.com
  17. 'Bapak' pro BN nak lawan 'ANAK' diterajui ... - mimpi-senja.blogspot.com/
  18. Isu Felda: Bapak Menjadi Saingan Kepada Anak ... - sedakasejahtera.blogspot.com
BAPA ATAU BAPAK ?
Carian aku di  laman DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA www.dbp.gov.my/ adalah seperti berikut:
maklumat tesaurus BAPA (kata nama)
1. Bersinonim dengan ayah: abah, papa, ayahanda, orang tua, baba, bapai, bapanda, bapang, rama, aya,
2. Bersinonim dengan pelopor: perintis, peneroka, pembuka jalan, perambah jalan, pengasas, pemuka, penganjur, pejuang, Kata Terbitan : berbapa, berbapakan, 
BAPAK bahasa pasar ( bp)kepda  bapa.
Edisi Empat: Tiada maklumat tesaurus untuk kata BAPAK
bahasa pasar ( bp) bermakna:
a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul;
b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin;
CUIT SIKIT
TINGGINYA BUDI, BAIK PULA BAHASA ORANG FELDA: Orang melayu yang ramai di Felda, samada sebagai peneroka, generasi peneroka ataupun petugas, pastinya akan bercakap dengan gaya melayu yang berbudi bahasa dan sopan.

Bila merujuk kepada bapa, orang melayu Felda akan menyebutnya dengan sebutan ayah dan abah. Anak – anak Felda memanggil bapanya dengan panggilan ayah atau abah. Dewasa ini, generasi kedua Felda yang bergelar bapa dipanggil dengan Da , Pa , Daddy dan Papa, selain ada yang terus menggekalkan panggilan ayah atau abah. Walaupun, cucu – cucu peneroka ( cicit juga ), memanggil bapa mereka sebagai Daddy atau Papa, mereka masih diajar bersopan santun dan berbudi bahasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.
APABILA MELAYU MARAH, MERAH TELINGA DAN MERAH PADAM MUKANYA: Orang melayu apabila marah akan merah telinganya, merah padam mukanya. Ketika marah, orang melayu akan menjadi kasar tingkah dan lakunya, akan menjadi celupar tutur dan bicaranya. Di waktu itu, hilang semua perkataan ayah, abah, daddy atau papa. Yang keluar dari mulutnya hanyalah perkataan BAPAK. Maka, timbullah perkataan – perkataan, Harta Bapak Engkau, Kepala Bapak Engkau dan lain – lain BAPAK lagi, termasuklah BAPAK AYAM. Tontonlah adegan bergaduh di tempat mencari kerja filem DO RE MI, apabila DO dan RE bertengkar, ada watak yang menjadi tukang laga dengan meletak dua helai kertas, satu di kaki DO, satu lagi di kaki RE sambil diiringi dengan perkataan INI KEPALA BAPAK DIA, INI KEPALA BAPAK ENGKAU, kalau berani pijaklah…..
ADAKAH BAPAK SATU MANIFESTASI KEMARAHAN DAN KEBENCIAN?: Hari ini, lahir Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK?), satu biro dibawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), sebagai wadah luahan aduan dan rasa tidak puas hati kepada Felda dan kerajaan secara lebih terhormat, ketika ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan), lebih vokal dan dilihat  mewakili pembangkang.  Aku tidak berniat untuk menyanggah kelahiran BAPAK, hanya kerana aku adalah Anak Peneroka, tetapi, berdasarkan kesopanan dan budi bahasa orang melayu yang diamalkan di Felda, aku fikir lebih elok dan molek sekiranya biro itu dinamakan BAPA (Biro Aduan Peneroka).

Jika di gandingkan dengan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), ianya akan berbunyi BAPA GWGF, bukannya BAPAK GWGF.  Lunak disebut, mesra didengar, sebabnya, BAPA adalah sebutan rasmi kepada ayah, sedangkan BAPAK adalah bahasa pasar, bahasa celupar , bahasa hangin satu badan dan juga bahasa kasar yang hanya akan disebut apabila, orang MELAYU sedang marah. Bagi aku, BAPAK, adalah manifestasi kepada sebuah keceluparan dan kebiadapan serta dendam kesumat. BAPAK hanya lunak dan sesuai jika kita berada di Indonesia.
ANTARA MARAH DAN WARAS: Biasanya, apa jua keputusan, pelaksanaan dan dapatan daripada keadaan MARAH itu, tidak tinggi mutunya, tidak sampai matlamatnya dan paling penting, tidak tercapai impiannya. Justeru, rasionalkan fikiran, WARASkan diri, dan fahamilah;  apabila gendang berbunyi, tidak semestinya, kita bangun menari, kecualilah kita sedang mabuk dan khayal.
Kerana rasional dan waraslah, kita memberikan gelaran kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, sebagai Bapa Pembangunan, bukannnya BAPAK Pembangunan.  FIKIRKANLAH…..

27.11.10

ANUGERAH LUBANG BELAKANG: KATA ORANG FELDA , ADA AKU KISAH…..

 
GAMBAR HIASAN TETAPI ADA KENA MENGENA......

Sebagaimana biasa, aku bagi sedikit kredit kepada penulis catatan yang menjadi ilham untuk laman ini.
Abd. Jalil Ali, orang lama di bidang media, tajam fikiran, cerdas akal dan tulisannya berbisa…pandangan peribadi aku.
( maaf bang , aku sunting tulisan ini sebagai memenuhi slogan RINGKAS : PADAT : TERASA )
ABD JALIL ALI: Penulis Buku ASAM GARAM GULA&KOPI
Berkata Abd. Jalil Ali pada hari ini
26 November 2010: Anugerah jamban mula tahun ini!-

Sebenarnya jamban bukan berita kecil, lebih-lebih lagi dalam kontak Malaysia sebagai negara yang serba-serbi maju, lagi semuanya canggih, berkelas dunia, dan tinggal beberapa tahun untuk tiba ke Wawasan 2020.

Walaupun sebagai tempat yang paling tidak disukai, dan dikunjungi hanya ketika terdesak, jamban – bahasa sopannya tandas – adalah salah satu indeks kepada kehidupan manusia. Tandas adalah cerminan diri kita. 

Sila jawab soalan ini: Apa ertinya jika semua tandas di rumah kita kotor? Atau, apa maknanya jika tandas di satu-satu tempat itu tidak sempurna, tersumbat, bocor, singkinya senget, kuning kehitaman berkulat, dan ‘aroma’nya luar biasa hebat hingga boleh membuat orang muntah?


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempat mengaudit 5,764 tandas awam di seluruh negara. Dulu orang hanya mengaudit akaun bank atau perbelanjaan, kini tempat mencangkung pun kena audit.

Hasil pengauditan yang dilakukan antara Mac hingga Jun itu adalah: 56.6 peratus tandas hanya layak menerima satu atau dua bintang, hanya 7 peratus yang boleh diberikan taraf lima bintang. Tidak dinyatakan manakah tandas lima bintang. Kalau saya menjadi juru audit tandas awam, di tempat rehat lebuh raya kita boleh dapat lima bintang – bersih, harum, dan percuma.

Hakikatnya ialah sesetengah tandas awam kita terlalu menjijikkan sehingga anda tidak jadi berurusan di situ dan terpaksa keluar meninggalkannya.
Antara yang disebut dalam berita kaki dua hari lalu ialah pihak kementerian akan memberi pengiktirafan bintang kepada tandas awam yang diaudit. Dan, untuk pertama kali tahun ini tandas awam paling bersih akan menerima anugerah dan hadiah dari RM1,000 hingga RM5,000.  Orang kita tidak habis-habis dengan anugerah, sehinggakan hendak berak dan kencing pun perlu ada anugerah! 
Catatan penuh di www.sinarharian.com.my/SH/kolumnis/

CUIT SIKIT:


FELDA ada program Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung Felda ( AKKF ). KATA ORANG FELDA , ADA AKU KISAH....


Aku tahu, bila usai membaca tulisan ini, lebih 50 peratus akan marah kat aku. 20 peratus, akan kata aku gila talak, 20 peratus lagi, akan kata habis manis sepah dibuang, sebab kutuk ORANG FELDA. Dan, 5 peratus akan berkata, tidak semuanya ORANG FELDA begitu.


Cuma 5 peratus sahaja akan berkata benar, memang banyak TANDAS dan kawasan awam di FELDA, mendukacitakan. Itupun jika anda membaca tulisan ini sebagai satu motivasi diri.


AKU KATA ORANG FELDA TAK KISAH. Tak percaya ? Anda bacalah tulisan ini seterusnya, dan pastinya anda bersetuju bahawa ORANG FELDA tidak pernah kisah tentang keceriaan, kebersihan dan juga persekitaran sihat dan mesra pengunjung.Hari ini, ORANG FELDA bertemu jodoh bukan hanya sesama ORANG FELDA. Hari ini, ada ORANG FELDA berbesan dengan orang luar negara. Ada ORANG FELDA bertemu jodoh dengan kerabat Diraja.  
Biasanya, setiap kali berlaku majlis perkahwinan di Felda, kawasan awam,  masjid dan balairaya akan menjadi tumpuan rombongan pengantin. Sesuaikah suasana dan tandas awam di tempat - tempat tersebut untuk menerima kunjungan orang luar ?  
Itu contoh mudah yang aku ambil tanpa mengambilkira pelbagai program dan aktiviti di rancangan yang melibatkan wakil rakyat, pegawai tertinggi Felda dan kerajaan, program pelajar IPT dan lain - lain lagi.


ORANG FELDA kata, ada aku kisah semua itu ? TAK PERCAYA ? Jika anda berada di rancangan FELDA, anda kunjungilah kawasan awam terutamanya TANDAS AWAM di rancangan berkenaan samada di masjid, surau, balairaya ataupun di kawasan awam.


Adakah wajah TANDAS AWAMnya begini ...
atau begini....
Kalau di luar dah begini, di dalam bagaimana pula ?


AKU KATA ORANG FELDA TAK KISAH sebab, selepas TIGA rancangan di JOHOR iaitu, FELDA SEMENCHU , FELDA ULU BELITONG dan FELDA KLEDANG memenangi hadiah utama AKKF, bernilai SATU JUTA RINGGIT ( tunai dan projek pembangunan ), banyak rancangan Felda, masih  tidak berubah wajahnya, terutamanya FELDA PURUN. Sebagai contoh ( mungkin serupa dan sama dengan rancangan lain ) , di Felda Purun, rumput di padang awamnya adalah separas pinggang, belum cukup tinggi lagi tu. Pusat perniagaannya ? Balairayanya ? Masjidnya? Suraunya? Datang dan nilailah sendiri....!!!!! 
Kalau yang SATU JUTA RINGGIT pun ORANG FELDA TAK KISAH, apalah nak dikejar sangat ANUGERAH JAMBAN @ ANUGERAH LUBANG BELAKANG yang bernilai dari RM1,000 hingga RM5,000 tu!!!!! 
Betul Tak ORANG FELDA PURUN dan FELDA - FELDA 1GLOBAL LAINNYA?????

24.11.10

KESIANNYA: KALI PERTAMA MELAKUKAN IBADAH KORBAN. ADAKAH BERLAKU JUGA DI RANCANGAN FELDA ?

Sebelum terus berbicara, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TOK PERAK yang menulis di Sinar Harian ( sinarharian.com.my ) pada 21 November 2010, kerana catatan beliau memberikan aku ilham untuk mencatat sesuatu di laman ini.

Sebagai makluman, TOK PERAK muncul setiap Ahad menerusi kolum KOPI PAHIT HUJUNG MINGGU...yang menjadi kegemaranku.
Catatan di atas adalah kisah duka dan gagal warganegara Malaysia MELAYU dan beragama ISLAM di bumi merdeka dan berdaulat bernama MALAYSIA. Duka dan gagal itu, berkait pula dengan duit dan muafakat.
Sebut pasal duit, aku teringat sebuah cerita lama berkenaan DUIT SERINGGIT dan rakannya DUIT LIMA PULUH RINGGIT bertemu di peti besi sebuah bank.
Bertanya DUIT SERINGGIT kepada rakannnya itu, kisah hidupnya sebelum berada di peti besi berkenaan. “ Sebelum aku sampai ke sini, aku selalu berada di pusat hiburan, di rumah urut, di kedai nombor, malah aku sempat juga dibawa masuk ke kasino” jawab DUIT LIMA PULUH RINGGIT dengan bangganya. “ Ada masa, aku juga berada di kelab golf” tambah DUIT LIMA PULUH RINGGIT.
Selepas puas bercerita tentang dirinya, DUIT LIMA PULUH RINGGIT bertanya pula kisah hidup DUIT SERINGGIT. “ Selepas aku dilahirkan, aku duduk di dalam peti seperti ini, tapi tak lama sebab aku diambil orang. Aku dibawa naik kereta warna pinang masak, ada pengawal jaga aku. Siap senapang lagi.
Sampai di satu tempat yang jauh daripada tempat aku diambil, aku diserahkan kepada seorang pemuda berambut keringting dan berbau cengkih. Senja tu, aku disumbat ke dalam tong di sebuah masjid. Sejak hari itu, tempat aku tak pernah berubah, dari tong di masjid ke tong di surau. Pusing – pusing antara masjid dan surau ajelah “ panjang lebar jawapan DUIT SERINGGIT.
CUIT SIKIT:
Warga kampung berkenaan aku sarankan supaya belajar menabung dan bermuafakat seperti penduduk Felda Palong Satu yang aku ceritakan dulu. Bacalah posting aku yang bertajuk FELDA PALONG SATU tu.

Sebagai umat Islam, ibadah korban itu sunat. Ianya menjadi wajib sekiranya kita bernazar untuk berkorban.  Untuk menjayakan korban, kita hanya perlu menabung dan bermuafakat.

Yang menjadi kemusykilan aku, selepas lebih 50 tahun merdeka, mengapa penduduk di kampong berkenaan, langsung tidak pernah melakukan ibadah korban, sehinggalah datang seorang bukan islam mendermakan seekor lembu untuk warga kampung berkenaan melakukan ibadah korban pada tahun ini, tahun 2010, selepas 53 TAHUN MERDEKA, hebatkan ??

Adakah kerana mereka terlalu miskin sehingga tidak langsung mempunyai lebihan pendapatan ?  Adakah, majlis ilmu dan dakwah dilaksanakan di masjid kampung berkenaan ? Atau, ilmu korban boleh dibuat secara berkongsi,  tidak pernah diajar dan dipelajari di kampung berkenaan? Atau kerana pemimpin kampung berkenaan gagal menjadi pemimpin untuk menyatupadukan masyarakatnya? Atau, pemimpin mereka hebat tetapi, mereka pula yang degil?

Aduhai Melayuku, takkan ilmu begitu pun tidak sampai ke kampong berkenaan ?
Oh MELAYUKU: Kisah duit tadi adalah kisah diri kita sebenarnya, senang berbelanja terutamanya ke jalan hiburan tetapi sukar untuk menderma. Dan yang paling teruk, sangat liat untuk menabung.

Sudahlah begitu, sukar pula untuk bermuafakat.
JANGAN TERJADI PULA KISAH YANG SAMA DI RANCANGAN FELDA.
NANTI SATU GLOBAL MENDAPAT MALU.
BERUBAH SEBELUM PADAH

22.11.10

OH FELDAKU: LAGU ULIK MAYANG DI KARNIVAL IKTIRAF ( IKATAN HATI WARGA FELDA )....

Karnival IKTIRAF, program yang di bawa khas oleh Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Pengisian program karnival adalah berbentuk:
1.            ilmiah,
2.            kerohanian,
3.            motivasi,
4.            keusahawanan,
5.            hiburan,
6.            program anak-angkat
7.            dan macam-macam lagi.
Setiap MBFM Wilayah diberi penghormatan untuk menganjur karnival di Wilayah masing-masing....Petikan daripada facebook.com/iktiraf2010

Contoh pelaksanaan:
Karnival Iktiraf  Wilayah Jengka 2010.
Sumber gambar: Mbf  Wilayah Jengka ( facebook.com ).
PENGISIAN AKTIVITI KARNIVAL IKTIRAF WILAYAH JENGKA 2010:


CUIT SIKIT:
YANG JELAS DAN NYATA..KARNIVAL ITU TIDAK LEBIH DAN TIDAK KURANG SEUMPAMA ‘ FUN FAIR ‘. DARIPADA 18 ACARA YANG TERTERA, BERAPA ACARA ILMIAH, BERAPA ACARA KEUSAHAWANAN DAN BERAPA PULA ACARA KEROHANIAN. YANG PASTI, HIBURAN DIPENTINGKAN : WARGA FELDA DILEKAKAN.
NATIJAHNYA: USAI PROGRAM, WARGA FELDA TETAP DAN MASIH SEPERTI DAHULU. YANG MENOREH TETAP MENOREH, YANG MENGAIT SAWIT TETAP MENGAIT SAWIT. TIDAK KURANG DAN TIDAK LEBIH SEUMPAMA LIRIK INI;
Ku tahu asal usulmu, Yang laut balik ke laut, Yang darat balik ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan...
Ulik mayang diulik, Ulik balik sedia kala ...ulik mayang versi ELLA.
SEWAJARNYA, MBFM MENJADIKAN KARNIVAL INI SEBAGAI;
WADAH MENEROKA PELUANG KEUSAHAWANAN DI RANCANGAN:
SEKADAR MENGADAKAN PAMERAN DAN JUALAN, IANYA TIDAK AKAN MEMBAWA AHLI MBFM KE MANA- MANA.  BAWALAH ANAK MUDA FELDA KE ARAH CINTAKAN PERNIAGAAN KERANA SEMBILAN DARIPADA SEPULUH REZEKI ITU, DATANGNYA DARIPADA PERNIAGAAN…sabda Rasullullah saw.
WADAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERMAIN FUTSAL:
DI SETIAP RANCANGAN FELDA ADA GELANGGANG FUTSAL, ADA PEMAIN FUTSAL TETAPI TIADA JURULATIH YANG BERTAULIAH. KARNIVAL IKTIRAF SEPATUTNYA TURUT DIISI DENGAN KURSUS KEJURULATIHAN FUTSAL. HASILNYA NANTI, FELDA AKAN MELAHIRKAN RAMAI PEMAIN FUTSAL YANG MENDAPAT ASAS FUTSAL YANG SEBENAR. INGATLAH, JIKA BERGURU HANYA DARIPADA BUKU DAN LAMAN WEB, ANDA TIDAK AKAN KE MANA – MANA.
WADAH MENERAP DAN MENYEMAI SKIL PEMANDUAN BERHEMAH / LAJU DAN SELAMAT:
MENDEDAHKAN ANAK MUDA FELDA KEPADA SUKAN MAHAL SEPERTI PAINTBALL DAN MOTORSHOW INI TIDAK AKAN MEMBERIKAN IMPAK DAN TIDAK DAPAT MENGURANGKAN ISU PELESIT REMPIT DI FELDA.  LEBIH MOLEK DAN SESUAI SEKIRANYA DIBAWAKAN TEKNIK MENUNGGANG DAN MEMANDU SECARA SELAMAT. DAN JANGAN LUPA, ADAKAN PAMERAN GAMBAR – GAMBAR KEMALANGAN TERNGERI, TERLOYA DAN SEGALA MCAM TER…
WADAH MUZIK SEBAGAI SUMBER EKONOMI:
PENGANJURAN BATTLE OF THE BAND, SATU MEDAN ILMIAH ATAU SEKADAR HIBURAN? KE MANA ARAH DAN HALATUJU PEMENANG PERTANDINGAN? BERPELUANGKAH MEREKA MERAKAMKAN ALBUM KOMERSIL SELEPAS KARNIVAL INI ?  DAN, ADAKAH PEMUZIK BERKENAAN DIDEDAHKAN DENGAN ILMU MUZIK YANG SEBENARNYA? DEDAHKAN MEREKA DENGAN PELUANG BELAJAR MUZIK SEBENAR DI AKADEMI SENI KEBANGSAAN DAN SEBAGAINYA. DESAK FELDA SUPAYA MEMBIAYAI  ( SEBAGAI PINJAMAN DAN WAJIB DIBAYAR SEMULA) PEMBELAJARAN MUZIK DAN BUNYI DI UKTLKW.
MENGIKTIRAF ATAU MENCARI PENGIKTIRAFAN ?
KARNIVAL INI SEPATUTNYA DIJADIKAN MEDAN DAN FORUM UNTUK MENINGKATKAN IMEJ WARGA FELDA DI MATA MASYARAKAT UMUM, SUPAYA MEREKA DIIKTIRAF SEBAGAI WARGANEGARA YANG MENYUMBANG DI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA, BUKAN SEBAGAI MEDAN PIHAK PENGANJUR MENCARI PENGIKTIRAFAN DARIPADA MASYARAKAT FELDA.
BERJAYAKAH KARNIVAL IKTIRAF ? SESUNGGUHNYA GAMBAR BUKANLAH PENIPU DAN PEMBOHONG SEPERTI KITA..LIHATLAH DUNIA..APA YANG TELAH BERLAKU..
HEBATKAH MBFM, BERJAYAKAH ANDA SEBAGAI PENGANJUR ?
RENUNG – RENUNGKAN ; TIMBANG – TIMBANGKAN :
 LAKSANAKAN MANA YANG BAIK..
BERUBAHLAH SEBELUM PADAH!!!!!

20.11.10

IKON FELDA PURUN: DI MANA ADA KERAMAIAN, DI SITU ADA ATAN..

 
Semua Warga Felda Purun Sayangkan Dia,,,,,,
Sumber ,FELDA-PURUN-united

Nota khas Penulis Laman.....
Komen – komen pengikut FELDA PURUN United berkenaan ATAN yang  dapat aku kumpulkan dan disediakan dalam bentuk rencana. Walaupun nama komentatur ( maafkan aku ) telah aku padamkan, ayat – ayat dan huruf – huruf mereka tidak satu pun aku buang. Rujukan lanjut tentunya di www.facebook.com/pages/Temerloh-Malaysia/FELDA-PURUN-united

Atan yang kita kenali….
Dia xpernah mengalah...dia xkenal erti putus asa...dia bersemangat waja...lagenda felda purun sepanjang zaman...W'pun begitu Atan jemaah paling setia ke Masjid... dari aku kecik sampai besor dia tetap ke Masjid. skrg aku tak tau sbb dh lama tak jumpa dia.
Sebut jer ATAN.....sume kenal..huhuhuhu . teringat masa di landa musim pera-pera jualan langsung kat dewan balairaya...pintu dah berkunci tetiba kena ketuk dengan kuat2 bertalu-talu dari luar..gedegang-gedegung..ingatkan sapa..buka2 tgk atan..dia pun nak joint pera-pera..he.he..
Tipula kalau warga felda purun xkenal pada jejaka bernama ATAN ni...
mase skolah dulu lepas abes skolah mmg akan singgah stal atan tepi pintu pagar...best wooo aiskrim asam masin!!! tapi skarang dah maju.aiskrim coca cola .
Die penah kejo bdk yg buli aku. aku pun x ingat bdk mane tp tahap bro la dr aku ms 2. sob....sob... apesal la korg letak muke die. rindu wooo nk blk prn.
Kerjaya menjual aiskrim selagi hayat di hujung nyawa. tak sangka atan begitu lama menjual ice-cream... moga2 dia sihat hingga akhir hayat.. go atan go!!! nx askerem asam masin stu..yg gebu pnye.. Ingat time balik sekolah, atan dah sedia dgn aiskrim kat gate sekolah, menggoda jiwa betul tgk aiskrim di tgh panas terik tu..semoga Atan sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat2 selalu. amin...
Satu peristiwa yg ku kira lucu tentang atan ..yg masih fresh dlm ingatan...ada sorang budak beli aiskrim satu...pastu bayo guna duit lima ploh sen sekeping...atan cuma pulangkan 10 sen je baki kat budak tu..budak tu merayu2 cam nak nangis minta atan pulangkan lik lg 30 sen..sambil cakap...aku bagi 50 sen tan..bukan 20 sen ...patut ko bg 40sen blk kat aku..sebab masa tu atan cuma di ajar transaksi ngan duit 10 sen dan 20 sen je masa tu..
CUIT SIKIT...
 
ATAN..pendengar setia Pahangfm
Sumber FELDA-PURUN-united
ATAN bukan "somebody", bukan juga pemimpin masyarakat tersohor dan dia juga bukan pentadbir rancangan.

Atan hanyalah seorang generasi kedua Felda ( GENERASI BARU ) yang tergolong sebagai Orang Kurang Upaya ( OKU ) kerana mengalami masalah pertuturan. Khabarnya, berlaku demikian kerana diserang demam panas ketika masih kecil.
Istimewanya insan bernama ATAN ini ialah, beliau tidak pernah menyusahkan sesiapa, pandai berdikari dan amat menggemari majlis - majlis keramaian di Felda Purun.

Tak kira ianya hanya satu jualan produk, jamuan hari raya, kenduri kahwin malah berlaku kematian pun, ATAN tetap akan hadir dan membantu setakat mana yang beliau mampu.
Segala - gala tentang ATAN telah tercatat menerusi komen - komen di atas kecuali satu iaitu..Ingatlah barang sape jarang nampak atan..maknanye jaranglah ke masjid...barang sape x pernah nampak atan maknanya korang x ke masjid la tue...hehehe... demikian komen pedas dan pedih  Ayahcik Nazrol Al-puruni .
ATAN disanjung  kerana iltizam dan komitmennya kepada masyarakat  yang tinggi.  Kalau ATAN BOLEH, kenapa tidak kita ????? Sementelahan pula, kita dibayar gaji dan disediakan segala macam kemudahan untuk memberikan  perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.
FIKIR -  FIKIRKAN..

17.11.10

BERSARA AWAL: SATU PILIHAN ATAU SATU SESALAN?

SELEPAS 40 HARI...aku bersara pilihan ( awal ), aku melalui satu keadaan yang sangat melegakan..migrain yang   selama ini, sering bersama aku, hilang begitu sahaja..walaupun saban malam aku tidur lewat kerana menulis di laman blog aku dan juga merapu di fb.
SELEPAS 40 HARI...aku berasa sangat gembira kerana, niat aku ingin menjadi aktivis masyarakat menerusi lensa SISI GELAP SEKITAR KITA sudah dapat aku mulakan menerusi laman aku, cerita aku, risiko aku;
CUIT SIKIT    RINGKAS : PADAT : TERASA.

Mungkin ianya tiada apa yang istimewa bagi orang lain tetapi bagi aku, aku bersyukur kerana pandangan sinis serta komen yang tajam masih lagi disukai ramai. Itulah sebenarnya amalan orang tua - tua kita dahulu. Kata mereka berkias. Jelingan mereka tajam. Sindiran mereka terasa. Kerana faktor itulah,kita hidup rukun dan damai di desa nan jauh daripada pembangunan.

Biarpun tanpa ditadbir oleh seorang insan yang digelar dan bergelar PENGURUS,  kita mampu berdikari dan membina keluarga sendiri dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Ahli keluraga kita dipuji segenap kampung kerana ketertiban mereka apabila berjumpa orang yang lebih tua. Anak kita dijadikan contoh dan teladan kerana tamat mengaji Quran lebih awal daripada mereka yang sebaya dengannya.

Kini, kepada masyarakat Felda khususnya, dengan segala macam prasarana yang ada, adakah kita sudah menghasilkan yang terbaik?

BERSARA AWAL: SATU PILIHAN ATAU SATU SESALAN?

Bagi aku,  TIADA SESALAN.  Ianya hanyalah SATU PILIHAN dan  PERMULAAN ke arah satu kehidupan yang lebih bebas, terbuka, mencabar  dan sebenarnya, lebih banyak peluang telah  menunggu anda, khususnya di bidang yang anda sukai dan anda sememangnya memiliki kemahiran untuk melakukannya. Kalau anda berminat untuk mengetahui apa yang aku ingin lakukan selepas ini, anda lihat dan bacalah di ruang PERKHIDMATAN KAMI.

Selepas aku bersara awal, ramai kakitangan Felda terutamanya yang bergelar Pengurus telah dan sedang secara serius memikirkan untuk bersara awal kerana tidak boleh bertahan lagi dengan bebanan tugas dan cabaran semasa. Ada yang telah memajukan borang permohonan, ada yang telah mengisi borang tersebut tetapi masih memikirkan " KALAU AKU BERSARA AWAL, APA YANG BOLEH AKU BUAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN ?".

Ada juga yang telah mengisi dan menandatangan borang berkenaan tetapi simpan dahulu di dalam laci. Bila sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung cabaran dan bebanan tugas, borang itu pasti  dihantar  ke Ibu Pejabat Felda.

Bagi aku, sekalung tahniah buat rakan - rakan yang telah memajukan borang permohonan ke Ibu Pejabat Felda. Kepada yang sedang berfikir untuk bersara awal, tetapi masih teragak -agak untuk menghantarnya, nasihat aku, sampai masanya anda akan bersara juga dan ketika itu, usia anda sudah pun 58 tahun. Ketika itu, apa yang anda boleh lakukan untuk untuk meneruskan kehidupan? Sekarang atau akan datang, anda tetap akan melalui proses persaraan. HANYA ..beranikah kita untuk berubah ?


CUIT SIKIT

Seorang teman yang telah bersara awal lebih dahulu daripada aku, menyatakan, dengan hanya satu aktiviti,  beliau pernah mendapat pendapatan RM 500.00 sehari selepas bersara awal, di dalam keadaan dia bersara awal tanpa memikirkan apa - apa  projek selepas bersara secara serius dan terancang. Baginya, bersara dahulu, kemudian fikirkan apa yang ingin dilakukan selepas bersara.

Semasa bertugas dahulu, untuk mendapatkan angka yang sama, beliau terpaksa bertugas selama seminggu dengan menghadiri segala macam mesyuarat, menyediakan segala bentuk laporan , melaksanakan aneka arahan dan melayani pelbagai karenah masyarakat rancangannya.

Kepada rakan - rakan yang ingin bersara awal, tetapi masih teragak - agak, BERUBAHLAH SEBELUM PADAH !!

16.11.10

KISAH ORANG JEMPOL

Sumber: SINAR HARIAN edisi MELAKA & NEGERI SEMBILAN 15 November | 08 Zulhijjah :: http://bit.ly/9iele2

JEMPOL – Seorang bapa yang asyik membeli nombor ekor dan ditemani anak kecil terkejut apabila premis terbabit diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin.

Dalam operasi bersepadu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar pekan Bahau dekat sini, seramai 18 orang Islam termasuk seorang wanita berjaya ditahan kerana didapati berada dalam premis perjudian.

Operasi yang bermula jam 2 petang itu juga membabitkan tujuh premis perjudian yang disyaki menjadi tumpuan ‘kaki ekor’ di daerah ini.
Penyelaras operasi, Mohd Zol Sidek berkata, semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30-an hingga 50-an itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan ditahan di Balai Polis Bahau untuk siasatan lanjut.

CUIT SIKIT:

Tahniah JHEAINS kerana operasi anda berjaya menangkap mereka yang berkenaan. Dalamasa yang sama, semasa operasi tersebut, pasti ada niat yang tidak kesampaian, pasti ada hajat yang tidak dapat dilampiaskan oleh kaki - kaki nombor pada hari berkenaan. Maklum sahaja, sebaik sampai ke premis menjual nombor tu, operasi sedang berjalan, terpaksalah mengubah arah dan haluan ke kedai kopi. Kita minum dulu. Bila operasi dah selesai, kita datang semula.

Sehingga kini, aku rasa kerap operasi dan serbuan ke premis menjual nombor di sekitar Bahau. Sudah ramai yang tertangkap dan telah didakwa. Hebatnya, terlihat ada , nampak ada dan sesungguhnya ada kerja yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencegah aktiviti perjudian di kalangan orang Islam di Bahau dan di Daerah Jempol. Natijahnya, kita hanya melakukan kerja berulang dan rutin iaitu; pantau, tangkap, dakwa dan hukum. Pelakunya mungkin insaf dan bertaubat selepas dihukum.  Yang lain tidak pula mengambil iktibar, premis judi terus dikunjungi.

Bagi aku, kerja menangkap dan mendakwa itu adalah kerja yang tidak perlu dijalankan oleh mana - mana pihak sekiranya, sistem pendidikan kita selama ini, menjurus kepada pembinaan modal insan yang berkualiti. Lantaran sistem pendidikan kita yang menjurus kepada pencarian sebanyak mungkin gred A, kita lupa kepada hakikat iaitu, setiap pelajar yang mendapat banyak A itu, belum tentu mempunyai moral yang juga bergred A . Apabila terlalu mengejar A, kita lupa bahawa selepas A itu, ada 25 lagi huruf yang juga perlu diambil perhatian.

Jika bahagian dakwah dan pendidikan JHEAINS telah melaksanakan program dakwah dan bina insan dengan cemerlang, mungkin penguatkuasa JHEAINS tidak perlu menyerbu ke Bahau dan terjumpa anak kecil itu.

RENUNGKANLAH...sejauhmana kita telah melaksanakan tugas dan amanah kita di dunia ini. BERUBAH SEBELUM PADAH.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH