Jumlah Paparan Halaman

29.1.13

TOK MAT MAHU BERHENTI.....

Sebentar tadi, YAB MB NS telah meluahkan rasa kecewanya terhadap pencapaian pasukan Liga Super NS 2013.

Ketika bercakap di DOR Sendayan, Tok Mat tanpa berselindung lagi telah menyatakan hasratnya mahu berhenti daripada menjadi Presiden PBNS. Semuanya adalah ekoran prestasi lemah NS ketika ini.

Beliau juga  menyatakan, dengan bayaran gaji mencecah USD 10 Ribu sebulan, tidak sepatutnya pemain impot hanya mampu menyepak bola dengan keting, dan gagal menyudahkan peluang satu sama satu di hadapan gol lawan.

Lebih daripada itu, beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap beberapa pemain tempatan yang gagal menyerlah biarpun mendapat gaji belasan ribu ringgit sebulan.

CUIT SIKIT:

Ketika berbual dengan rakan lama [ wartawan media cetak ], aku dimaklumkan Tok Mat telah bercakap berkenaan hal itu [ meletak jawatan ] sejak lama dahulu. Maknanya bukanlah isu yang baru muncul hari ini.

Namun, hasrat Tok Mat tidak mungkin dapat direalisasikan kerana kekangan Perlembagaan PBNS. Perlembagaan PBNS menetapkan Presidennya mestilah YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.

Jika benar Tok Mat mahu berhenti, beliau mestilah mengusahakan supaya Perlembagaan PBNS dipinda terlebih dahulu. Pindaan supaya tidak lagi MBNS diPAKSA untuk RELA menjadi Presiden PBNS.

Keduanya, jika tidak mahu meminda perlembagaan PBNS, aku fikir eloklah jawatan - jawatan selepas Presiden itu diisi oleh Orang Bola. Bukan Orang Politik dan Penjawat Awam seperti sekarang.

Sekarang ini, di bawah Tok Mat adalah SUK NS [ Timbalan Presiden ]. Naib - Naib Presidennya diisis oleh 3 Dato'. Dato' Razak Rahman, Dato' Haslah Amin dan Dato' Ismail Lasim.

Jawatan SU Kehormat pula disandang oleh Tok Halim. Dalamasa yang sama, Tok Halim turut memegang jawatan selaku YDP Majlis Perbandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai.

Di sinilah terdapatnya terlalu banyak ruang kosong di Medan Rahang. Akhirnya, segala keputusan dibuat membabitkan pasukan NS dibuat oleh seseorang yang bertaraf kakitangan PBNS bukannya oleh EXCO PBNS.

Elok sangatlah perubahan dibuat di peringkat kepimpinan PBNS sekiranya Tok Mat dah tak larat lagi. Serahkan kepimpinan kepada Orang Bola. Dan, swastakan pasukan NS sebagaimana dilakukan oleh TS Annuar Musa di Kelantan.

Aku tahu Tok Mat bukan sekadar tak larat kerana kesibukan tugas selaku MB dan Orang Politik. Tak larat beliau lebih berkaitan dengan faktor menanggung bajet PBNS tetapi hasilnya ciput.

Ketika berucap tadi, beliau mengakui selaku Presiden, beliau banyak menggunakan wang sendiri demi pasukan NS. Memang benar Tok Mat agak kaya. Tetapi, kalau asyik kena tarah, Gunung Angsi pun boleh rata.

Ada sesiapa berminat mahu gantikan Tok Mat? Sila angkat tangan.

27.1.13

LALUAN BERLIKU DI PIALA FA.....

Tamat 14 perlawanan pusingan pertama, 14 pasukan telah ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing - masing.

Pusingan kedua bakal berlangsung pada 26 Februari nanti. Jadualnya seperti di bawah.
 

Negeri Sembilan yang terpaksa bertarung dua hari layak ke pusingan kedua.

Menanti adalah satu lagi pasukan Liga Premier. Bukan satu lawan mudah. POS Malaysia setakat ini sudah menjaringkan 10 gol. Lima di Liga Premier dan lima lagi di Piala FA.

Rekod jaringan lawan yang bakal ditemui di Selayang nanti ternyata lebih baik berbanding cuma 3 gol oleh NS. Satu di Liga Super dan dua di Piala FA. Pasti bukan mudah buat NS. Silap percaturan, NS bakal "mati setem" di Selayang.

Sekiranya NS menang di pusingan kedua, lawan menanti di Suku Akhir adalah Pulau Pinang atau Terengganu.

Pulau Pinang mengejutkan PDRM yang berbangga belum tewas di Liga Premier. Terengganu pula menewaskan pasukan kakitangan kerajaan, S.P.A Putrajaya.

Apa - apa pun, tahniah buat NS khususnya De Porras yang telah menyumbang dua gol di Stadium UiTM, Shah Alam pada Sabtu.

CUIT SIKIT:

Nampaknya NS sudah menamatkan badi pusingan pertama. Namun, laluan tetap berliku biarpun ada peluang untuk layak sekurang - kurangnya ke Separuh Akhir.

Setidak - tidaknya, adalah sedikit coretan riang di mana - mana wall Penyokong NS di hujung Januari ini.

Liga Super bakal disambung semula pada 15 & 16 Februari nanti. NS akan menjadi tuan rumah kepada rakn searena iaitu, ATM pada 16 Februari.

Dengan tersingkirnya ATM di Piala FA, aku kiranya Sathia pasti akan mengerah anak - anak buanya untuk berhabis - habisan di Liga Super.

Mungkin inilah gambaran yang paling tepat untuk pertemuan itu nanti.
HOBEN JANG HOBEN!

24.1.13

NS & PUSINGAN 1 PIALA FA.....

Dua belas pasukan Liga Super, dua belas pasukan Liga Premier, lima pasukan Liga FAM dan satu pasukan jemputan dari Cambodia akan beradu strategi untuk memenangi pertandingan kalah mati ini. Sandarannya, JUARA layak beraksi di Piala AFC 2014.

Esok, 28 daripada 30 pasukan itu bakal turun di 14 arena berasingan. Menang ke pusingan kedua, kalah terpaksalah menunggu semusim lagi. Tiada peluang kedua.
Melalui proses undian terbuka, hanya Kelantan [ Juara 2012 ] dan Sime Darby [ Naib Juara 2012 ] tidak turun beradu esok. Dan, kerana keterbukaan undian itulah, ada tiga perlawanan berkelas berat [ heavyweight ] bakal berlangsung esok.

Enam pasukan daripada Liga Super bakal berentap sesama sendiri seawal pusingan pertama. Bagi aku, ianya adalah kerugian besar buat FAM dan pasukan terlibat. 

Alangkah baiknya jika pihak OTAI di FAM itu lebih cermat mengatur undian. Alangkah bagusnya jika di pusingan awal ini, pasukan elit di Liga Super cuma berentap dengan pasukan di liga yang lebih bawah. Jika berlaku kejutan, itulah kemeriahan yang dicari dan bakal disebut untuk tempoh yang lama.

Tok Midin perlu lebih bijak di masa hadapan supaya tiada lagi Selangor lawan ATM di pusingan pertama. Jangan ingat Selangor boleh menang. Mungkin dia menyesal tu. Tapi malu nak cakap.
Dua pasukan dari Negeri Sembilan tidak ketinggalan menguji kekuatan dan strategi. Di atas kertas, UiTM FC bukanlah lawan hebat. Di posisi tercorot Liga Premier, tanpa sebarang kemenangan dan tanpa sebarang jaringan, UiTM FC bakal mencipta sejarah jika menang ke atas NS esok.

Namun, seandainya NS kalah, bagi aku itu bukan kerana UiTM pasukan handal. Ianya lebih menjurus kepada NS sendiri yang tidak lagi sehebat dahulu. Selepas menjuarai piala ini di musim 2010, NS tidak pernah melepasi pusingan pertama di musim 2011 dan 2012.

2011, NS kalah kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti di Paroi. Ekoran itu, Wan Jamak tersingkir daripada kerusi Ketua Jurulatih. 2012, sekali lagi NS kandas di Paroi. Johor FC menang 2-1. Nasib Azraai baik kerana tidak disingkirkan.
Bagi NS Betaria pula, pasukan ini sebenarnya tiada sebarang tekanan apabila turun di Alor Setar nanti. Mereka tiada sejarah hebat di Piala FA ini. Layak pertama kali musim lalu, NS Betaria menang 4-0 ke atas Melaka di Pusingan 1 dan ditunjukkan jalan keluar di pusingan 2 apabila kalah 0-2 kepada Lions XII di Singapura.

Kedah selaku tuan rumah pasti lebih tertekan kerana mereka adalah Naib Juara 2010 serta muncul empat pasukan terbaik musim lalu sebelum tewas menerusi kiraan gol tempat lawan kepada Kelantan.

CUIT SIKIT:

Samada keputusan esok memihak atau tidak kepada NS, eloklah YAB MBNS selaku Presiden PBNS lebih kerap berkunjung ke Medan Rahang. Buatlah program turun padang semasa latihan pasukan. Bukan apa. Cuma mengambil tahu sendiri itu adalah lebih baik berbanding mendapat tahu daripada pihak lain.

Mungkin pihak lain tu hanya bersikap Lebih Sudu Daripada Kuah. Mungkin juga cuma hebat Warm-Up tapi Main Cam Hampeh. Kita tidak boleh terlalu mempercayai orang di sekeliling biarpun dia adalah bekas pemain negeri.

Malu pulak ghaso ati bilo tebaco tajuk, MB AKUI SILAP PILIH..... Elok juga, jika pemain itu ditamatkan kontrak, pegawai PBNS yang mencadangkan pemain berkenaan dihukum sula. Duo - duo bungko.

23.1.13

ANALISA NS SELEPAS 5 PERLAWANAN.....

Usai lima perlawanan Liga Super 2013. Liga berehat sehingga 15 Februari. Semuanya bagi laluan kepada Pusingan 1 Piala FA, Kelayakan Piala Asia 2015 dan juga sambutan Tahun Baharu Cina.

Sedikit kelegaan pastinya terpancar di setiap pasukan. Ini adalah masa untuk membaikpulih pasukan. Ini juga masa untuk memotivasikan pasukan. Dan, ini juga masa untuk membersihkan sampah sarap dalam pasukan.

Bagi NS, lima perlawanan 2013 pastinya mahu dilupakan segera. Mulai Februari, kita buka buka baharu. Buku yang lebih bagus dan, bukannya buku tebu.

Persamaan jadual 2013 dan 2013 adalah LIMA PERLAWANAN diadakan di bulan Januari sebelum liga berehat.

2012 ternyata lebih baik. Semuanya kerana keberkesanan Owona dan Shakir Ali selaku penjaring gol, 
 Secara terperinci, di bawah adalah rekod lima perlawanan 2013.
Satu gol yang dijaringkan itu datangnya daripada pemain Piala Presiden [ -21 ]. Bukan dijaringkan oleh pemain yang bergaji puluhan ribu.

Carta Liga Super 2012 dan 2013 selepas lima perlawanan menunjukkan;
Sejarah membuktikan dua pasukan terbawah di akhir musim lalu berada di posisi berkenaan sebaik sahaja lima perlawanan bulan Januari berakhir.

Jika sejarah itu berulang, ngeri pulak rasanya. Dua pasukan di posis terbawah itu bakal berada di Liga Premier 2014 secara automatik. Tanpa ada lagi 'play-off'.

Jelas. Semua fakta tidak menggambarkan NS adalah lebih baik di tangan Jurulatih Impot berbanding di tangan Azraai Khor pada 2012.

TUMPULnya jentera serangan NS menyaksikan tiada kemenangan dicatatkan. Sesuatu yang agak positif ialah, kadar BOLOS lebih baik pada 2013 berbanding 2012. Soalannya, bolehkah pasukan berada di posisi yang lebih baik jika tiada sebarang kemenangan dilakarkan? Jawapannya TENTU TIDAK.

Dan, aku fikir PBNS mengambil DA selaku Ketua Jurulatih bertujuan untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Bukannya sekadar memperbaiki kadar bolos.

Seperti biasa, adalah seseorang di Medan Rahang menjadi BUDAK HITAM. Telah banyak diperkatakan di pelbagai wall berkaitan bola sepak NS, budak tu kembali mengganggu pasukan. Betul ke? Aku tak dapat jawab sebab aku tidak berada berhampiran dengan Medan Rahang.

Cuma, amat malanglah jika ianya benar. Cerita budak hitam ni bukanlah cerita baharu. Ianya adalah cerita lama yang saban tahun diulang tayang. Bukannya menarik pun. Loyo adolah. Tak berubah perangai ko yo!

Aku pasti Wan Jamak dan Azraai Khor lebih tahu cerita sebenarnya. Nasib ko lah DA.

CUIT SIKIT:

Di atas adalah analisa terperinci pencapaian NS di setiap perlawanan sepanjang Januari 2013.

Buat sesiapa yang mengganggu pasukan NS, eloklah bertaubat. Gangguan anda bukan menambahbaik. Menambahpunah adalah.

Jika ini tidak mampu mengubah hati dan perasaan anda, LU MEMANG BANGANG BRO!

JANG BANGKIT.....

Di Kota Bharu, sejak zaman kepimpinan TSAM, NS tidak pernah mencatat keputusan seri. Menang dua kali. Yang lainnya KALAH. Klik ikon PSNS di blog ini, dan anda akan jumpa catatan H2H Kelantan dan NS di Kota Bharu sejak 2009.

2013 adalah tahun bertuah kerana NS keluar dari SSMK IV dengan 1 MATA. Cukuplah buat bekal menghadapi UiTM FC di Pusingan Pertama Piala FA pada 25 Januari nanti.

Namun, ada persoalan sikit. Jang yang bangkit atau Kelantan yang sudah mula pudar? Mana tahu, apa yang terjadi sebenarnya dibantu oleh ketumpulan jentera serangan Kelantan.

Sejak memulakan musim tanpa Mat Yo dan Mat Dar, Kelantan nampaknya ada masalah besar di bahagian serangan. Sama seperti Terengganu tanpa Forkey Doe. Seumpama NS tanpa Owona.

Apa yang berlaku setakat lima perlawanan sepanjang Januari ini, ramai pemain impot yang bermain sebagai penyerang, GAGAL melaksanakan tugasnya. Sebab itu Fauzi Roslan yang muncul sebagai penjaring terbanyak setakat ini. Bukan Doe, bukan Keita. Tidak juga Owona atau Porras. Kata anak aku yang berumur 10 tahun tu, Porras ni patut dipanggil dengan nama PORRAH atau PIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIRAH!.

CUIT SIKIT:

Melihat kepada kegagalan ramai pemain impot melaksanakan tugasnya, aku fikir Team Penilai setiap pasukan ini turut gagal menjalankan kerjanya.

Manakan tidak, pemain yang dipilih itu akhirnya hanya setaraf dengan BUKU TEBU. Nak di mesin tak boleh. Nak buat rujukan, tiada isi. Nak bawak bertumbuk, lembut. Akhirnya terpaksalah dibuang. Walhal, buku tebu itu dibeli bersama batang tebu yang dimesin tu.

Akhirulkalam, siapa yang sebenarnya BUKU TEBU? Pemain Impot? Panel Penilai? Panel Kejurulatihan? Individu Berkuasa Dalam Persatuan? Atau, PERSATUAN / KELAB yang mengambil pemain impot hanya sekadar memenuhkan kouta sedangkan kantung mereka ciput.

Lain kali kalau nak beli buku, belilah BUKU LIMA. Barulah tajam dan boleh membantu ketika bertumbuk.

21.1.13

NS BETARIA SUDAH MENANG.....

Akhirnya, NS Betaria sebuah pasukan yang berpangkalan di Seremban, menjumpai nota kemenangan yang terlalu lama mereka tinggalkan.

Isnin 21 Januari setelah melalui empat perlawanan termasuk tiga kekalahan berturut - turut, barulah NS Betaria mampu meraih mata penuh.
Kemenangan NS Betaria itu sekali gus meninggalkan Perlis dan UiTM FC sebagai pasukan yang belum menang.

Jika Sabtu lalu pendahulu Liga Super, Pahang tewas buat pertama kali, hari ini giliran pendahulu Liga Premier, PDRM pula kehilangan mata penuh. PDRM masih bernasib baik kerana mampu seri.

Kekalahan dua pasukan tuan rumah, Sabah dan S.P.A Putrajaya pastinya menimbulkan tandatanya buat kedua - dua pasukan. Mungkin belum ada loceng kecemasan seperti di Medan Rahang. Namun, jika kalah lagi, pasti ada yang bakal kena terajang. Kita tunggu.

Liga Premier bakal berehat untuk Pusingan Pertama Piala FA dan juga perlawanan kelayakan Piala Asia 2015. Liga akan bersambung pada 15 Februari nanti.
Pertemuan dua pasukan yang belum kalah, Sarawak dan PDRM pastinya menarik. NS Betaria yang baru menang bakal menjadi tuan rumah kepada satu lagi pasukan belum kalah, Sime Darby. Tetapi, perlawanan paling sengit tentunya pertemuan dua mantan Juara Piala Malaysia, Kedah dan Perlis.

CUIT SIKIT:

Esok, Negeri Sembilan bakal berhadapan Kelantan di Kota Bharu. Dua - duanya tidak menang di dua perlawanan terakhir.

Cuma, Kelantan lebih baik. Biarpun tidak menang, mereka juga tidak kalah. NS sikit bawah. Sebabnya, bukan sahaja tidak menang, NS juga tidak seri. Kalah memanjang.

Aku fikir kemenangan NS Betaria tadi boleh memberikan motivasi tambahan buat NS. Sebagai pasukan pelawat yang belum menang, malam esok ada peluang untuk NS mencipta kejutan di Kota Bharu.

Itu pun bergantung penuh kepada keupayaan pemain serangan menjumpai gol lawan. Jika masih gagal, aku fikir eloklah DA dan sesiapa juga yang berkaitan terus dengan pasukan NS, berehat sambil memikirkan kerjaya baru dengan pasukan lain.

Mungkin PAWANG dan BOMOH yang mengikut pasukan NS ini tak serasi dengan pemain. Eloklah mereka ni berehat supaya pemain lebih yakin dengan diri sendiri dan tidak lagi terlalu bergantung kepada PAWANG dan BOMOH di luar padang.

Sebelum JANG mengHOBEN JANG, eloklah dibetulkan semua masalah di luar padang tu.

19.1.13

ALAHAI ANAK OMAK.....

19 Jan, NS masih kekal tidak menang. Mengharungi perlawanan ke empat Liga Super yang juga perlawanan ke dua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS bukan sahaja gagal mencipta kejayaan, malah kekal gagal menjaringkan gol di laman sendiri.

Lebih parah, Perak yang tidak pernah menang di Paroi sejak 2006, mencatat kejayaan dengan jaringan tunggal di masa tambahan.

Kekal di dasar liga, aku fikir skuad NS musim ini telah dijangkiti virus merbahaya. Virus buto gol dan buto monang.

Alahai Anak Omak. Apo masalah ekau ni?

Di Shah Alam, Tok Gajah akhirnya tewas di baham Gergasi Merah. Kelantan nampaknya masih teraba - raba. Skuad Bintang Tiga Dari Selatan pula masih terkial - kial untuk menyatukan pasukan.

Minggu ini menyaksikan kebangkitan PKNS dengan dua kemenangan. Dan, Terengganu juga mengekalkan status sebagai pasukan belum menang, menurut jejak NS.

Di Liga Premier, PDRM meneruskan penguasaan buat kali ke empat berturut - turut. Pasukan mana yang mampu menewaskan mereka, kita tunggu sahajalah.
Bagaimana pun, tahniah buat Perlis dan NS Betaria yang telah mengutip mata pertama mereka. Kejayaan berganda buat NS Betaria apabila berjaya menjaringkan gol pertama musim ini.

Isnin dan Selasa adalah perlawanan Liga Premier dan Liga Super terakhir bulan Januari, bagi memberikan laluan untuk Pusingan Pertama Piala FA [ 25 Januari ] dan juga persiapan pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari.
CUIT SIKIT:

25 Januari nanti, UiTM FC bakal melayan NS di Stadium UiTM, Shah Alam. Kedua - dua pasukan tercorot Liga Premier dan Liga Super ini bakal berentap di Pusingan Pertama Piala FA.
Kok yang ini pun tak lopeh, memang malanglah NS.

ALAHAI ANAK OMAK, bangkitlah! Hari Dah Potang ni.......................................

15.1.13

267 MINIT TANPA GOL. MEMANG SEKSA.....

CUKUPLAH!

Mungkin itu sahaja perkataan atau ayat yang sesuai untuk NS. Usai tiga perlawanan, setakat ini, NS berada di posisi terbaik untuk kembali ke Liga Premier.

SUDAHLAH!

Mungkin itu juga bahasa yang paling molek. Sudah - sudahlah bermimpi Hero Kalah Dulu. Ini bukan cerita tamil.

INILAH!
Setelah gah dikhabarkan betapa NS tahun ini diurus secara profesional oleh HOBEN JANG HOBEN SDN. BHD., syarikat milik penuh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [ PBNS ], takkan ini pencapaiannya.

Setakat ini, NS dan NS Betaria berkongsi kedudukan terbawah di liga masing - masing. Bezanya, NS sudah ada satu mata, NS Betaria belum dapat mata. Lebihnya, NS sudah pandai nondang bola ke gol lawan. NS Betaria belum jumpo laie.

Minit ke 88, seorang budak pinjaman daripada skuad Piala Presiden menjaringkan gol pertama NS musim ini. Makno eh, 180 + 80 = 260. 260 + 7 = 267. Apo deh makno eh, pasukan profesional tetapi perlukan 267 minit permainan [ tidak termasuk masa kecederaan ] untuk menjaringkan gol yang pertama.

Itu pun dijaringkan oleh pemain nombor 26 yang tiada nama di belakang jersinya. Untuk makluman, pemain yang berstatus begitu adalah dipinjam daripada Skuad Piala Presiden [ Bawah 21 Tahun ].

Apa yang dibuat selama dua bulan menjalani persiapan hujung tahun lalu? Ekau tak belatih skor gol ko? Ekau belatih main hantaran pendek ko panjang?

CUIT SIKIT:

Sabtu ini, Azrai Khor bakal sampai ke Paroi bersama Kak Limah dan Rombongannya. Rekod selama ini membuktikan NS TIDAK PERNAH TEWAS KEPADA PERAK di PAROI.

Jika itu ukurannya, sebarang keputusan selain daripada kemenangan, bolehlah kita berkira - kira untuk menyokong pasukan yang bermain untuk menang seperti ATM. Lagi pun, STAR PAROI adalah gelanggang tuan rumah untuk ATM musim ini.

Ayat jangan hanya bersorak ketika menang dan mengutuk pasukan ketika kalah; ada benarnya. Tetapi, jika bermain seperti liga bola antara rumah SMK Labu, apa maknanya untuk disokong.

Penyokong datang ke stadium bukan percuma. Semuanya menggunakan duit sendiri. Jika pasukan tidak hormat dengan penyokong menerusi persembahan cam hampeh dipenuhi dengan aksi budak tadika, perlukah sokongan itu diteruskan?

Apo namo eh budak yang skor untuk NS tadi?

14.1.13

SPRM SERTAI LIGA PREMIER.....

Liga Premier 14 Januari menyaksikan,
Kedah kena 'gari' di Melaka. Perlis kalah lagi. POS berjaya me"mati setem"kan UiTM. NS Betaria meneruskan sesi tak mahu menangnya. Budak baru dan Otai Liga Malaysia, seri. Dan, Johor mengamuk di Pasir Gudang.

Carta Liga Premier terus diungguli oleh PDRM.
Dua gol PDRM memadam dua rekod Kedah serentak. Rekod belum kalah dan belum bolos. Maknanya juga, Kedah adalah pasukan ketiga yang gagal menembusi pintu gol PDRM. Depa pakai apa ni?

Jika PDRM kekal belum dibolosi, UiTM dan NS Betaria masih bersama NS. Belum menjaringkan gol.

Paling menarik, empat pasukan terbawah itu, kekal di situ. Enggak mahu berubah ya?

Jumaat 18 Januari, depa belawan lagi,
CUIT SIKIT:

NS Betaria dan Perlis bakal berentap untuk mencari mata pertama. Selepas tiga perlawanan kalah, aku fikir Perlis wajib menang.

Wajib menang kerana khabarnya, kenkawan dari SPRM sudah mula mendekati pasukan berkenaan. Aih? SPRM pun nak main bola juga ke? Cukuplah Polis dan Askar je yang main. SPRM tunggu kat luar stadium je, ok.

He He HEH!..Relaks la. Baru tiga game kalah. Cepat no main SPRM. Apa kes? NS yang belum menang dan belum skor ni pun tak main SPRM.

Walhal, Perlis lebih baguih daripada NS sebab dah ada tiga jaringan. OK la tu.

PREVIU HARI KETIGA.....

Isnin dan Selasa adalah hari ketiga Liga Malaysia.

Isnin 14 Januari, akan berlangsung enam perlawanan Liga Premier,

Empat pasukan terbawah belum mendapat sebarang mata. Dua tercorot, belum menjaringkan gol.

Aku fikir, UiTM FC dan NS Betaria bakal menjadi belasahan sekali lagi. Sabah paastinya mahu menjadikan NS Betaria sebagai mangsa setelah kalah di Selayang, Jumaat lalu.

POS MALAYSIA pula bakal melakukan 'mati setem' kepada UiTM setelah kalah di Alor Setar. Perlis mungkin boleh mencari mata pertama apabila menjadi tuan rumah kepada Sime Darby. Johor United pula pastinya sia - sia jika gagal menewaskan Kuala Lumpur.

Perlawanan menarik pasti berlaku di Melaka. Baby Liga Premier, SPA Putrajaya bakal berhadapan dengan Sarawak. Kedua - duanya menang Jumaat lalu. Pendahulu liga PDRM bakal berhadapan KEDAH. Apabila dua pasukan yang belum kalah dan belum bolos bertemu, pastinya menjanjikan aksi sengit.

Untung kaki bola di Melaka. Ada dua perlawanan menarik petang Isnin. Pasukan Melakanya mana? HA! HA! HAH! Melaka bermain di Liga FAM [ Divisyen 3 ]. Liga FAM dijangka bermula Februari nanti.

Selasa 15 Januari pula, akan berlangsung enam perlawanan Liga Super.
Seperti berjanji, empat pasukan terbawah itu sama status dengan empat pasukan terbawah Liga Premier. BELUM MENANG. Bezanya, kecuali yang tercorot, tiga yang lain sudah mendapat mata.

NS dan NS Betaria seperti berpakat nampaknya. Main dua perlawanan, kasi orang skor. Kito takyah skor. Nanti lawan kocik ati pulak.

Selangor yang tewas di Singapura bakal berhadapan cabaran panas di Kuala Terengganu. Bukan apa - apa. Panas kerana bermain di sebelah petang. Dua pemain utama Selangor adalah bekas pemain Terengganu musim lalu. Forkey Doe bakal berhadapan rakan lamanya. Mampukah beliau menyengat? Sama - sama kita nantikan.

ATM dan T - Team yang menang pada Sabtu lalu juga menjanjikan pertarungan taktikal hebat di Paroi. Di Lumut, pertemuan dua pasukan kalah, Perak dan Felda United juga dijangka hebat. Dua - dua mahu menang buat memulihkan maruah yang tercalar.

Di Shah Alam, PKNS yang tewas kepada ATM Sabtu lalu, mungkin kalah lagi. Lawannya Lions XII amat sukar untuk ditembusi. Setakat ini, di mata aku, Lions XII adalah pasukan yang bermain secara bertahan dengan disiplin yang baik.

Samada di Singapura atau di luar, Lions XII mengamalkan corak bertahan. Biar lawan datang. Dan buat serangan mengejut. Dapat satu gol sudah cukup. Dan, itulah pencapaian mereka setakat ini. Menang di Paroi mengatasi ATM dna kemudiannya menang di Singapura, mengalahkan Selangor.

Di Kota Bharu, Kelantan yang kalah kepada T - Team, pastinya mahu bangkit. Namun, Darul Takzim FC bukanlah calang - calang pasukan. Tambahan pula ada sentimen peribadi membabitkan kedua - dua pasukan. Perlawanan ini pasti PANAS!.

Di Kuantan, rekod bersih Pahang setakat ini pastinya menjadi perhatian. Bukan oleh pasukan lawan, tetapi oleh penyokong mereka sendiri. Pastinya para penyokong Tok Gajah mahukan kemenangan di Kuantan nanti. Setakat dua perlawanan, aku lihat Pahang merupakan pasukan yang menang tetapi tidak mampu menjaringkan gol di separuh masa pertama. Kenapa ek? Hanya Dollah Salleh yang mampu menjawabnya.

Lawan Pahang juga bukan kocik anak. NS yang setakat ini memegang rekod sebagai pasukan tunggal yang belum menjaringkan gol, pastinya mahu menjadikan Pahang sebagai medan latihan menjaringkan gol.

Di atas adalah barisan kemungkinan yang bakal diturunkan oleh DA. Biarpun ada 25 orang pemain, pilihan buat DA sebenarnya amat terhad. Semuanya kerana masalah kecederaan.

Semasa di Shah Alam, sepuluh daripada pemain itu diturunkan dengan diketuai oleh Rashid Mahmud. Barisan di atas, diturunkan oleh DA semasa berdepan Terengganu di Paroi, Jumaat lalu. Norismaidham Ismail [ 8 ] turun menggantikan Rashid Mahmud.

Kita lihatlah nanti samada NS bakal bangkit atau terus hanyut. Di pelbagai wall penyokong NS, sudah timbul pelbagai komen tentang si Porras yang setakat ini tak menureh [ bahasa NS merujuk kepada kegagalan melaksanakan tugas ]. Ayat contoh, Ekau ni Jang boto la tak menureh. Lain den suruh, lain yang ekau buek.

Setakat ini siPorras seumpama itulah. Skil pun tiada. Assit pun tiada. Skor pun tidak. Sapolah yang ngambik budak ini gak eh?

CUIT SIKIT:

Aku setuju dengan kesukaran yang dihadapi apabila ramai pemain yang cedera. Tetapi yang aku tidak setuju ialah, apabila seseorang pemain itu diberikan kepercayaan untuk bermain, mereka tidak bermain dengan prestasi mereka yang sebenar.

Selain penjaga gol dan pertahanan, setakat dua perlawanan ini, hanya Eddy Helmi Manan sahaja di mata aku yang mempamerkan kesungguhan di setiap perlawanan. Shahurain dan Nazrin di sayap masih belum mempamerkan apa yang mereka ada.

Sepatutnya pemain sayap akan berlari membuka ruang di sebelah tepi. Membawa bola dan membuat hantaran tepat kepada rakan di kawasan penalti lawan. Dan, striker utama akan menjaringkan gol. Jika striker terlepas, ada attacking midfielder yang tampil membantu. Namun, itu belum muncul lagi.

Siva berjaya memainkan peranan sebagai defensive midfielder. Malangnya, tiada siapa pun setakat ini yang mampu memikul tugas sebagai attacking midfileder dengan berkesan.

NS bermain tanpa Jeneral Padang yang mampu menjolok bola cantik ke bahagian serangan. Itulah kelemahan yang sudah terserlah sejak musim lalu. Malangnya, ianya tidak diperbaiki di musim ini.

If u don't kill, u die. Itu kata Divaldo Alves usai perlawanan di Shah Alam 8 Januari lalu. Jika Selasa ini, Tok Gajah tidak mampu di "kill", aku fikir DA mungkin "die" di Hoben Penyokong.

13.1.13

BANGKITLAH DA, ARI DAH TINGGI.....

Harapan tinggi pastinya diletakkan oleh para PSNS kepada skuad ini. Maklum sahaja ianya serba baharu dengan sentuhan Portugal.
12 Januari menyaksikan Marlon Alex James muncul pemain pertama melakukan hattrick di Liga Super. Hari ini juga menyaksikan kekejaman bola sepak. Pasukan yang menguasai lebih 60 peratus perlawanan muncul sebagai pasukan kalah. Hari juga menyaksikan Kelantan tewas kepada T - Team.

Dan, hari ini juga menyaksikan setelah dua perlawanan, NS muncul sebagai satu - satunya pasukan yang belum menjaringkan gol. Satu pencapaian yang sangat " CEMERLANG " jika dibandingkan dengan musim lalu.

Untuk Divaldo Alves [ DA ], aku tunjukkan perbandingan dua perlawanan musim 2012 di bawah Azraai Khor dan dua perlawanan 2013 di bawah anda.
2012 menyaksikan NS menjaringkan empat gol dan memungut tiga mata di dua perlawanan pertama. Musim ini pula menyaksikan NS tampil lebih cemerlang, apabila hanya memungut satu mata tanpa sebarang jaringan. Satu permulaan yang baik oleh DA.

Komen DA selepas perlawanan dengan Terengganu amat membingungkan aku. DA kata, dia puas hati dengan persembahan NS. " NS telah bermain lebih baik berbanding perlawanan pertama," tambah DA.

Jika bermain tanpa ada sebarang gerakan berbahaya ke pintu gol lawan dikatakan bagus oleh DA, bagaimana pula permainan yang tidak bagus? Ada sesiapa nak jawab?

Carta Liga Super selepas dua perlawanan adalah seperti berikut;
Selepas dua perlawanan, tempat kedua [ dari bawah ] bukanlah posisi yang tepat untuk NS.

Jumaat lalu, NS amat bernasib baik kerana Hamsani Ahmad cukup cemerlang di pintu gol. Ianya ditambah pula dengan sikap agak sambil lewa Owona yang bermain untuk Terengganu itu.

Jika DA masih tidak faham carta di atas, aku paparkan pula analisa pasukan selepas dua perlawanan dalam bentuk warna pulak.

Buat DA, kalau pasukan lain banyak merah, biarlah. NS tidak boleh ada warna merah. Mesti hijau sahaja. Barulah champien.

Selasa 15 Januari ini adalah ujian ketiga buat semua pasukan. Aku ingin melihat NS bangkit daripada lamunan. Di Kuantan nanti, pasukan yang bakal ditemui adalah pendahulu liga dengan rekod 100% menang setakat ini. Bukan kecik anak tu.

Jadual perlawanan,
DAN, perlawanan paling panas bulan ini pastinya,
Aku amat teruja dengan perlawanan ini. Bagaimana agaknya respon orang Kelantan terhadap Mat Yo di Kota Bharu?

Maklum sahaja isu perpindahan Mat Yo telah menyebabkan pelbagai perang di laman sosial. Dengar khbarnya sudah sampai peringkat tak sopan apabila ada individu digelar anjing oleh seseorang yang turut terkait dengan perpindahan Mat Yo ini.

CUIT SIKIT:

Buat DA dan Jang, bangkit dan bangunlah segara. Hari dah tinggi. Takkan NS dan PKNS nak duduk di bawah sahaja.

Kalau terus berada di bawah, itu menempah maut namanya. STAR Paroi bakal kosong. Syarikat Hoben Jang Hoben Sdn. Bhd. yang menguruskan pasukan juga bakal kosong kantungnya.

Syarikat itu pastinya bergantung kepada jualan tiket. Tiket pun dah RM 10 di tempat terbuka. Bukan RM 8 seperti masa lalu. Jualan replika jersi dan pelbagai cenderahati lain juga menjadi harapan syarikat untuk kantungnya.

Tetapi, jika prestasi lemah macam NS Betaria, lu pikirlah sendiri. Siapa yang sanggup membayar untuk kekalahan?

11.1.13

KEPUTUSAN PENUH 11 JAN.....

SEMBILAN perlawanan di hari ini mempamerkan pesta gol. 24 gol terhasil. Namun, hanya dua gol daripada tiga perlawanan Liga Super.
Pesta gol muncul di Liga Premier.
SARAWAK dan PDRM saling melibas dan membedil lawan. SPA Putrajaya bangkit daripada ketinggalan 1 - 2 untuk menang 4 - 3.

Carta Liga Premier selepas dua perlawanan adalah
Esok ada lagi tiga perlawanan Liga Super.
Perlawanan Lions XII menentang Selangor akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena, stesen penaja utama liga.

CUIT SIKIT:

Carta Liga Super akan diupdate esok.

Komen aku terhadap persembahan NS tadi aku simpan dahulu. Aku tahu ramai PSNS yang membara sekarang ini.

Sobalah Jang dan Milah.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH