Aku nak kongsi sesuatu yang tidak disiarkan di akhbar.
Pertama,
Italy mencipta sejarah sebagai Naib Johan yang dibelasah teruk di Final EURO.
Kedua,
Bukan Italy, tidak juga England yang sangat berjaya di EURO. Amat silap jika anda menyokong kedua - dua pasukan itu.
Aku? Aku TETAP SOKONG JERMAN.
Sebabnya,
Ketiga,
Jika Final tidak menjanjikan sebarang drama kerana Italy seumpama pasukan Akademi sahaja,FERNANDO TORRES melakukan potong Q di Final.
Menerusi 1 gol dan 1 assist, beliau memenangi KASUT EMAS EURO 2012 biarpun bukan sebagai pemain utama.
Hampir kesemua kesebelasan Sepanyol berada di senarai pemain terbaik kejohanan.
Keempat,
UEFA selaku penganjur berjaya memanipulasikan bola sepak sebagai medium iklan terbaik dan tersohor.
Bukan murah untuk mendapatkan apa jua yang berkaitan dengan EURO ini. Dan, hasilnya,
setiap pasukan yang menyertai pusingan akhir kali ini mendapat imbuhan asas sebanyak 8 Juta Euro.
Bonus demi bonus akan masuk ke kantung FA setiap negara berkenaan mengikut tahap pencapaian mereka.
CUIT SIKIT:
EURO 2012, aku fikir bukanlah medan terbaik buat para jurulatih di negara ini untuk belajar sesuatu yang baharu berkaitan tektikal bola sepak.
Formasi 4-6-0 yang dipraktikkan oleh Sepanyol adalah sesuatu yang mustahil untuk ditiru dan diikuti oleh mana - mana pasukan, waima Brazil sekali pun.
Dan, aku percaya, 4-6-0 itu hanya mampu dilakukan oleh Sepanyol menerusi barisan sekarang. Di masa hadapan, belum tahu lagi.
Jadi, lupakanlah Sepanyol yang menyapu bersih itu, kembalilah menyokong bola sepak Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan