Jumlah Paparan Halaman

6.7.12

TOK MAT DAN LIGA SUPER.....

Jumaat 6 Julai 2012; bakal berlangsung satu perlawanan Liga Super yang bagi aku mempunyai hubungkait dan sentuhan yang agak istimewa.


Istimewa kerana Negeri Sembilan akan diketuai oleh Azraai Khor untuk menentang Kedah. Hubungkaitnya adalah kerana NS dan Kedah sudah tiada apa yang tersembunyi lagi.


Jika NS ada Azraai, mantan Ketua Jurulatih Kedah yang amat berjaya itu, Kedah pula ada Wan Jamak, mantan Ketua Jurulatih NS yang juga agak cemerlang semasa di Seremban.


Malangnya, pertemuan itu bukanlah penentu kejuaraan. Pertemuan itu lebih kepada misi hidup dan mati buat Kedah yang sedang nazak dan tenat ya amat di tangga 13/14 ketika ini.


Buat NS, pencapaian setelah usai 23 / 26 perlawanan, mereka telah semato [ satu mata ] lebih baik berbanding tahun lalu.

Semato yo. Tetapi cukuplah sebagai indikator ianya lebih baik berbanding tahun lalu. Semua ruangan menampakkan peningkatan kecuali B-Bolos. 12 ruangan lainnya menunjukkan tahun 2012 lebih baik berbanding 2011.


Sejarah peningkatan bola sepak di NS bagi aku bermula dengan kejayaan emas di SUKMA 2004. Di laman sendiri, adik - beradik KEMBAR RADZAK serta Shahurain dan lain - lainnya, NS menang 1-0 mengatasi Johor.
FOTO IHSAN wall fb PSNS-Penyokong Setia Negeri Sembilan.
Aku Edit sikit je. Jangan marah.
Kecemerlangan dan sinaran EMAS SUKMA 2004 itulah yang mengorak langkah lebih cemerlang di peringkat senior bermula,

2006 dan sehinggalah kini, NS adalah pasukan yang sentiasa bermain di Liga Super. Aku boleh katakan ERA PBNS di pimpin oleh TOK MAT ini cukup membanggakan. Ini bukan cerita politik, tetapi ia adalah kenyataan dan fakta.


Sebagai rekod, TOK MAT dilantik sebagai MB NS juga secara automatik selaku Presiden PBNS mulai April 2004.


Biarpun tewas dengan pedih dan peritnya di final Liga Premier itu, NS bangkit sebagai jagoan di musim pertamanya Liga Super 2006,
Anda lihatlah sendiri catatan / report card NS sejak berada di Liga Super.

Seterusnya,
Semua Title Johan dan Naib Johan ini dikecapi di ERA TOK MAT
semua piala yang ada di Malaysia ini sudah di bawa pulang ke Seremban kecuali Piala AFC dan Piala Presiden. Bila piala - piala itu akan sampai ke Seremban, hanya Tuhan yang tahu.

CUIT SIKIT:

Bagi ANDA yang mengikuti tulisan - tulisan aku sebelum ini berkaitan bola NS mungkin sedikit terkejut kerana kali ini aku menulis menjurus kepada TOK MAT.

Tiada niat aku hendak membandingkan TOK MAT dan Pimpinan PBNS terdahulu tetapi lebih kepada penghormatan aku kepada TOK MAT dan lain - lain TOK yang telah memberikan yang terbaik menerusi bola sepak buat NS.

Sebagai rakyat biasa, suka aku syorkan kepada anda semua, jika tidak boleh menghulurkan bantuan kewangan buat PBNS, cukuplah sekiranya kita semua hadir memberikan sokongan apabila NS bermain di Paroi.

Janganlah hadir apabila ketika di puncak. Apabila merosot, kita lari lebih dahulu. Faktanya, NS jarang sangat hebat ketika di Liga Super tetapi sangat garang apabila di PIALA MALAYSIA.

Maknanya, NS tak terdaya nak maintain cemerlang di liga yang panjang. Tetapi NS sangat hebat apabila menyertai Piala Malaysia kerana ianya kejohanan singkat ala EURO sahaja.

TERIMA KASIH juga buat 3 TOK selaku Pengurus Pasukan, TOK MAIL, TOK HASLAH dan TOK HALIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH