Jumlah Paparan Halaman

15.7.12

PLAY-OFF.....

Berakhir sudah musim bola sepak Malaysia 2012 dengan lancar dan tenteram. Keputusan semua pertandingan anjuran FAM adalah seperti berikut;
Piala Malaysia 2012 akan bermula selepas Aidilfitri.

Usai segala liga, pasti ada yang tersingkir dan juga naik gred. Kita lihat siapa yang kena,

Bermula Selasa ini, ada pula peringkat penyingkiran dan kenaikan secara beradu kekuatan semula. Itu yang dinamakan Play-off.

Peraturan FAM untuk menentusahkan pasukan ke Play-off adalah.
Berikut adalah senarai yang akan berentap di Melaka,

Selesai Play-off itu, struktur Liga Malaysia untuk 2013 adalah seperti berikut,


Jadual Play-off di Melaka nanti adalah seperti di bawah.
CUIT SIKIT:

Begitulah susun ceritanya Liga Malaysia 2012 dengan penamatnya menunjukkan sesuatu yang tak masuk akal.

TAK MASUK AKAL bukan kerana keputusannya. Bukan juga kerana ada kes siBaju Hitam kene cekup di Kota Singa. Bukan juga kerana NS tidak menjadi juara. Semuanya bukan. TAK MASUK AKAL sebab ada pihak yang terpaksa menulis surat rasmi kepada FAM supaya penyerahan trofi diadakan di stadium bukan di Wisma FAM.

Lebih TAK MASUK AKAL itu ialah apabila Aji Midin dan Jawatankuasanya mengadakan mesyuarat khas di Kuantan untuk mendapatkan persetujuan supaya Trofi Liga Perdana dan Liga Super diserahkan kepada SANG JUARA di Stadium.

Paling TAK MASUK AKAL ialah Aji Midin sebelum ini hendak menyerahkan Trofi - Trofi berkenaan di Wisma FAM pada 20 Julai. Memang TAK MASUK AKAL sebab langkah Aji Midin itu amat SONGSANG dan LUAR TABII.

Memang SONGSANG dan LUAR TABII apabila penghormatan buat SANG JUARA diadakan di suasana tanpa khalayak. Lebih SONGSANG dan LUAR TABII, orang bola macam Aji Midin ni tidak boleh berfikir seperti orang bola. BOLA ini meriah kerana pemain dan peminat saling berinteraksi.

Paling meriah, apabila kejayaan bola itu dirai bersama pemain dan peminat di stadium. Tak kisahlah samada di stadium sendiri atau di stadium lawan. Tentunya lebih meriah dan lebih manis jika berlaku di stadium sendiri.

Pasukan manakah yang mahu menyambut sebarang kejuaraan tanpa mahu berkongsi dengan peminat di akhir sesuatu pertandingan. Itu pun Aji Midin tak boleh fikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH