Jumlah Paparan Halaman

24.7.12

PIALA MALAYSIA PART 2.....

JIKA beginilah hasil undian pada 2 Ogos nanti,

aku fikir ianya akan menjadi kumpulan paling digemari oleh para peminat.

Manakan tidak, Hai-O akan berhadapan dengan dua bekas pasukannya. Dua pasukan yang telah memberikan peluang buat BUDAK AJAIB PIALA MALAYSIA itu mencipta sejarah tersendiri. Menang 3 Piala Malaysia berturut - turut dengan dua pasukan berbeza dan berjaya menjaringkan gol di ketiga-tiga final.

Jika begitulah tuah undian, pastinya PSNS dan ramai lagi akan menunggu dengan penuh mesra kunjungan ATM yang disertai oleh separuh mantan pemain NS.

Rekod TIDAK MESRA Felda United dan penyokong NS pasti juga akan berterusan sekiranya tiada usaha lebih positif diambil oleh kedua - dua pihak.

Memang menarik jika ramalan aku menjadi kenyataan. Johan 2009 & 2011, Johan 2010, Sang Sawit - tewas di suku-akhir 2011 kepada NS dalam perlawanan hangat dan dramatik serta Abang Sojar yang diketuai KAPTEN Hai-O berada di satu kumpulan.

Pasti hangat dan meriah serta penuh warna - warni kerana hanya dua daripada empat akan ke peringkat kalah-mati.

CUIT SIKIT:

Jangan ingat aku sengaja propa. Aku membuat sedikit kajian berkenaan proses pengundian Piala Malaysia 2011.

Hasilnya, jika tuah undian 2011 dan 2012 tidak berubah, itulah natijahnya. Seterusnya, lihat di bawah dan kajilah sendiri apa sahaja kemungkinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH