Setakat hari ini [ Jumaat 8 Julai 2012 ], skuad bola sepak NS di SUKMA 2012 berada di landasan terbaik untuk melakar sesuatu yang cantek dan boleh dibanggakan.
Biar pun tidak menyerlah di Liga Piala Presiden, Jang Mudo nampaknya agak baik setakat dua perlawanan di SUKMA 2012.
Seterusnya, rentetetan Jang Mudo atau ANAK RUSA NANI yang aku maksudkan.
Agihan kumpulan adalah,
Anak Muda pertaruhan NS,
KESEBELASAN UTAMA pimpinan KAPTEN KAHAR,
PENCAPAIAN SETAKAT INI setelah mengharungi 2 perlawanan,
Aku bangga sebab ANAK RUSA NANI setakat ini berjaya. Apa - apa pun, kita tunggulah 8 Julai nanti.
Perkiraan mudah pada 8 Julai, NS tidak boleh KALAH kepada Wilayah Persekutuan yang nampaknya agak gagah dengan rekod 100 % setelah dua perlawanan. Jika menang lagi baik, kerana boleh berada di tempat pertama kumpulan.
Lebih bangga, jejaka yang selalu aku temui dan temuramah di padang Pusat Latihan Petronas, Bangi sekitar 2009 & 2010 lalu, kini berjaya bersama NS.
Radzuan Abdullah, anak FELDA PASOH TIGA aku selalu temui ketika beliau bermain untuk pasukan Piala Presiden Felda United, kini menjadi penjaring gol buat NS, biar pun beraksi sebagai Defensive Midfielder buat NS.
Salute untuk Duan kerana karier bola sepak berterusan biar pun satu ketika pernah bermain sambilan untuk pasukan bola FELDA Wilayah Raja Alias untuk kejohanan dalaman FELDA. Semua itu berlaku kerana pasukan Piala Presiden Felda United dibubarkan usai musim 2010.
Nyatalah, jika berbakat dan berkebolehan, hidup boleh diteruskan, walau di mana kita berada.
CUIT SIKIT:
FINAL BOLA SEPAK 2012 ada kemungkinan mempertemukan RUSA dan GAJAH.
Segala - gala seperti dijadualkan buat mereka seperti di bawah.
Semoga kilauan emas bola sepak SUKMA akan sampai ke Seremban tahun ini setelah kali terakhir dicapai pada 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan