Belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada para atlit NS yang telah menyertai SUKMA PAHANG 2012 yang berakhir Isnin lalu.
Tidak terlewat juga untuk aku kalungkan bunga terima kasih buat PSNS yang hadir di Kuantan khususnya ketika acara bola sepak semata - mata memberikan sokongan buat Jang Mudo. Tentunya mengharapakan Jang Mudo mampu meraih IBU SEGALO PINGAT.
Apa - apa pun, semuanya sudah berakhir. Kini adalah masa untuk para atlit yang menang pingat untuk menanti DUIT RAYA yang biasanya diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada mereka.
Dalamasa yang sama, aku fikir pihak Majlis Sukan Negeri [ MSN NS ] khususnya di Unit Sukan Prestasi Tinggi, perlu merenung kembali pencapaian NS secara keseluruhannya bukan sahaja di SUKMA XV ini, tetapi bermula sejak 1986 lagi. Berjayakah NS secara keseluruhannya di SUKMA - Sukan Malaysia ini?
Mari kita lihat seterusnya,
TUNGGANG TERBALIK-Jumlah Pungutan Pingat di SUKMA 2012
|
10-Kedudukan NS secara keseluruhan
|
Pungutan Pingat Harian
|
14/24-Acara yang menyumbangkan pingat. Menurut carian aku di laman web rasmi SUKMA PAHANG 2012, NS tidak menyertai Bola Tampar dan Ekuestrian. Betul ke?
|
ADIL-Pungutan Pingat Emas Seimbang Antara Atlit Lelaki dan Wanita.
KEBETULAN-Pingat Emas Pertama dan Terakhir adalah sumbangan Wanita
|
TIGA PINGAT - di atas adalah 3 ATLIT CEMERLANG NS kerana sumbangan 3 Pingat.
SATU REKOD BARU SUKMA.
|
10- Nombor kedudukan keseluruhan kegemaran NS.
Tujuh daripada lima belas penyertaan, NS dapat nombor berkenaan.
|
CUIT SIKIT:
Pungutan 30 EMAS di Melaka pada 2010 adalah TERBAIK setakat ini. Aku fikir, sedikit sebanyak kerana sumbangan SUKNES 2009.
Ada yang masih ingat dengan SUKNES atau Sukan Negeri Sembilan itu? Masih adakah ia atau sudah berkubur? Jika berkubur, ada batu nisan atau tiada?
Buat kenkawan di Majlis Sukan Negeri Sembilan khususnya, aku fikir, lihatlah kembali kewajaran pencapaian NS di SUKMA selama ini. Sukakah anda sekiranya N9 asyik dapat nombor 10 yo?
WA tanya, LU jawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan