Seingat aku, selepas Skuad NS memenangi Pingat Emas Bola Sepak di SUKMA 2004, tiada apa lagi keriangan yang dibawa balik oleh Jang Mudo ke Seremban.
Baik di Liga Piala Presiden mahu pun SUKMA selepas itu, Jang Mudo bukan sahaja gagal menang Omeh, malah biasanya, mereka pulang sebaik sahaja usai pertandingan peringkat kumpulan.
Namun, SUKMA 2012 di Kuantan sekarang ini telah menghadirkan suasana berbeza. Jang Mudo setakat ini sudah berada di Top 4. Ya! Jang Mudo sudah berada di Separuh Akhir pertandingan IBU SEGALO OMEH peringkat SUKMA.
NS adalah satu - satunya Naib Juara Kumpulan yang layak ke Separuh Akhir. Sebenarnya, amat jarang berlaku upset di acara bola sepak SUKMA ini terutamanya apabila berhadapan dengan tuan rumah.
Diberitakan, lebih 15 ribu penyokong tuan rumah hadir di Stadium Darul Makmur semalam. Semuanya pasti terarah dan terjurus kepada harapan dan impian untuk melihat kejayaan Pahang di acara bola sepak yang menawarkan IBU SEGALO OMEH ini. Akhirnya, yang menang adalah seperti foto di atas.
Jadual Separuh Akhir pada 12 Julai adalah seperti berikut;
Di peringkat ini, aku fikir, Wilayah Persekutuan [WP] di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Liga Super mereka, mampu menewaskan Perak.
Biar pun Perak lebih gah dengan rekod 100 % kemenangan di peringkat kumpulan, mereka jerih ditentang Perlis di Suku Akhir, serta gagal menjaringkan gol di masa penuh permainan.
WP pastinya mendapat tonik mujarab setelah menewaskan Juara Bertahan, Terengganu juga menerusi tendangan penalti.
Harus diingat, WP berjaya mendahului Juara Bertahan itu dengan 2-0 sebelum kelekaan sendiri memberikan Terengganu peluang untuk menyamakan kedudukan.
Buat Jang Mudo pula, inilah kali ke 3 mereka bermain di Stadium Darul Makmur di sepanjang SUKMA ini. Pastinya mereka telah berasa selesa bermain di padang serba baru ini. Buat Sabah, setakat ini mereka tidak pernah merasa suasana bermain di Stadium dan juga di sebelah malam.
Perbezaan suasana padang dan sekeliling, seharusnya diambil peluang untuk mendapatkan gol awal oleh NS. Tonik utama NS ialah keyakinan tinggi setelah menewaskan Pahang di hadapan ribuan penonton lawan.
Cuma, daripada semakan aku, Rozaimi Bongawan itu telah turun bermain semasa Sabah menewaskan Selangor semalam. Biar pun tidak menjaringkan sebarang gol, sentuhan beliau pasti memberikan sesuatu yang berbeza buat Sabah.
Siapa pemain NS?
Terima kasih buat Jang Mudo lain yang menjadi penyokong pasukan, biar pun dengar khabarnya teruk disosah penyokong tuan rumah.
CUIT SIKIT:
Biarlah Sabah ado Ruzaimi Bongawan. Aku pasti kelibat beliau akan mudah disekat oleh Duan Pasoh Tigo yang bermain sebagai Defensive Midfielder itu.
Kalau pun semuo eh bolos, kito masih ado KAPTEN KAHAR yang hebat di pintu gol itu.
Alangkah manih eh jiko FINAL pada 15 Julai nanti, camni,
Lobih la manih eh, jiko IBU SEGALO OMEH tu dapek kek NS.
Tak gitu kenkawan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan