Jumlah Paparan Halaman

5.7.12

FAM CARI PINTU BELAKANG.....

SELASA 3 Julai 2012 bukanlah satu hari yang baik untuk dikenang dan dibukukan sebagai sejarah buat rujukan.

Tarikh berkenaan adalah tarikh malang buat skuad Baba Ong yang menjalani misi terakhir di Yangon, Myanmar untuk layak ke pusingan Akhir Piala Asia Bawah 22 tahun [ AFC U22 Asian Cup ]. Sehingga kini, tarikh dan lokasi Pusingan Akhir belum ditentukan.

Perkiraannya sangat mudah buat semua pasukan bertanding. Sertai dan usahakan supaya menduduki tempat pertama kumpulan. Jika gagal menduduki tempat pertama, carilah tempat kedua. Sebabnya, hanya Johan dan Naib Johan Kumpulan sahaja yang akan ke pusingan akhir.

Usai pertandingan di Myanmar, pencapaian Malaysia adalah seperti berikut:
Menang 3 dan kalah2, meletakkan Malaysia sebagai,
pemenang di tangga ketiga. Itulah yang dicanang - canangkan oleh kebanyakan akhbar dan juga media elektronik.

Hafizan Halim dengan penuh semangat melaungkan masih ada peluang untuk Malaysia layak ke pusingan akhir sebagai pemenang tempat ketiga terbaik. 9 Mata adalah baik.

Menurut syarat pertandingan, 14 negara sebagai Johan dan Naib Johan Kumpulan akan ke pusingan akhir. 1 pemenang ketiga terbaik keseluruhan. Dan, 1 tuan rumah, akan bermain di pusingan akhir.

Di bawah adalah senarai pemenang tempat ketiga semua kumpulan, kecuali Kumpulan E yang belum bermain.
Jika anda tidak faham, aku terangkan kenapa Malaysia dicatatkan dengan 6 mata bukan 9 mata seperti awal tadi.

Setiap pasukan di KUMPULAN D hanya bermain empat perlawanan sahaja. Bagi menseragamkan pencapaian, semua keputusan pasukan - pasukan di tangga ketiga yang lainnya dengan pasukan tercorot setiap kumpulan tidak diambilkira.

Dalam hal ini, kemenangan 7-0 Malaysia ke atas Filipina, tidak diambilkira. Kerana itu jumlah mata hanya 6 bukan 9 seperti sepatutnya. DAN, setakat ini, kedudukan Malaysia di kelompok tangga ketiga itu pun, hanya di nombor tiga. Boleh layak ke pusingan akhir ke?

SAH dan NYATA, Malaysia menerusi Baba Ong dan Anak - Anak buahnya tidak akan [ GAGAL ] ke pusingan akhir AFC U22 Asian Cup nanti.

Pun begitu, ada sesuatu yang boleh dibanggakan oleh kita semua selaku rakyat Malaysia.
Anak Bongawan, Sabah ini telah mencipta satu pencapaian yang baik dan tidak pernah berlaku selama ini. Mungkin tiada hadiah, tetapi bagi aku, apa yang dilakukan oleh Rozaimi ini seharusnya membuka mata, telinga dan hati Baba Ong supaya mengkaji semula apakah betul tindakan beliau mengekalkan penyerang tumpul dan tidak konsisten bernama Thamil Arasu di Skuad Harimau Muda A ini. 

Sekadar rekod, Rozaimi bukanlah anggota asal Harimau Muda A yang jenuh dengan latihan di luar negara. Fikir - fikirkanlah mana yang terbaik wahai Baba Ong.

CUIT SIKIT:

Kegagalan layak secara merit ini sebenarnya adalah indikator betapa program susunan FAM dengan bantuan dan sokongan KBS ini masih tidak sempurna.

Dalam ertikata yang lain, wang rakyat yang dibelanjakan untuk tujuan pembangunan bola sepak ini, masih belum mencapai pulangannya. Aku tidak kata membazir, cuma belum balik modal.

Akhirnya, ada khabar betapa FAM menerusi Naib Presidennya, juga Pengurus Pasukan Harimau Muda A, Datuk Afandi Hamzah telah menghantar surat bantahan awal kerana Myanmar menurunkan pemain yang berusia melebihi 22 tahun.

Bagi aku, tindakan itu adalah cara pintu belakang. Membantah untuk menang bukanlah sesuatu yang terbaik biar pun ianya dibenarkan oleh peraturan.

Namun, tidakkah mesyuarat semua pengurus - pengurus pasukan sebelum pertandingan bermula telah mengemaskini segala - galanya?

DAN, bangang sangatkah para pegawai AFC sehingga boleh ditipu oleh Myanmar?

Kalau benar, it's ok. Tetapi jika tidak benar bagaimana? Lebih malu Malaysia nanti.

Jadi, kalau benar - benar FAM ingin masuk ikut pintu belakang, bida dan lobilah sebaik mungkin supaya MALAYSIA dipilih oleh AFC sebagai Tuan Rumah AFC U22 Asian Cup 2013 nanti.

Ikut depan tak boleh, ikut belakang le jawabnya.
BELAKANG PUN BELAKANGLAH, JANJI MASUK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH