JUMAAT 6 JULAI 2012, ATM mengesahkan status sebagai JUARA LIGA PREMIER 2012.
Pengesahan kejuaraan itu turut dimeriahkan dengan bedilan maut ke kubu MP Muar. 8-1 itulah angka jaringan menyebelahi ATM di Kelana Jaya. 71 jaringan dan hanya bolos 20 kali daripada 21 perlawanan, membuktikan bahawan ATM memang handal bab membedil kubu lawan.
Hanya SIME DARBY pada 21 Januari dan POS FC pada 30 Mac mampu membedil ATM. Yang lain - lain, masih boleh ketawa besar sekiranya hanya di tembak sekali oleh ATM.
Sebagai perbandingan, aku pamerkan carta Liga Premier musim 2011 yang dimenangi oleh PKNS,
TAHNIAH ATM atau pasukan NS2 sebab ada separuh anggota kesebelasan utama adalah mantan pemain NS.
CUIT SIKIT:
Karektor ATM atau NS2 ini bakal teruji apabila pastinya menjadi salah satu pilihan utama untuk menang PIALA MALAYSIA yang dijangka bermula selepas Aidilfitri nanti.
Mencabarkah mereka di Piala Malaysia, atau terus larut dibuai kejuaraan Liga Premier, sama - sama kita nantikan.
Setakat ini, KL SPA dan ATM sudah boleh makan besar kerana bergelar JUARA. Yang kita tunggu hanyalah pengesahan KELANTAN selaku JUARA LIGA SUPER.
Buat KL dan MBJB, selamat kembali ke Liga Premier dan Liga FAM di mana anda bermula sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan