Setelah terlepas dua gelaran utama, Liga Super dan Piala FA, NS pastinya akan berhabis - habisan untuk mempertahankan PIALA MALAYSIA.
Biarpun PIALA MALAYSIA tidak akan membawa pemenangnya ke peringkat ASIA sepertimana Juara Liga Super dan Johan Piala FA, aura PIALA MALAYSIA ini tetap menjadi pujaan setiap pasukan.
Selaku JUARA BERTAHAN PIALA MALAYSIA, NS sudah memulakan langkah pertama ke arah memperkasakan pasukan apabila membawa [ meminjam ] masuk, Khairul Izuan Abdullah, pemain PDRM yang menang KASUT EMAS Liga Premier 2012.
Aku tak boleh membayangkan bagaimana nanti pihak lawan terpaksa bekerja keras untuk menangkis ledakan Effa - Pemenang Kasut Emas Liga Super dan ketajaman Khairul Izuan - Pemenang Kasut Emas Liga Premier dengan bantuan penjaring terbanyak tempatan di Liga Super, Shakir Ali. Oh! Pasti Meledak Gandingan ini.
Jika ditakdirkan sekumpulan dengan Kelantan, aku fikir mahu roboh jaring gol kawalan Apex tu. Memang hebat gandingan KASUT EMAS bersama NS tu. Sama - sama kita nantikan.
Pun begitu, catatan kali ini lebih menumpukan kepada sesuatu yang aku fikir bukan kebetulan sebaliknya lebih kepada usaha dan iltizam PBNS selama ini yang ingin melihat NS maju di bidang bola sepak.
Bukan sesuatu yang mudah untuk terus berada di Liga Super tanpa sentuhan kewangan daripada pimpinan PBNS. Ianya bukan sekadar sepuluh atau dua puluh. Ianya bernilai JUTAAN RINGGIT.
DAN, lihatlah secara keseluruhan pencapaian NS sejak berada di Liga Super Musim 2006.
Di bawah ini adalah carta Liga Super Pertama yang melibatkan NS. Lihatlah sendiri di mana NS.
Satu lagi pencapaian cemerlang NS.Episod kekerapan NS di Final Piala Malaysia bermula di,
dan berterusan selama tiga tahun berturut - turut, NS berada di pentas akhir Piala Malaysia. Sehebat - hebat Kelantan pun, tak mampu lawan NS bab masuk final Piala Malaysia ini.
kawe - kawe Klatey jange maroh deh. Ini bukan auta atau propa. Ini FAKTA.
Justru, sering terpapar di STAR Paroi, banner macam ni,
CUIT SIKIT:
Aku tidak mahu mengaitkan apa - apa nota politik di sini. Tetapi, dengan PRU KE 13 semakin hampir, ada desas bin desus yang kuat mengatakan TOK MAT bakal ke Putrajaya selepas ini.
Makno eh, sekigho eh bonar desas-desus tu, selepas PRU KE 13 nanti, akan ada Presiden PBNS yang baru. Sebabnya, mana - mana individu yang dilantik sebagai MENTERI BESAR NS, secara langsungnya beliau juga adalah Presiden PBNS. Ini berkaitan dengan perlembagaan PBNS yang telah menetapkan Presidennya mestilah MB NS.
Inilah catatan aku bab pencapaian PBNS dan TOK MAT sejak 2004 lalu,
Semua pingat kejuaraan pertandingan utama bola sepak Malaysia, sampai ke Seremban di era TOK MAT sebagai Presiden PBNS.
Inilah kaitan catatan aku di atas tadi berkenaan sentuhan kewangan dan kemajuan pasukan.
Jika benar TOK MAT ke Putrajaya, maka penggantinya nanti perlulah sama atau dua kali lebih baik daripada beliau.
Andai berlaku sebaliknya, aku pasti NS akan kembali ke tahap dulu - dulu. Cam zaman main bola kat Padang Stesen, maghin tuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan