Jumlah Paparan Halaman

3.7.12

SELAMAT KEMBALI LIGA MALAYSIA.....

Malam ini, NS dan Kelantan akan membuat perhitungan di STAR Paroi.Kedua - duanya ada misi sendiri. TAK BOLEH KALAH.
Sebabnya,
kedudukan kedua - dua pasukan masih memburu kedudukan yang lebih baik berbanding sekarang.

Kelantan, biar pun sedang di atas, belum sah selaku Juara Liga Super selagi tidak mendapat sekurang - kurangnya 56 mata. Musim lalu Kelantan muncul Juara dengan pungutan 56 mata.

NS, dalam keadaan prestasi tidak menentu, masih ada peluang menduduki tempat ketiga. Namun, ianya juga bergantung kepada sejauhmana prestasi Perak dan Selangor bermula malam ini.

MUSIM LALU, NS menamatkan perjuangan di tangga ke 8, Liga Super dengan 32 mata.

Kepada pengutuk NS yang sering bercakap tanpa fakta, eloklah anda renungkan, benarkah prestasi NS sekarang adalah merosot, berbanding tahun lalu?

Di Liga Premier, ATM hanya perlukan 1 mata untuk mengunggulinya.
CUIT SIKIT:

Liga FAM yang turut disertai oleh Pulau Pinang dan Melaka telah berakhir pada 1 Julai lalu.

Dengan Perlis sedang nazak di dasar Liga Premier, ada kemungkinan Liga FAM musim 2013 akan menyaksikan 3 pasukan negeri bermain di sana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH