Tamat empat perlawanan play-off bagi tiga liga utama Malaysia 2013 menyaksikan dua pasukan kekal di liga sekarang dan empat pasukan turun ke liga yang lebih bawah. Dua pasukan masih menghitung nasib pada Khamis nanti.
Sebenarnya, daripada 8 pasukan yang berentap di Melaka mulai 17 Julai, hanya 3 yang akan ketawa besar. Dan, tatkala mereka ketawa besar itu, ada lima pasukan yang sedang murung. Itulah lumrah kehidupan.
Catatan setelah tamat empat perlawanan play-off adalah seperti berikut;
Sedang Alex dan Meen memikirkan peluang pada Khamis ini, aku pasti, Rozaimi Abd. Rahman [ Rozaimi Bongawan ] yang baru sahaja bergembira kerana menang IBU SEGALA PINGAT di Kuantan, pasti sedang memikirkan masa hadapan kariernya kerana Sabah bakal bermain di Liga Premier 2013.
Dengan bakat besar yang dimilikinya, Liga Premier bukanlah medan terbaik untuk karier beliau terus berkembang dan menjadi bintang negara sepertimana yang pernah dikecapi oleh James Wong, Hassan Sani dan Peter Rajah dahulu.
Bagi aku, jika tidak di luar negara, Rozaimi Bongawan perlu bermain di Liga Super pada musim 2013 supaya beliau terus meningkat maju. Amat sayang sekiranya bakat beliau terkulai begitu sahaja di masa hadapan. Untuk itu, beliau perlu berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan. Sangat baik jika memilih Negeri Sembilan.
Tamat empat perlawanan play - off itu, maknanya Liga Premier 2013 akan disertai oleh,
Setakat ini, empat muka baru telah mengesahkan penyertaan iaitu Kuala Lumpur, Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [ SPA FC ], Sarawak dan Sabah. SATU lagi akan mengisi ruang bertelinga gajah itu sekitar jam 10.30 malam, 19 Julai nanti.
Di peringkat Liga Super pula, 11 pasukan telah mengesahkan tempat mereka.
Ruang bertelinga gajah itu bakal diisi, juga sekitar jam 10.30 malam, 19 Julai nanti. Samada muka baru [ PAHANG ] atau muka lama [ KEDAH ], sama - sama kita nantikan.
CUIT SIKIT:
Sila perhatikan pula pasukan - pasukan yang bakal bermain di liga kelas tiga pada 2013 nanti.
Sekadar makluman, liga kelas tiga ini boleh ditonton secara percuma dan belum ada sejarah ianya disiarkan secara langsung di tv. Lebih teruk, langsung tiada sebarang laporan di dada akhbar.
Ruang bertelinga gajah itu khabarnya bakal diisi oleh Brunei. Bukan DPMM FC, tetapi pasukan Negara Brunei sendiri. Namun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi.
Jika anda prihatin, anda pasti nampak jelas 3 PASUKAN NEGERI dengan tidak malunya bermain di LIGA KELAS TIGA itu. MELAKA berada di situ sejak 2011. PULAU PINANG pula berada di situ mulai 2012. Dan PERLIS, yang merosot sejak Presidennya tidak lagi bergelar MB, akan berada di situ mulai 2013.
Sepatutnya, tiada pasukan Negeri yang bermain di situ. Malangnya, angka yang sepatutnya sifar itu telah bertambah kepada tiga.
Teramat malang sebenar bagi mana - mana pasukan negeri jika terpaksa bermain di LIGA FAM ini. Sebabnya, itu bukanlah tempat untuk para state players menunjukkan bakat. Liga kelas tiga ini sebenarnya tempat untuk kelab dan persatuan sukan agensi kerajaan beradu kekuatan dan mencuba nasib untuk ke liga yang lebih baik.
Lebih malang ialah MELAKA. Selepas berjaya menjadi tuan rumah kepada pertandingan Kumpulan C Kelayakan Piala ASIA U22 dan Play-off Liga Malaysia 2013, pasukan negerinya terus bermain di LIGA KELAS TIGA pada 2013. Memang hawau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan