Jumlah Paparan Halaman

28.7.12

DARI SEREMBAN KE HAMPDEN.....


Apabila USA, Pemenang Pingat Emas Bola Sepak Wanita di Olimpik Beijing 2008, turun ke gelanggang untuk bertemu France di Olimpik London 2012, tiada apa yang istimewa buat rakyat Malaysia.

Saat ini, tumpuan semua rakyat Malaysia pastinya tertoleh kepada barisan atlit yang berpotensi untuk meraih PINGAT EMAS PERTAMA Malaysia di Sukan Olimpik.

Namun, dalam diam serta tanpa sebarang publisiti media, seorang Wanita Rakyat Malaysia telah meraih penghormatan untuk berada lebih awal di gelanggang Olimpik 2012.

Lihat di bawah,


CUIT SIKIT:

Aku ucapkan TAHNIAH dan SYABAS buat Widiya Habibah Shamsuri, anak Seromban yang telah lama mencipta nama di pentas bola sepak wanita dunia.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau bertugas di Olimpik. Beliau pernah bertugas di Olimpik Beijing dan juga di Piala Dunia Wanita 2011, di Jerman.


Biar pun ketika bergelar pemain bola sepak wanita, beliau tidak ke mana - mana, rupa - rupanya setelah bergelar PENGADIL, beliau sebenarnya sudah mencapai taraf dunia.

Buat kenkawan, aku fikir inilah contoh terbaik buat pedoman untuk meneruskan kehidupan sekiranya karier sekarang hanya bertaraf seadanya.

Berhijrahlah ke bidang baru. Mungkin sinar kejayaan ada di sana. FIKIRKAN BOLEH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH