TAHNIAH PAHANG!
Kerana kembali semula ke Liga Super 2013.
TAHNIAH KEDAH!
Kerana cabaranmu bukan kepalang di Final Play-off Liga Super / Liga Premier 2012.
TAHNIAH MELAKA!
Kerana menjadi tuan rumah yang baik buat semua perlawanan play-off dan juga telah menyediakan dua stadium yang mempunyai lampu limpah yang menepati standard FAM, biarpun MELAKA masih kekal di Liga FAM pada musim 2013.
Keputusan dicapai setelah 12 pemain mengambil sepakan penalti penentuan.
Empat tindakan menyelamat Wan Azraei memisahkan Kedah dan Pahang.
|
Kedudukan keseluruhan 8 pasukan yang menyertai Play-off di Melaka adalah seperti berikut;
Akhirnya, menjelang Ramadhan Sabtu ini, Liga Malaysia 2012 menutup tirai dengan penuh warna - warni.
Di atas adalah pasukan yang bakal bermain di LIGA KELAS TIGA Malaysia 2013.
Itu pun jika tiada yang menarik diri.
|
Empat pasukan NEGERI menyertai Johor bakal bersaing di Liga Premier 2013.
|
Akhirnya, 2 pasukan dari Liga Premier 2012 naik pangkat ke Liga Super 2013.
Cabaran ATM di musim hadapan pastinya menjadi perhatian ramai pihak.
|
CUIT SIKIT:
Aku fikir, sekurang - kurangnya ada dua daripada empat kelab di Liga Super itu bakal berubah wajah sepenuhnya musim hadapan.
Sekarang ini, satu kelab sebenarnya sedang menghadapi kemelut di peringkat top management. Jika berlaku perubahan drastik di peringkat atasan kelab berkenaan, ada kemungkinan, mereka akan lebih merosot berbanding sekarang dan, mungkin bakal tersingkir ke Liga Premier 2014.
Menarik juga untuk menanti di manakah Bad dan Meen bakal mencurah keringat musim 2013. Di AS atau di Seremban?
Lebih menarik, Pasukan mana yang akan diasuh oleh Mat Zan, Cikgu Jan dan mungkin juga oleh Wan Jamak.
Paling menarik sebelum bermula Ramadhan ini ialah, mengapa pemain sehebat Piya ini tidak mampu membuka mata King Gobal atau Baba Ong untuk menyertai sesi latihan pasukan Piala AFF dan Piala JAVA selepas Aidilfitri nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan