UEFA EURO 2012 di Poland dan Ukraine sudah hampir menuju penamatnya.
Pelbagai peristiwa dan kejutan berlaku terutamanya apabila Belanda selaku Naib Juara Piala Dunia 2010 telah kembali lebih awal sebaik tamatnya saingan peringkat kumpulan.
Belanda kembali tanpa sebarang mata dan berada di tangga tercorot kumpulan B di belakang JERMAN, PORTUGAL dan DENMARK.
Tiada kejutan berlaku di suku-akhir apabila PORTUGAL, JERMAN, SEPANYOL dan ITALI layak ke Separuh-Akhir.
Portugal yang diketuai oleh ABANG DO turun di Separuh-Akhir 1 untuk berhadapan dengan Sepanyol.
ABANG DO: Terkaya dan Tersohor. Reputasi Tinggi. |
Amat menarik, Abang Do akan berhadapan dengan hampir kesemua rakan dan musuhnya di Liga Sepanyol. Maklum sahaja, Abang Do bermain dengan REAL MADRID, Juara Liga Sepanyol 2012.
Berhadapan dengan rakan dan musuh di liga pada peringkat Separuh-Akhir EURO, mungkin membuatkan ego Abang Do sedikit naik. Maklum sahajalah, kejayaan REAL MADRID banyak berkisar kerana kehebatan sentuhan Abang Do.
Akhirnya, keputusan perlawanan Separuh-Akhir 1 itu, adalah seperti berikut;
Aku amat tertarik kepada prestasi keseluruhan Abang Do dan Portugal yang jelas lebih berkualiti berbanding Sepanyol semasa perlawanan tersebut.
Cuma, kedua - dua pasukan bermain agak tertutup dan kedekut untuk menyerang secara terbuka. Maklum sahaja, ini peringkat yang amat mendebarkan. Tak boleh kalah. Ya! TAK MENANG TAK APA, ASALKAN JANGAN KALAH.
Kerana itu, akhirnya perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti. Itu adalah perkara biasa apabila bola sepak dimainkan di peringkat tinggi seperti ini.
Cuma aku agak hairan kenapa Abang Do tidak berada di senarai tiga penyepak pertama penalti berkenaan. Abang Do berada disenarai ke 5 pengambil sepakan penalti Portugal.
Dua rakan Abang Do, Mautinho selaku penyepak pertama dan Alves sebagai penyepak ke 4 gagal. Semuanya berakhir apabila Fabregas dengan cemerlangnya menyudahkan tugasnya sebagai penyepak ke 5 buat Sepanyol.
Dengan kedudukan 4-2 buat Sepanyol, Abang Do selaku penendang terakhir Portugal, sudah tidak diperlukan lagi khidmatnya. KASIHAN ABANG DO!
CUIT SIKIT:
Aku fikir, inilah yang difikirkan oleh Abang Do sebaik sahaja peluangnya untuk mengambil sepakan penalti musnah.
Sekiranya berkesempatan, Abang Do mungkin akan melakukan sepakan penalti yang lebih unik berbanding sungkitan Pirlo yang menjadi perbincangan peringkat dunia sekarang ini.
Malang betul Abang Do. Sepatutnya dia yang mendapat perhatian di EURO ini. Namun, Pirlo yang tua itu pula yang tiba - tiba sahaja menajdi popular gara - gara PENALTI SUNGKITnya itu.
Mungkin sekarang ini, Abang Do sedang berehat di mana - mana pantai sambil membaca posting ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan