Jumlah Paparan Halaman

3.6.12

SAD MOMENT AT THE PINK CORNER.....

Maaflah. Posting aku kali ini menggunakan tajuk berbahasa Inggeris, walau pun ceritanya berbahasa Melayu. Al - maklum sahajalah, tak lama lagi nak ke global.

Baiklah. Aku mulakan kisah benar ini dengan mencatatkan sejuta terima kasih buat petugas di pejabat rancangan Felda yang aku singgahi sekitar jam 10.20 pagi Ahad 3 Jun 2012.

Mungkin yang tidak faham akan bertanya dan tertanya - tanya. Apakah jadahnya singgah di pejabat Felda pada pagi Ahad. Bukankah ini hari cuti. Buang tebiat ke singgah di pejabat Felda pada pagi Ahad.

TIDAK. Aku tidak membuang tebiat atau menjadi tabiat aku singgah di pejabat Felda pada hari Sabtu dan Ahad. Oh! Tidak sama sekali.

Namun, Ahad 3 Jun 2012 ini adalah Ahad yang sangat luar biasa terutamanya bagi aku yang telah meninggalkan Felda sebagai petugas hampir dua tahun. Selama ini pun, setiap kali aku balik ke rancangan berkenaan, aku tak singgah pun di pejabat Felda. Takdo kojo den tu nak singgah di pejabat Felda. Secara tidak langsung, aku telah mencipta sejarah hidup aku hari ini.

Semuanya adalah bertolak kepada kesepakatan adik - beradik aku untuk menyerahkan segala urusan pentadbiran dan pewarisan tanah dan rumah peninggalan almarhum ayah dan ibu kami, kepada aku. Suka tak suka, aku jalankanlah amanah itu. Ahad pun Ahadlah, janji rock!

Pagi Ahad 3 Jun itu, aku singgah di Pejabat Felda untuk menyelesaikan urusan blue form yang berkaitan IPO FGVH.....
Dua inti penting buat semua peneroka dan waris mereka ialah Surat Tawaran dan CD Prospektus FGVH. Bila datang dalam bentuk CD ini, aku tak percaya semua peneroka mampu mentelaahnya.

Lihat contoh lebih dekat....

Ada lagi.....
Memang benar kakitangan Felda di pejabat berkenaan terpaksa bekerja mulai petang Sabtu 2 Jun untuk memenuhi tuntutan dan kehendak IPO berkenaan. Syabas dan tahniah buat mereka yang berkhidmat dengan Selamba Felda [ Lagu Kumpulan Akar ] je pada hujung minggu ni.

Lagi pun, staff Felda dapat pink form dan bonus khas dua bulan setengah gaji sempena penyenaraian FGVH ini. Dah masyuk, biasalah.

Aku difahamkan, semua peneroka layak mendapat blue form kecuali mereka yang menentang dan memfailkan injuksi di mahkamah. Begitu juga, semua kakitangan mendapat pink form dengan jumlah yang berbeza mengikut sejauhmana sumbangan mereka kepada Felda selama ini.

Turut mendapat manfaatnya ialah para pesara Felda yang di percayai telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan Felda. Maknanya, bukan semua pesara Felda mendapat pink form. Lebih ramai bilangan yang tak dapat [ termasuk aku ] daripada jumlah yang dapat.

Sebagai pesara Felda, aku tak pernah terfikir pun untuk mendapat sebarang form berkaitan FGVH ni...

KAIT BENANG MENJADI BAJU,
PAKAI BAJU TERTUKAR KAIN;
USAH DIKENANG PERKARA NAN LALU,
DAH JADI MILIK ORANG LAIN.

Itu prinsip aku. Ko nak bagi, aku terima. Ko tak nak bagi, itu ko punyo pasal. Tapi, kalau ko tak nak bagi kerana ko pikey aku tak menyumbang untuk Felda, LU PIKEY LA SENDILI, LU PUNYA NASIB SELEPAS INI.

CUIT SIKIT:

Ketika ramai pihak di Blue Corner hadir ke pejabat Felda dengan wajah manis dan menawan kerana menjangka bakal mendapat duit lagi, ada pihak di Pink Corner yang aku temui dan selidiki, rupa - rupanya tidak mendapat apa - apa di sebalik riuh geger penyenaraian FGVH ini.

Siapalah yang empunya kerja buat syarat - syarat macam sehingga ada insan yang terlepas peluang bukan kerana silap beliau.....
Kenapa ada syarat begitu pulak. Seingat aku, ada seorang kakitangan kontrak yang bertugas dengan aku ketika di Suara Felda dahulu, turut menerima bonus tahunan biarpun hanya menyertai Felda pada baki 3 bulan terakhir tahun berkenaan.

Maknanya, jika nak bagi bagilah. Buat apa mengadakan syarat pulak. Kan dia tu staff Felda?
Kasihan pulak aku melihat Ustaz tu. Tapi apa yang boleh aku buat melainkan mencatatkan kisahnya di blog ini. Entahlah. Semuo eh dunio belako.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH