Jumlah Paparan Halaman

5.6.12

KURANG SETENGAH INCI.....

Aku percaya pada hari ini sudah hampir kesemua peneroka Felda selesai menandatangan Blue Form FGVH.

Dan, aku percaya juga akan muncul lagi pelbagai tanggapan dan stigma di kalangan masyarakat Felda terutamanya kerana bilangan unit saham yang diterima oleh peneroka dan kakitangan yang sedikit berbeza itu.

Aku sekadar menulis untuk memberikan pandangan lain berkaitan perbezaan itu. Semuanya bermula di sini.....

Disuarakan di sini.....
Selaku Ketua Peneroka di Felda Lakum, Bentong, aku fikir En. Abdul Aziz adalah berhak untuk menyuarakan pendapatnya. Mungkin ia juga adalah pendapat kawan - kawan peneroka lainnya.

Berdasarkan kepada catatan IPO FGV, aku dirikan peratusan di bawah terma penawaran runcit itu;
Dari Kiri: KAKITANGAN , PENEROKA , BUMI , NON BUMI
Beza 0.50 peratus di antara peneroka dan kakitangan apabila digerafkan seperti di atas, menghasilkan perbezaan sebanyak setengah inci [ 1.27 cm ]. Sikit je bezanya.

Setengah inci memang sikit je tetapi memberikan impak yang besar apabila ianya dijadikan duit. Lebih - lebih lagi apabila melibatkan saham yang diniagakan di Bursa Malaysia. Mungkin itu telah nampak di mata En. Abdul Aziz.

Pun begitu, sikit unitnya sikitlah hutangnya. Begitulah sebaliknya. Dan, tak perlu dipanjangkan sangat beza setengah inci tu sebabnya.....
Biarpun ada beza 0.50 peratus, jaminan Pengerusi Felda menyatakan Peneroka akan dapat untung menerusi Tabung Amanah yang bakal menerima 20 % keuntungan tahunan FGVH nanti.

Sama - sama kita nantikan.

CUIT SIKIT:

UNTUNG? Ya! Para peneroka dan waris mereka jangan risau.

APA PUN YANG BERLAKU SELEPAS penyenaraian FGV di Bursa Malaysia nanti, pasti untung.

Cuma tak pastilah samada untung yang ini.....
ATAU untung yang ini,
 APA PUN, UNTUNG TETAP UNTUNG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH