Jumlah Paparan Halaman

10.6.12

HARGA SEBUAH SOKONGAN.....

Dah dapat tu bersyukurlah. Sikit ko banyak ko, yang penting dapat.

Inilah jadinya kalau termakan hasutan pembangkang.

Di atas adalah beberapa coretan yang mempersoalkan luahan rasa sebahagian peneroka yang agak terkilan kerana cuma diperuntukan 800 unit [ 8 lot ] saham berbanding kakitangan Felda yang mendapat lebih daripada itu.

Aku tidak mahu komen apa - apa bab tidak puas hati tu. Cuma aku nak berkongsi catatan dengan anak - anak peneroka khususnya yang amat berpuas hati sebab ayah dan bondanya mendapat peruntukan saham FGV biar pun sedikit.

Anda lihatlah geraf ini,
bandingkalah. Yang tinggi itu adalah jumlah peruntukan saham FGV tertinggi buat seorang kakitangan. Yang rendah tu, sudah tercatat siapa punya.

Di bawah adalah bandingan perolehan seorang peneroka berbanding kakitangan,

800 : 3000

Ini pula 800 : 6000,

Dan ini adalah 800 : 25000

CUIT SIKIT:

Biar pun kelihatan kecil, bersyukurlah. Janji Tuhan, barang siapa yang bersyukur, nescaya rezekinya akan bertambah.

Memang betul. Aku amat akur dengan itu. Sebagai umat Islam, kita wajib bersyukur di atas apa jua rezeki yang kita terima.

Patut jua kita sokong apa - apa yang baik yang telah disediakan untuk kita.

Namun, inilah harga sebuah sokongan apabila 800 unit dibandingkan dengan 180,000 unit yang diperuntukan kepada seorang kakitangan atasan Felda,

Adakah tidak patut AYAH dan BONDA kita di rancangan menyuarakan rasa terkilan mereka jika agihan kek itu adalah seperti di atas?

Kejayaan Felda sekarang ini adalah hasil kesetiaan penerima 800 unit itu. Mereka inilah yang yang memberikan segala bentuk sokongan samada menerusi jualan hasil ladang mahu pun memeriahkan program sosial di rancangan. Paling penting, mereka inilah yang memberikan banyak undi semasa pilihanraya.

Memang benar, peneroka turut mendapat RM 15,000 dalam bentuk tunai. Dan, dalamasa yang sama, kakitangan turut menerima bonus khas 2.5 bulan gaji.

KETAHUILAH, ada kakitangan Felda yang nilai RM 15,000 itu adalah bersamaan, 0.5 bulan gaji sahaja.

Buat Adik - Adik Anak Peneroka, renung - renungkanlah nasib keluarga peneroka di kemudian hari, jika situasi seperti agihan saham FGV ini dijadikan asas.

AKU? No komen buat masa ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH