Itu tajuk yang aku modified sendiri berdasarkan posting di.....
YB Timbalan Menteri Felda [ YB TMF ] mengulas berkenaan luahan hati ramai peneroka kerana agihan saham FGV tidak sama timbangan diantara PENEROKA dan KAKITANGAN.
Aku besarkan sedikit alasan utama YB TM Fberkenaan,
Benarkah peneroka dan kakitangan Felda samada di Wisma, di Balai mahu pun di Anjung Felda mendapat jumlah saham yang sama seperti dakwaan YB TM itu.
Kita lihat ini,
Perspektus IPO FGV di atas dengan sendirinya telah menyatakan antara Peneroka dan Kakitangan Felda mendapat peruntukan yang BERBEZA samada dari segi unitnya mahu pun peratusannya. Sama tang mana tu YB?
Awal lagi dah tak sama takkan selepas sign Blue Form dan Pink Form, agihan tu menjadi sama pulak.
Lihat lagi,
KEK nisbah PENEROKA dan KAKITANGAN adalah seperti di bawah.....
Namun, apabila agihan saham FGV itu dilakukan, ianya menjadi begini,
SAMA KA? YA! Samaaaaaaaaaa sangat!
Kok kek dah tak sama, mungkin berdiri buleh sama kot?
Kita tengok,
Secara purata sepeneroka dan sekakitangan kot mana pun tak sama aihhhhhhhhhh.
He He Heh, aku percaya ramai anak - anak peneroka khususnya, dah faham sekarang makna sama yang dimaksudkan oleh YB TMF itu.
SAMA adalah sekiranya KAKITANGAN dan MEREKA yang sama waktu dengannya mendapat lebih berbanding peneroka.
Kalau peneroka mendapat lebih, itu tak sama namo eh.
Alasan - alasan lain yang diberikan oleh YB TMF seperti berita di atas, marilah sama - sama kita bincangkan.
KATA YB TMF;
Peneroka dapat kebun dan tapak rumah, kakitangan tidak.
KATA AKU;
Memang benar. Kalau peneroka dan kakitangan sama - sama ada kebun dan rumah di rancangan yang sama, apo nak jadi?
Lagi pun, segala sepupu dan kaum kerabat YB TMF yang menjadi peneroka itu serta para peneroka lainnya bukan mendapat tanah berkenaan secara percuma. IANYA ADALAH BERBAYAR. Dan, status hak milik pun aadalah PAJAKAN MUKIM bukannya Hak Milik Kekal.
ULASAN: Takkan nak mengungkit kot? Bukan percuma pun.
KATA YB TMF;
Peneroka dapat khairat kematian, kakitangan tidak.
KATA AKU;
Sebagai mantan Penolong Pengurus Felda, aku dengan bangganya menyanggah.
Kakitangan Felda yang meninggal dunia semasa berkhidmat, akan diberikan;
SATU;
Duit Bantuan Urusan Pengkebumian. Pegawai terakhir yang aku kenal berkaitan bantuan ini ialah Encik Ahmad Razan Zainal-telah bersara.
DUA;
Perkhidmatan Van Jenazah dari hospital / tempat kematian ke tempat pengkebumian.
Kalau YB TMF tak percaya, tanyalah mereka yang telah meninggal dunia itu. errrrr. maksud aku, waris simati.
Malah, tahun lalu, ada mantan Pengurus Felda yang meninggal dunia di IJN, KL turut disediakan Van Jenazah oleh Felda dari KL ke Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ketahuilah, jenazah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad turut menggunakan Van Jenazah Felda ketika dibawa ke Temerloh untuk dikebumikan. Hubungan Allahyarham dan Felda adalah, Abangnya MORNI HAJI ARSHAD adalah Pegawai Besar Felda ketika itu.
ULASAN: Berapa ramai pula peneroka yang meninggal dunia mendapat khidmat Van Jenazah Felda tu? Sapo nak jawab nih?.....
KATA YB TMF;
Peneroka bakal mendapat dividen tahunan menerusi FAHC, kakitangan tidak.
KATA AKU;
BAKAL adalah merujuk kepada perkara akan datang.
ONTAH BUAYO ; ONTAH KATAK,
ONTAH IYO ; ONTAH TIDAK.
Cukup sudah aku menjawab alasan YB TMF berkenaan ketidaksamaan Peneroka dan Kakitangan itu.
Kita berbalik kepada isu agihan saham FGV yang didakwa adil dan saksama itu.
KEADILAN DAN KESAKSAMAAN adalah jika ianya seperti di bawah,
Mungkin inilah yang diperhatikan oleh ramai peneroka dan anak - anak peneroka sekarang ini. Sama secara purata dan peratusannya.
Namun, itu adalah teori semata - mata. Kaki Skodeng di KL menyatakan, suasana panas sudah mula menjelma di Wisma dan Balai serta Anjung.
Semuanya kerana agihan di kalangan 23,000 orang kakitangan serta siku dan lutut itu juga tidak sama puratanya.
Ibarat kata;
Mana yang panjang dapat sikit.
Mana yang pendek dapat banyak.
Mana yang baru, menengok saja.
Mana yang bantah, langsung tak merasa.
CUIT SIKIT:
Agihan yang aku buat secara bodoh berdasarkan maklumat prepsektus itu, mendapati,
Ada sesapo yang buleh jelaskan perkara 6 yang aku namakan sebagai UTT tu?
Secara matematiknya, begitulah kira - kira bodoh aku. Tetapi, siapa tahu ianya mungkin benar. Tak Percaya? Cuba darabkan perkara 1 dengan perkara 5.
DAN, milik siapakah lebih SATU JUTA UNIT itu?
AKU? Sekadar bertanya je.....
Hanya Sulaimen Akhlaken sahaja yang mampu menjawabnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan