Jumlah Paparan Halaman

27.6.12

MENCONGAK JUARA EPISOD 1.....

Liga Malaysia 2012 menghampiri kemuncak seperti yang dikehendaki oleh semua.

Semua pihak bermula dengan Penganjur, Penaja, Peminat Tegar, Pemberita sehinggalah Penjudi, pasti mahukan pertandingan bola sepak terhangat di Malaysia ini mengandungi unsur - unsur penamat yang dramatik.

Lebih molek jika Juaranya bakal diketahui menerusi perlawanan terakhir. Ianya akan lebih mendebarkan dan lebih dramanya.

Setakat ini, dua pemenang untuk dua pertandingan berbeza sudah diketahui. PERAK muncul Juara Liga Piala Presiden. Pertandingan untuk para pemain di bawah usia 20 tahun. Di Ipoh, PERAK selaku tuan rumah pentas final itu, menang 1-0 ke atas NS Betaria pada 21 Jun lalu.
Foto Ihsan Sinar Harian Edisi Perak
Sementara itu, Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [SPA FC] pula telah mengesahkan kejuaraan Liga FAM 2012 adalah milik mereka. Biar pun masih berbaki satu perlawanan, mereka mendahului dua pencabar terdekat, Shahzan Muda dan UiTM FC dengan 7 mata.
Foto Ihsan Facebook SPA FC https://www.facebook.com/groups/279774325249/
Kepada kedua - dua Juara itu, aku ucapkan tahniah terutamanya kepada SPA FC yang bakal bermain di Liga Premier 2013, bersedialah untuk mengharungi musim yang lebih mencabar di tahun hadapan.

Melihat pula kepada dua liga utama  iaitu Liga Premier dan Liga Super, perjalanannya masih jauh tetapi bakal juara sebenarnya sudah berada di depan pintu.

Kita lihat situasinya,
Carta Terkini Liga Premier
Persaingan penentuan Liga Premier hanya berkisar kepada 3 pasukan sahaja,
Dengan 45 mata sekarang ini, ATM adalah calon utama untuk menjuarai Liga Premier musim ini. Hanya memerlukan 4 mata daripada 3 perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan.

NS Betaria pula memerlukan 5 mata lagi untuk kekal di Liga Premier musim hadapan.

Lihat baki perlawanan ATM, Pahang dan Sime Darby,

1 Mata di Pulau Pinang dan 3 Mata di Muar sudah cukup buat ATM untuk muncul Juara Liga Premier 2012 tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir pada 13 Julai.

Kegagalan PAHANG memungut 9 mata bermula 15 Jun adalah titik keciciran pasukan ini untuk menyaingi ATM.

Bermula seri 3-3 ketika bertemu ATM di Temerloh, Pahang kemudiannya tewas 0-2 kepada Johor dan hanya mampu seri 1-1 ketika melayan USM pada 22 Jun lalu. 

Peluang muncul Juara masih ada tetapi sekadar 60 peratus sahaja. Lebih 80 peratus peluang Pahang adalah untuk beraksi di playoff dengan pasukan di tangga ke 11, 12 dan 13 Liga Super musim ini untuk mencari 1 tempat ke Liga Super musim 2013.
Mencari 9 mata penuh menerusi 3 perlawanan, aku fikir bukanlah sesuatu yang sukar buat Naib Johan Piala FA 2012 ini. Untuk menjuarai LIGA PREMIER 2012, Sime Darby perlu memenangi kesemua baki perlawanannya tetapi dengan syarat,

PERTAMA,
mampu menjaringkan 20 gol sekurang - kurangnya menerusi 3 perlawanan.

KEDUA,
mengharapkan, aku ulang mengharapkan ATM dan PAHANG tewas kesemua 3 perlawanan terakhir mereka.

Peluang? Sekadar 30 peratus sahaja. Tetapi masih ada 60 peratus untuk ke playoff.

CUIT SIKIT:

Ketika ATM hanya menghitung hari untuk menjulang piala dan melangkah automatik ke Liga Super musim hadapan, aku fikir Pahang masih merawat luka kerana gagal mengekalkan pendahuluan 2 gol ketika bertemu ATM tempohari.

Kesannya, mereka gagal di dua perlawanan selepas itu.

Bagi Sime Darby pula, kegagalan mereka bermula sejak 11 Mei apabila mereka tewas 2-3 kepada Pahang dan pada 14 Mei pula mereka tewas 1-2 kepada ATM.

Dua perlawanan itulah yang menjadi punca dan ibu kepada segala kegagalan Sime Darby untuk berada di tahap yang lebih selesa berbanding sekarang.

Inilah carta Liga Premier 2011 buat renungan bersama,
Esok kita congak pula bakal juara Liga Super.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH